‘Dah besar jumpa balik saya susah nak terima mak..ada dendam’ – Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Hidupnya Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Sebak!

 

 

‘Dah besar jumpa balik saya susah nak terima mak..ada dendam’ – Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Hidupnya Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Sebak!

 

 

 

Sebelum ini kita sering dengar kisah sayu kehidupan pelakon Zarina Zainuddin bersama dua orang anak autismnya Azal dan Azil. Hanya ibu-ibu yang mempunyai anak autism sahaja yang memahami keperitan menjaga dan membesar anak-anak ini. Ramai yang kagum dengan ketabahan Zarina ini. Kami dekat sini pun salute sangat dengan Zarina.

 

Selain daripada kisah dua anaknya, terbaru Zarina ada memuatnaik kisah mengenai ibunya yang ramai tidak tahu. Menurut Zarina, sebelum ini dia sukar menerima dan berdendam dengan ibu. Kenapa agaknya?

 

 

Assalamuaikum Allhamdulillah sebulan mak saya duduk dengan saya hari tu..Asyik bertekak dengan mak jer…lepas tu saya minta maaf balik cepat2 takut saya airmata dia tertumpah..Saya cakap kat orang gaji saya sabar dengan mak dia nak mengajar tu..Allhamdulillah masa mak nak balik ke Ipoh saya bekalkan dia selendang ..Saya cakap mak pakai lah selendang dulu..nanti bila mak rasa betul betul yakin iklas kerana Allah mak pakai terus yea..Mak peluk saya..dia panggil saya ina permata delima mak..

 

Saya sayang mak saya walaupun kecik dulu opah yang jaga saya saya tetap ingat jasa mak lahirkan saya di dunia ini ..Dah besar jumpa balik saya susah nak terima mak..ada dendam yg saya simpan kenapa dulu mak tak jaga ina ..kenapa opah atok dan makyang yang jaga ina Soalan saya terjawab bila mak berusaha menangi hati saya bila dia bawak saya ke kuala lumpur sebab saya dapat masuk dewi remaja masa tu..Terus menumpang di rumah tok alang saya..dari rumah setinggan hingga lah kami menyewa rumah teres di kampung medan dan maklah yang bekerja siang malam nak belikan saya baju cantik mekap untuk saya casting dan masuk kelas modeling kelas lakunan dengan m.jamil Sarimah Film Production dulu..

 

 

Terima kasih Ya Allah Sekarang mak dah bertudung..ina sayang mak dunia akhirat..ini cerita pendek saya yang saya kongsi cerita panjang dlm hidup saya biar saya simpan dlm ingatan saya selagi saya bernafas…. Salam subuh

 

sumber : zarina zainuddin

Ong Kim Swee Beri Cuti Sehingga 6 Disember, Tiba-Tiba Dapat Surat Digugurkan – Syafiq Ahmad

 

SYAFIQ Ahmad sudah menyiapkan kelengkapan untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi melaporkan diri ke kem latihan skuad Bawah 23 Tahun negara apabila menerima berita di luar dugaan yang dia digugurkan daripada pasukan itu.

 

Menurut Syafiq, keputusan dibuat Datuk Ong Kim Swee itu agak memeranjatkan kerana sebelum ini jurulatih berkenaan bersetuju memberi cuti kepadanya sehingga hari ini (6 Disember) bagi menguruskan perkahwinannya.

 

Malah, Syafiq yang baru mendirikan rumah tangga dengan Nor Amalina Norain pada 23 November lalu berkata, dia mematuhi semua arahan diberikan Kim Swee dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semasa membuat permohonan cuti itu.

 

“Selepas majlis perkahwinan di pihak pengantin perempuan pada 26 November lalu, saya ada menghubungi jurulatih untuk memohon cuti kerana mahu menguruskan majlis di pihak saya pula pada 3 Disember lalu.

 

“Pada awalnya, saya meminta sehingga 10 Disember tapi beliau berkata ia terlalu lama. Beliau memberi saya cuti sehingga 6 Disember dan mahu saya melaporkan diri pada 7 Disember.

 

 

“Malah, saya juga telah menulis surat memohon cuti secara rasmi daripada FAM seperti diminta seorang pegawai badan bola sepak itu. Tiba-tiba dapat surat kata saya digugurkan,” ujar Syafiq yang turut menangkis dakwaan dia menghilangkan diri selepas majlis perkahwinannya.

 

Penyerang muda Kedah itu tidak menafikan dia kecewa kerana tidak dapat bersama skuad negara ke Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23, di China bulan depan selepas turut sama memerah keringat membantu skuad itu layak ke sana.

 

 

ONG KIM SWEE

“Memang menjadi impian saya untuk beraksi di kejohanan itu kerana sudah terbabit bersama skuad B-23 sejak awal. Saya tidak sangka digugurkan kerana saya tidak melanggar sebarang disiplin atau peraturan.

 

“Jika mereka meminta saya melaporkan diri lebih awal, sudah pasti saya berbuat begitu kerana saya memang ingin bersama skuad ke China.

 

“Apapun saya terima pengguguran ini dengan hati terbuka, mungkin bukan rezeki saya serta ada hikmah di sebaliknya,” kata Syafiq.

 

Sementara itu Kim Swee menjelaskan tindakannya menggugurkan Syafiq adalah demi kebaikan pasukan serta pemain itu sendiri.

 

“Kami sudah berlatih hampir 10 hari dan jika saya memanggil Syafiq yang sekarang tidak berada pada tahap kecergasan terbaik, kami perlu mengadakan satu sesi latihan khas untuk dia dan saya tidak nampak perkara itu akan berlaku dalam masa singkat,” katanya.

 

 

Nelo Vingada Sah Letak Jawatan Jurulatih Harimau Malaya Nitizen Cadang Khalid Ali Ambil Alih Tempat

 

Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

 

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

 

Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

 

Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.

 

 

 

Nelo Vingada

 

Ketua jurulatih kebangsaan Malaysia

 

Spekulasi mengenai masa depan Nelo Vingada akhirnya terjawab selepas beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, hari ini.

 

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Portugal itu akur dengan keputusan yang diambil.

 

“Selepas mengadakan perbincangan dengan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan,” kata Vingada.

 

“Saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

 

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini, iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa, turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

 

“Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.”

 

Sejak dilantik mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee — yang turun mengendalikan skuad B23 tahun negara — Vingada gagal mencipta sebarang kemenangan serta menyaksikan skuad kebangsaan berada di kedudukan tercorot dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019.

 

“Takkan semata nak gunakan pegangan… Atas katil pun boleh meninggal,brother. Takkan nak mati tepi longkang..”- Video Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Yusuf Azmi Konon Senyap Jika Ditembak?

 

DIRINYA sering dikenali menerusi watak antagonis dalam filem Juvana kerana lakonan yang mantap sebagai seorang ketua samseng.

Disebabkan itu, pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad dikenali sebagai seorang yang panas baran dan mudah melenting jika diusik walaupun sedikit.

 

 

Baru-baru ini, Sharnaaz dengan lantangnya telah mengulas mengenai kata-kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi.

 

Dalam satu temu bual melalui rancangan #Chat2teen bulan lalu, Yusuf telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan pernah berhenti untuk menegur segala kemungkaran dan kesalahan yang terjadi di negara ini.

 

 

“Saya duduk di bumi Allah di Malaysia, nanti kalau Allah tanya kenapa saya tak tegur kemungkaran. Takkan saya nak bisu tak bercakap sekarang ni? Kenapa saya kena senyap je bila ada kemungkaran terjadi di Malaysia?

 

“Sebab tu saya nak tegur semua benda kemungkaran yang terjadi sekarang ni. Saya akan terus bercakap sehingga saya mati ditembak, baru saya senyap!” tegasnya.

 

 

Dalam rancangan tersebut, pengacara yang merupakan bekas Pencetus Ummah, Azhar Hilmi telah bertanyakan soalan mengenai isu PPIM yang sering dikecam oleh sesetengah pihak.

 

Namun tidak lama kemudian Sharnaaz telah muncul menerusi satu video live melalui akaun Instagram miliknya yang mana dia telah memberi satu pesanan pedas kepada pengerusi tersebut.

 

“Yusuf Azmi ni pun satu lah, orang kata zaman ni peluru tak kenal orang, bahaya. Bukan kita takut, kalau kita ni ada army belakang kita, kita ada tentera, ada orang ramai belakang kita yang ada senjata api, barulah okay.

 

 

 

“Takkan semata nak gunakan pegangan. Tapi tu mungkin cara dia, kita hormat tapi dah ramai yang arwah. So fikir-fikirlah, atas katil pun boleh meninggal, brother. Tapi takkan nak mati tepi longkang, fikir lah,” kata Sharnaaz dalam video tersebut.

 

 

 

Namun sebab utama pelakon yang juga merupakan abang ipar kepada usahawan terkenal, Noor Neelofa itu mengeluarkan kenyataan tersebut masih lagi tidak diketahui.

 

Mungkin niatnya ingin memberikan peringatan kepada Yusuf Azmi.

 

Ramai netizen tetap mengecam tindakan Sharnaaz yang dikatakan berlagak samseng dan hanya tahu bercakap sahaja tanpa membantu apa-apa.

 

 

Mungkin sebenarnyana Sharnaaz cuma bergurau sahaja tetapi ia diambil serius oleh ramai netizen. Apa pun, harapnya lepas ni Sharnaaz dah tak pandang remeh mengenai apa sahaja yang dilakukannya.

 

Maklumlah, dia kan selebriti dan semestinya akan sentiasa dapat perhatian daripada media mahupun peminat sendiri. Jangan bila dah jadi sesuatu yang tak diduga baru nak menyesal pula.

 

kredit – MYNEWSHUB.CC / SH

Kelab Peminat Wany Hasrita Minta Sponsor Birthday Pada Peniaga Barangan Party. Tapi Respond Balas Peniaga Itu Buat Peminat Wany Hasrita Sentap!! Betul Mana Adabnya..

 

Terperanjat Miss K apabila dapat tahu kelab peminat penyanyi yang semakin popular, Wany Hasrita buat hal dengan peniaga barangan party.Alamak, apa sudah jadi? Miss K dengar bukan main lagi minta tajaan?

 

Sudahlah beria menagih ‘sponsor’, guna aplikasi ‘Whatsapp’ pula tu.

 

Yang tak sedapnya, penggunaan bahasa yang digunakan…Amboi! Adab mana adab?

 

Kalau Miss K pun Miss K sentap! Memang layaklah owner berkongsi paparan ‘screenshot’ di akaun Facebook BallonBar Enterprice miliknya.

 

 

Aduh! Tepuk dahi Miss K baca ayat awak tu dik! Gayanya macam budak-budak WeChat. Orang yang rasa nak sponsor pun terus tak jadi.

 

Ejaan awak itu sahaja pun dah boleh buat orang rasa acuh tidak acuh untuk berurus niaga.

 

Difahamkan  pihak BallonBar Enterprice juga pernah berurusan dengan pelakon popular yang juga suami kepada aktres Fazura, Fattah Amin.

 

Tak ada masalah dan pihak mereka tidak menimbulkan sebarang masalah serta sangat profesional.

 

 

 

 

Dalam hal sebegini, Miss K rasa seharusnya pihak pengurusan kelab Wanynizers patut lebih peka dengan setiap perkara yang ingin dilakukan.

 

Bukan apa, sebab korang adalah penyokong dan membawa nama artis itu ke sana ke mari.

 

Bila dah jadi benda-benda macam ni, yang buruk nama artis kesayangan korang juga!

 

Apapun Miss K harap perkara ini dapatlah diselesaikan dengan cara baik ya.

 

Dah nak hujung tahun ni Miss K pun tak naklah dengar banyak cerita tak sedap yang melibatkan artis.

 

Tak larat dah dik, macam-macam hal! Kalau boleh    kita nak tutup tahun 2017 dengan cerita yang baik-baik.

 

Miss K: Dag Dig Dug bila fikir siapa yang bakal masuk final Gegar Vaganza 4 nanti. Gelisah dan resah Miss K.

 

Sumber:http://www.gempak.com/artikel/7619/kelab-peminat-wany-hasrita-minta-sponsor-tapi-mana-adab#.WiaMr27mjvk.facebook

Arwah abang Achik selalu datang jumpa saya .. Walaupun sudah 7 tahun berlalu – Khalis

Amat menyentuh hati mendengar cerita Khalis, antara adik arwah Achik (Spin) yang mengakui sering bertemu arwah abangnya itu di alam mimpi biarpun sudah tujuh tahun episod duka itu berlalu.

 

 

 

Achik, atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 28 tahun, vokalis Kumpulan Spin, telah terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pada 17.10.2010.

Jenazah Allahyarham Acik telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said , Seremban 1 petang keesokan hari nya .

 

 

 

“Saya antara yang kerap bermimpi arwah dan kali terakhir pada awal Ramadan lalu di mana setiap kali ‘berjumpa’ dengan bang Chik (panggilan untuk Achik), saya sedar saya sedang bermimpi tetapi situasinya seperti saya benar-benar sedang berkomunikasi dengan arwah.

 

 

 

“Saat itu saya akan peluknya erat-erat dan meluahkan rasa rindu padanya. Bang Chik seakan-akan memahami kerinduan saya padanya dengan memandang tepat pada wajah saya. Senyumannya juga tidak lekang di bibir.

 

 

“Selalunya saya akan bertanya padanya soalan yang sama, kenapa bang Chik terlalu awal tinggalkan kami?

 

 

Jawapannya ringkas: “Kalau bang Chik tak pergi, kamu adik-adik tidak berpeluang menyanyi dan dikenali,” katanya .

 

 

Dalam pada itu kata Khalis atau Muhammad Khalis Shari ini lagi, selalunya arwah akan munculkan diri dalam bentuk bayangan seakan-akan hologram dan perkara itu membuatkan dia sedar yang pada ketika itu dia sedang bermimpi.

 

 

“Kalau boleh, setiap masa saya mahu mimpi itu datang kerana dikesempatan itulah saya dapat meluahkan rasa rindu pada dia. Arwah tidak banyak berkata-kata namun air wajahnya cukup tenang,” ujarnya berbaur sebak. Al fatihah

 

Berkongsi tentang perjalanan seninya pula, Khalis yang juga vokalis kepada kumpulan Khalis & The Real Spin berkata, kumpulannya kini bakal hadir dengan single pertama berjudul Semakin Rindu ciptaan Cuna Alfian dan Atan Alfian selepas Aidilfitri depan bawah pengurusan label Padi Records & Entertainment.

 

 

Katanya, Khalis & The Real Spin ditubuhkan pada 2016 dengan dua anggota lama Spin iaitu Azren dan Aidel selain seorang anggota baru iaitu Aiman.

 

 

 

Ditanya kenapa baru sekarang mengambil keputusan untuk muncul di dalam industri setelah tujuh tahun pemergian Achik, ini penjelasan Khalis.

 

 

“Tak ramai yang tahu, selepas pemergian bang Chik selama empat tahun kami sekeluarga tidak boleh mendengar lagu arwah, apatah lagi nak menyanyi. Air mata pasti mengalir.

“Justeru hasrat itu terpaksa kami adik-beradik pendam sehingga 2015,” katanya.

Selain Khalis, dua lagi adik Achik yang menjadi artis iaitu Awis dan Tajul.

 

 

Setelah Dituduh Tidak Membayar Gaji Mario Gomez Inilah Respon TMJ

 

 

Teruskan usaha, Mario… $$$, sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin merasainya.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

*******

Keep on trying, Mario.. $$$ please take me to court because i have never been in one and i would like to experience it.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor.

Saya, Tunku Mahkota Johor, tidak perlu saya nyatakan berapa banyak wang yang saya ada. Masuk akal atau tidak 60,000 tidak mampu saya bayar?

cc: Kepada ‘page-page’ yang obses kepada JDT.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

——

I’m the Crown Prince of Johor. I don’t need to mention how much I am worth. Does it make any sense that I am not able to pay a mere 60 thousand dollars?

cc: To ‘pages’ who are obsess with JDT.

FROM JDT WITH LOVE

Kami pada mulanya tidak mahu menimbulkan isu ini kepada umum tetapi disebabkan pihak Mario Gomez telah membuat kenyataan secara umum, kami tidak ada pilihan selain melakukan perkara yang sama.

Mario Gomez telah membuat kenyataan bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepada beliau. Ini sememangnya tidak benar dan merupakan tindakan tidak sepatutnya dari pihak Encik Gomez. Faktanya ialah sebahagian daripada kontrak Encik Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.

Encik Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Encik Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami untuk membuat pembayaran terus kepada Encik Longhi. Sejak 2015 JDT telah membayar komponen gaji ini secara terus kepada Encik Longhi daripada gaji Encik Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontrak Encik Gomez.

Encik Gomez juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kami tidak menjawab suratnya, kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia.

Saya nasihatkan beliau supaya dapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum merapu di media.

Kita ada saluran perundangan yang betul di mahkamah dan bukannya cuba menarik polemik kosong dengan memulakan perbicaraan melalui media.

Barisan peguam kami telah bersiap-siaga dengan segala fakta dan asas yang kukuh kerana kita yakin bahawa tindakan diambil sebelum ini adalah bertepatan dan selari dengan ‘rules of law’.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

——

FROM JDT WITH LOVE

We do not intend to air this issue in public but because Mario Gomez has decided to so, we are left with little choice but to do the same.

Mario Gomez has made a statement that JDT owes him salary payments. This is simply not true and mischievous on behalf of Mr. Gomez. The fact is that as part of Mr. Gomez’s contract with JDT he was required to pay the salary of his assistant Raul Longhi.

Mr. Gomez initially paid this amount directly to Mr. Longhi and then later he asked our club secretary to make the payments directly to Mr. Longhi. Since 2015 JDT has paid this salary component directly to Mr. Longhi from Mr. Gomez’s salary as per his the specific request in line with Mr. Gomez’s contractual obligations.

Mr Gomez has also made a false statement that we have not replied to his letter, we received the letter in Spanish and have replied accordingly. Do not try to cheat because this will tarnish you in Indonesia.

I advice him to get the correct legal advice before uttering rubbish to the media.

There is a proper channel in the legal system and hence shouldn’t try to gather empty polemics by starting a trial via the media.

Our line up of lawyers are prepared with all the facts because we are confident that the actions taken are accurate in line with the rules of law.

Alistair Edwards, Johor Darul Ta’zim FC Technical Director

Hidup Johor Demi Johor

#HarimauSelatan

#SouthernTigers

#PermataSelatan

#JewelOfTheSouth

#JDTuntukSemua

#JDTforAll

Awas! 6 Pelakon Ini Mempunyai Ilmu Seni Mempertahankan Diri. Siapa Sangka Artis No.2 Sampai Pernah masuk SUKMA Bertanding.. Memang Hebat!

 

Awas! 6 Pelakon Ini Mempunyai Ilmu Seni Mempertahankan Diri. Siapa Sangka Artis No.2 Sampai Pernah masuk SUKMA Bertanding.. Memang Hebat!

 

 

Lazimnya jika kita menonton sesebuah drama mahupun sesebuah filem aksi, pelakon lagak ngeri yang bakal mengambil alih babak berlawan mahupun sesuatu yang diluar kemampuan pelakon asal. Namun tahukah anda, 6 pelakon ini sememangnya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri dan kebanyakan babak berlawan adalah dilakonkan mereka sendiri. Kami bawakan hotlist 6 pelakon tersebut!

 

  1. Eman Manan

Sebelum munculnya nama – nama hebat seperti Norman Hakim, Zul Ariffin dan ramai lagi, Eman Manan terlebih dahulu mencuri tempat sebagai hero filem malaya sekitar 80 dan 90an. Disebalik perwatakannya yang Macho, Eman sebenarnya mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri iaitu silat.

 

 

 

 

Pernah memberi kenyataan bahawa seperti tiada pelapis pelakon yang berkebolehan, suatu masa dahulu boleh dikatakan filem aksi pasti akan terlihat Eman memainkan peranannya.

 

  1. Hairul Azreen

 

 

Bermula dari pelakon lagak ngeri, siapa sangka Hairul Azreenberjaya menempa nama sebaris dengan pelakon lelaki popular di Malaysia. Malah untuk pengetahuan anda, Hairul merupakan bekas atlet taekwando negeri Selangor sebelum bergelar selebriti.

 

  1. Datuk Adi Putra

 

 

 

 

Melihatkan seni mempertahankan dirinya dalam setiap filem aksi seperti filem Tailong pasti membuatkan ramai kagum. Malah setiap langkahnya begitu kemas melihatkan nama Datuk Adi Putrasebagai pelakon aksi yang cukup dikenali ramai

 

  1. Aaron Aziz

Siapa sahaja tak kenal dengan Aaron Aziz yang sememangnya menjadi hero pujaan gadis – gadis di Malaysia.

 

 

 

 

Kami di Hangat.com tidak pasti bahawa apakah seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh Aaron akan tetapi setiap aksi yang dibawakannya pasti meninggalkan kesan pada para penonton.

 

  1. Pablo Amirul

Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan.

 

 

 

Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.

 

  1. Ebby Yus

 

 

Bagi Ebby Yus pula dia sudah membabitkan diri dalam persilatan sejak kecil dan pernah menunjukkan bakat silatnya itu dalam drama bersiri seperti Keris Hitam Bersepuh Emas pada tahun 1990-an lalu.

 

“Ilmu silat ini banyak mendidik diri saya untuk saling menghormati orang lain termasuk menjaga disiplin.

 

“Bagaimanapun, saya sangat teruja melihat perhimpuan pesilat yang berlangsung ini kerana menyatukan anak Melayu tidak kira peringkat umur,” katanya.

 

Rasmi : Senarai Penuh Pemain Selangor FA Untuk Musim 2018

Senarai Penuh Pemain Selangor Ada Dibawah

JUARA Piala Malaysia 33 kali, Selangor mengikat lapan pemain Piala Presi­den dan dua pemain muda daripada pasukan kebangsaan Indonesia bagi memantapkan pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018.

 

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal semalam mengesahkan bahawa skuad Gergasi Merah telah menandatangani kontrak dengan kapten pasukan bawah-23 tahun (B-23) negara itu yang meraih pingat gangsa di Sukan SEA Kuala Lumpur, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn.

 

 

Kedua-dua pemain itu sebelum ini bermain untuk kelab Bhayangkara FC yang meraih gelaran sulung Liga 1 Indonesia pada musim ini.

 

Subahan berkata, Selangor turut membawa masuk penyerang muda berusia 21 tahun dari Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj selain melanjutkan kontrak penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia, 32, untuk memperkuatkan jentera serangan.

 

“Kita memang nak pamerkan ramai pemain muda, khususnya daripada pasukan Piala Presi­den yang muncul juara tahun ini dan Selangor tidak pernah ke­tandusan bakat muda. Kita pun sedia maklum bahawa banyak bakat dari Selangor dieksport ke negeri-negeri lain. Maka kami percaya kepada bakat muda dan bergantung kepada ketua jurulatih (P. Maniam) untuk membentuk mereka.

 

“Saya yakin langkah ini dapat memantapkan pasukan kebangsaan kerana jika mereka diberi peluang dan pendedahan, mereka mampu beraksi untuk pasukan kebangsaan nanti. Evan dan Ilham pula merupakan pemain B-23 Indonesia, tetapi mereka sudah pun beraksi untuk pasukan kebangsaan mereka,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge ke-13 di Kelab Diraja Selangor (RSC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

 

Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, skuad itu mungkin tidak akan me­menuhkan lima kuota import yang diberikan atas faktor kewangan.

 

“Sekarang kita dah ada tiga pemain import dan mungkin akan ikat seorang lagi pemain, walaupun dibenarkan untuk guna lima pemain import. Ini kerana, Selangor adalah antara beberapa pasukan yang mencari sendiri dana daripada pihak swasta dan ia bukan senang. Maka kita kena belanja mengikut kemampuan,” katanya. – Bernama

 

Inilah Punca Sebenar Felda United Diturunkan Ke Liga Perdana

MARAN, 15 Julai — Pemain Felda United meraikan kenduri gol ketika menewaskan T-Team FC pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) malam ini.
Keputusan penuh Felda United 5-1 T-Team FC.
–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

KUALA LUMPUR 4 Dis.- Felda United menerima tamparan hebat apabila disahkan tidak layak beraksi dalam Liga Super musim 2018 gara-gara kegagalan mendapatkan lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

 

Itu bermakna, skuad The Fighters yang menunjukkan prestasi konsisten sejak beberapa musim ini terpaksa menerima hakikat turun ke Liga Perdana, umum Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

 

 

Menurut Kevin, pihaknya amat kesal dengan kegagalan Felda United memenuhi syarat untuk mendapat lesen

 

“Dengan itu Felda United turun ke Liga Perdana, manakala Negeri Sembilan dan PKNP FC akan ditawarkan bermain di Liga Super musim depan dan secara tidak lisan mereka bersetuju menerima tawaran itu.

 

“Kita akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat,” kata Kevin kepada pemberita. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

KEGAGALAN mendapatkan lesen untuk bertanding menyaksikan FELDA United disingkirkan ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

 

Perkembangan itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam sebentar tadi.

 

Kevin turut mengumumkan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menjadikan Terengganu II sebagai ‘kelab pemangkin’ kepada Terengganu I (TFC I) diterima dan Terengganu II (TFC II) akan turut beraksi dalam Liga Perdana musim hadapan.

 

Situasi ini menyebabkan dua kekosongan dalam Liga Super pada musim hadapan bakal diisi PKNP FC dan Negeri Sembilan.

 

 

 

KUALA LUMPUR 4 Dis.- Felda United menerima tamparan hebat apabila disahkan tidak layak beraksi dalam Liga Super musim 2018 gara-gara kegagalan mendapatkan lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

 

Itu bermakna, skuad The Fighters yang menunjukkan prestasi konsisten sejak beberapa musim ini terpaksa menerima hakikat turun ke Liga Perdana, umum Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

 

 

Menurut Kevin, pihaknya amat kesal dengan kegagalan Felda United memenuhi syarat untuk mendapat lesen

 

“Dengan itu Felda United turun ke Liga Perdana, manakala Negeri Sembilan dan PKNP FC akan ditawarkan bermain di Liga Super musim depan dan secara tidak lisan mereka bersetuju menerima tawaran itu.

 

“Kita akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat,” kata Kevin kepada pemberita. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

KEGAGALAN mendapatkan lesen untuk bertanding menyaksikan FELDA United disingkirkan ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

 

Perkembangan itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam sebentar tadi.

 

Kevin turut mengumumkan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menjadikan Terengganu II sebagai ‘kelab pemangkin’ kepada Terengganu I (TFC I) diterima dan Terengganu II (TFC II) akan turut beraksi dalam Liga Perdana musim hadapan.

 

Situasi ini menyebabkan dua kekosongan dalam Liga Super pada musim hadapan bakal diisi PKNP FC dan Negeri Sembilan.