Tolong Doakan Xandra Sihat: Lan Solo Dan Isteri 

 

Tolong Doakan Xandra Sihat: Lan Solo Dan Isteri

ISTERI kepada penyanyi Lan Kristal, Nur Sheila, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, yang bakal menjalani pembedahan pada 31 Mei depan.

Pembedahan yang akan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu adalah untuk merawat sumbing yang dialami anak bongsu pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.

Sheila yang turut memuat naik sekeping gambar bayi yang telah melalui pembedahan tersebut di laman Instagramnya, mengakui sudah cukup bersedia untuk berdepan saat-saat penting itu.

“Ini bukan Xandra, tapi inilah prosedur yang bakal Xandra lalui. Sebab itu dari Xandra lahir sampai sekarang, saya sedang dan masih belajar untuk cekalkan hati menghadapi hari-hari bersama Xandra.

“Untuk diri saya sendiri, insya-ALLAH… rasanya saya dah cukup bersedia dan saya mengharap doa dari semua untuk sama-sama bantu saya dan anak-anak cleft lain dipermudahkan segala urusan pembedahan dan dapat sembuh dengan segera.

“Untuk info, Xandra akan menjalani pembedahan pada 31 Mei 2018 di PPUM, dengan syarat Xandra perlu sihat sepenuhnya. Kalau tidak, pembedahan akan ditunda. Jadi, tolong doakan ye..” tulisnya pada kapsyen.

Selain Xandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Sumber Ilham: sinarharian

Tak sangka saya sekuat ini – Lan Solo

PETALING JAYA: Penyanyi Mohd Razlan Mohamed Yusof atau lebih dikenali sebagai Lan Solo tidak berkecil hati dengan sikap segelintir pengikut laman sosial yang mempersenda bayinya, Nur Amna Quxandra yang dilahirkan sumbing.

Bekas vokalis kumpulan Kristal itu berkata, dia juga tidak menyalahkan mereka kerana kebanyakan yang berbuat demikian adalah kanak-kanak yang masih belum matang fikiran.

“Tidak dinafikan, saya menerima komen negatif yang mempersenda apabila saya memuat naik gambar anak di laman sosial. Selepas melihat profil, kebanyakan yang berbuat demikian adalah kanak-kanak yang masih belum matang.

“Saya tidak sangka boleh sekuat ini ketika berdepan kecaman seperti itu. Bagaimanapun, hanya segelintir yang tidak sensitif kerana selebihnya tetap menyokong dan memuji tindakan saya berkongsi wajah anak walaupun tahu risiko bakal dihadapi,” katanya.

Ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya, Berpisah Tanpa Rela di Mutiara Damansara, di sini, hari ini, bekas finalis Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4) turut memperkenalkan muzik video lagu hasil ciptaannya itu.

Penyanyi berusia 32 tahun ini berkata, dia juga tidak menyangka tindakannya berkongsi wajah puteri istimewanya itu memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang berdepan nasib serupa.

“Ada yang menghantar mesej sambil menunjukkan wajah anak mereka, sedangkan sebelum ini malu berbuat demikian. Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai kecacatan yang dialaminya. Dari situ, saya mengetahui kewujudan persatuan berkaitan.

“Mereka juga banyak membantu melancarkan urusan pendaftaran pembedahan anak saya yang bakal dilakukan pada hujung bulan depan. Sementara menanti waktu itu, saya dan isteri perlu memastikan keadaan kesihatan anak dalam keadaan memuaskan supaya urusan pembedahan tidak tertangguh,” katanya.

Sumber Ilham: bhplus

FUYOO! STYLE BETUL CARA ABG INI ORDER KFC, TERGELAK AWEK KFC DIBUATNYA..

FUYOO! STYLE BETUL CARA ABG INI ORDER KFC, TERGELAK AWEK KFC DIBUATNYA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca halaman viral hangat sekalian. Kali ini saya akan kongsikan video viral mengenai seorang lelaki yang mendapat pujian dan perhatian ramai gadis kerana mempunyai cara ORDER yang unik untuk membeli kfc.

Bagi seorang lelaki yang bernama Hassanal Aimul, mungkin dia tidak menyangka video rap yang di nyanyikannya dalam kereta telah menambat hati ramai orang dan juga menghiburkan. Beliau baru-baru ini telah pergi ke sebuah restoran KFC melalui laluan drive thru dan memesan beberapa menu.

Namun, cara yang digunakannya sangat unik. Dia tidak membuat order seperti bercakap seperti orang lain, tetapi order yang dilakukannya ialah dengan melalui nyanyian rap seperti di bawah :

“Bagi saya SET D sama satu SET C , Itu minuman Pepsi , Ayam dua ketul Spicy . Oh kasih , tambah satu lagi nasi , dan tu ayam bagi bahagian dada yang banyak isi , Dorang makan ABC ada yang pergi makan shushi tapi saya ni dari dulu memang peminat KFC , walau ada GST kfc tetap di sisi , ingat order saya tdi kay , terima kasih.”

Nyanyiannya sangat lancar sehingga membuatkan staf perempuan yang bertugas ketika itu tersenyum manis kepadanya sambil mengambil pesanan menu yang diminta olehnya. Ketika mahu mengambil pesanan dan membuat bayaran, staf perempuan KFC yang bertugas dilihat ketawa dan terhibur. Nyanyian dapat dilihat melalui video di bawah. Rajin-rajin share video ini. Selamat menonton.

Sila tonton video:

 

Masih Ingat Dengan Buntat Yang Popular Dengan Drama 7 Hari Mencintaimu? Inilah Wajah Terkini Beliau Di Tahun 2018 Dah Kacak Sekarang

 

PELAKON kanak-kanak yang mula dikenali menerusi drama 7 Hari Mencintaiku (7HM), Mohd Ariff Abdullah memasang impian untuk bergandingan bersama pelakon Janna Nick dan Ayda Jebat.

Menurut Ariff, 13, dia mengagumi bakat dua pelakon cantik ini dan berharap suatu hari nanti dapat bekerjasama dalam drama atau filem.

“Kalau tanya siapa pelakon wanita pilihan saya, pastinya Janna Nick dan Ayda Jebat berada dalam senarai pelakon kesukaan saya.

‘Buntat’ atau Ariff mengagumi bakat dua pelakon cantik ini.

“Saya memang minat mereka berdua dan berharap satu hari nanti kami dapat berlakon bersama.

“Janna dan Ayda bukan sahaja cantik dan popular, malah mereka juga hebat dalam bidang ini,” katanya kepada mStar Online.

Ariff ditemui di tayangan perdana filem Jibam yang diadakan di MM Cineplex ecurve, Petaling Jaya Selangor pada malam Isnin.

Pelakon cilik ini turut dikenali dengan nama panggilan ‘Buntat’ selepas berjaya membawakan watak berkesan dalam drama 7HM.

Sementara itu, Ariff berkata, dia tidak kisah andai penonton filem Jibam akan menggelarnya dengan nama panggilan tersebut pula.

Baginya, jika penonton terbawa-bawa dengan watak lakonannya, itu bererti dia berjaya menghidupkan karakter tersebut.

Barisan pelakon filem Jibam yang bakal ditayangkan pada 7 Disember ini.

“Dahulu orang ramai panggil saya Buntat, mungkin selepas ini dengan nama Jibam pula.

“Saya tak kisah dengan nama panggilan tersebut kerana itu bermaksud watak tersebut meninggalkan kesan kepada penonton,” katanya.

Menyebut mengenai filem Jibam, Ariff membawakan watak utama dalam karya arahan Che Mie itu.

Selain Ariff, pelakon popular lain yang turut membintangi filem berkenaan seperti Syafie Naswip, Esma Danial, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Bohari Ibrahim, Kazar Saisi dan Kamarool Yusoff.

Filem yang diadaptasi daripada novel popular 90-an hasil tulisan kartunis Ibrahim Anon atau Ujang itu bakal ditayangkan dipawagam bermula 7 Disember ini.

 

Buntat berjaya buat penonton menangis di gema gegar vaganza

Aksi Memukau Pemain-Pemain Muda Kelantan Curi Tumpuan

 

Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ebrahim, menganggap kemenangan pertama diperoleh malam tadi adalah ‘Isyarat kebangkitan’ pasukannya bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda malam tadi seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Fajer berkata, perlawanan terbabit dianggap bukti dan balasan setimpal di atas usaha keras pemainnya sepanjang berada di bawah kendaliannya.

“Seperti saya beritahu jika (pemain) selalu berusaha tidak kira ketika di padang latihan atau perlawanan sebenar, kita pasti mendapatkan tiga mata penuh,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

“Saya berbangga dengan semua pemain kerana bukan senang bagi pemain muda beraksi dalam suasana perlawanan liga utama, sudah pasti mereka akan dibezakan dengan pengalaman.

“Insya-Allah dengan pengalaman saya yang pernah melatih pemain muda di Syria yang kemudian membawa pemain muda ke skuad utama kebangsaan, saya yakin pasukan ini berkembang kerana itu akan diterapkan sepenuhnya dalam pasukan ini.”

Pada aksi malam tadi, sebanyak enam gol terhasil di stadium keramat Kelantan dengan jaringan dihasilkan Nik Azli Nik Alias (m-9); Shafiq Shaharuddin (m-15,68), Nik Akif Syahiran Nik Mat (m-88) sementara gol pelawat dihasilkan Indra Putra Mahyuddin (m-79) dan Zhafri Yahya (m-90).

“Saya bekerja di sini untuk Kelantan, untuk Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan…Dia (Bibi) amat menyokong pasukan dan dia juga seorang presiden bola yang bagus.

“Saya bukan bekerja untuk duit di Kelantan. Apa yang saya mahu adalah memastikan pasukan ini kembali mencipta nama dan memenangi setiap perlawanan,” katanya.

 

 

 

Pekerjaan Terkini Asraruddin Putra Omar Setelah Keluar Dari JDT

 

PIRATAS Barber Shop milik Asraruddin Putra.
Spy Bola lihat pemain bola sepak sekarang semakin bijak merancang masa depan. Jadi, bila bersara, tidaklah mereka hidup dalam kesusahan. Masa tengah ada nama dan ada duit inilah mereka hendak memulakan sesuatu untuk jaminan selepas bersara kelak.

Terbaharu seorang lagi pemain bola, Asraruddin Putra Omar membabitkan diri dalam perniagaan apabila berkongsi dengan dua rakan mengusahakan kedai gunting rambut di Kuala Selangor.

Menurut Asra, kedai yang dinamakan Piratas Barber Shop itu mula beroperasi sejak tiga minggu lalu. Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila antara 20-30 orang pelanggan setiap hari bergunting rambut di kedai itu.

“Saya mendapat ilham untuk membuka kedai gunting rambut di Kuala Selangor kerana belum ada kedai gunting rambut moden di sana sedangkan remaja kini suka tampil dengan pelbagai gaya dan fesyen rambut yang trendy.

“Lagipun perniagaan kedai gunting rambut tidak berisiko tinggi seperti perniagaan lain dan mempunyai potensi besar kerana setiap hari pasti ada yang mahu menggunting rambut.

“Mungkin harga kami agak mahal berbanding kedai gunting rambut tradisional namun ia tidak menjadi bebanan kepada anak muda yang gemar berfesyen. Ini kerana kami menawarkan pelbagai gaya terkini,” ujar Asra.

Asra berkata, bagi memenuhi cita rasa remaja, Piratas Barber Shop mengutarakan konsep lanun sebagai dekorasi kedai itu.

Spy Bola ingin mengucapkan ‘double tahniah’ kepada Asra kerana selain bergelar usahawan, bekas pemain Johor DT itu kini sudah bergelar suami apabila melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya pada 11 November lalu.

Spy Bola: Dulu suka fesyen rambut Beattles.

Masihkah anda ingat nama Asraruddin Putra Omar?

Pemain yang pernah bersama-sama skuad negara memperoleh kejuaraan Piala AFF pada 2010 ini kini kembali mendapat perhatian.

Menurut laman Goal, beliau dikatakan akan kembali menyarung jersi Selangor memandangkan jendela perpindahan telah pun dibuka.

Namun begitu, cerita itu telah dinafikan oleh jurulatih Selangor – P. Maniam.

Tak mahu tanggung

Asra merupakan sebahagian pemain Selangor pada 2007 hingga 2013 sebelum pergi meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai JDT.

Namun begitu, kecederaan yang dihadapi dan kurang masa bermain membuatkan pemain tersebut disisihkan dari skuad JDT dan ditamatkan kontrak pada akhir musim 2016.

Nama Asra kembali disebut selepas bekas pemain Selangor iaitu Amri Yahyah kembali ke skuad Selangor untuk menyertai.

Akan tetapi, Maniam awal-awal lagi menafikan akan mengambil pemain pertahanan itu memandangkan beliau masih lagi belum sembuh.

“Beliau masih lagi cedera dan belum lagi sembuh. Jika beliau sertai kami sekalipun, beliau hanya boleh berlatih kerana kami tak boleh mainkan beliau terus.”

“Oleh itu, kami terpaksa beri beliau 2,3 bulan untuk bolehkan beliau pulih semula sebelum benarkan beliau beraksi.”

Walaupun begitu, Maniam berkata pihak pengurusan mungkin dalam usaha membawa pemain itu kembali dan mungkin bersama Selangor.

“Setakat ini masih lagi tiada sebarang berita lagi. Mungkin sudah ada perbincangan dengan pihak pengurusan dengan Asra.”

 

 

Cuba lihat minit ke 0:31 mesti anda terkejut apa yang perempuan ini lakukan pada budak-budak taska

 

Saksikan video penuh dibawah

 

 

Taska, Tempat Penderaan Mental Untuk Anak-Anak – Bekas Pekerja
Cerita di bawah hanya sekadar pengalaman seorang bekas pekerja taska yang tidak dinyatakan nama dan tempatnya bagi menjaga sensitiviti semua pihak. Cerita ini juga bukan mahu memburuk-burukkan semua pusat jagaan kanak-kanak namun adalah wajar ibu bapa berhati-hati dan peka dengan perubahan anak-anak agar mentaliti mereka tidak dirosakkan oleh pihak-pihak taska yang tidak bertanggungjawab.

 

Ketika berusia 18-19 tahun, aku bekerja di sebuah taska ini selepas habis SPM, untuk mencari pengalaman bekerja selepas ditawarkan oleh rakan mak, jadi cikgu taska. Mula-mula,a syik terfikir macam mana nak jaga budak-budak ini, mesti comel saja kan?

Jadi, itulah pertama kali aku duduk berjauhan dengan mak. Taska ini ada menyediakan bilik, tempat tinggal untuk cikgu di situ. Di hari pertama, budak-budak pun datang. Dalam taska itu ada empat cikgu termasuk aku.

Pagi jam 6 pagi, budak-budak datang. Cikgu A pasang surah sampailah kesemua budak-budak (lebih kurang 40-50) dah datang, kemudian beratur. Mereka semua tengok aku sebab aku cikgu baru. Selepas habis beratur masuk ke dalam. Yang umur empat dan enam tahun belajar di atas. Yang berumur lima tahun di bawah sebab mereka ramai.

Masa ini, ramai budak-budak suka duduk di sebelah aku, diorang kata cikgu baik. Masa pun berlalu sehinggalah waktu makan. Masa makan ini, semua duduk dalam bulatan dan ada pinggan dan sudu. Oh ya, cikgu dilarang sama sekali makan makanan budak. Pelik kan? Nanti aku cerita.

Selepas selesai makan, aku kena sapu semua makanan yang bersepah dan mop satu hall sementara budak-budak duduk di tangga. Semua bersusun sampai atas dan Cikgu B guide di atas. Dan di masa inilah bermula di mana ada seorang budak, Aiman, tengah main acah-acah spiderman. Aku tengok saja sambil mop lantai.

Tiba-tiba Cikgu C ambil rotan, aku sangka dia nak gertak saja. Sekali dilibasnya pada badan budak itu. Tersentak budak itu sampai melompat. Kemudian Cikgu A datang sambil menjerit kuat-kuat.

Apa yang bising-bising ni? Saya dah suruh duduk diam kan? Kenapa tak faham bahasa sangat?

Budak-budak itu duduk macam takut sangat. Budak yang kena pukul itu tak berhenti menangis sebab dia kena rotan banyak kali di bahagian kaki. Kemudian Cikgu C tolak dan tampar kepala dia. Budak itu masih tak nak diam. Apa ke bongok, pujuklah budak itu kalau dah menangis begitu kan?

Yang paling aku sedih bila dia rentap budak yang menangis itu masuk ke bilik bawah. Budak itu menjerit tak nak berulang kali. Allahu,

“Tak apalah, biar saya pujuk dia,” kata saya pada Cikgu A.

“Eh? Tak payahlah nak tunjuk-tunjuk baik depan budak-budak ini,” katanya.

Aku macam, “Oh? Eh?” Sebab kan aku baru dan paling muda, aku diamkan diri. Dalam pada itu, aku masih mendengar tangisan seorang budak lima tahun dalam bilik. Ya Allah, apalah yang dia buat pada budak itu?

Kemudian Cikgu C keluar dari bilik dan pantau budak di tangga. Aiman masih lagi menangis di dalam bilik.

“Siapa main lagi, kena macam Aiman. Faham tak?” kata Cikgu A.

Semua budak-budak itu mengangguk kepala dan cakap “Faham”.

Selepas lantai sudah kering, budak-budak bawa tilam dari atas turun ke bawah, sekali dengan bantal dan selimut. Dengan arahan Cikgu A, semua susun tilam dan mereka pun tidur pada jam 12 tengah hari. Automatik semua tidur. Pelik kan?

Aiman masih berada di dalam bilik tetapi tiada lagi tangisan kedengaran. Aku nak pergi jenguk Aiman tetapi Cikgu A berada di situ. Aku ambil peluang untuk mengintai Aiman. Aku nak usap bahagian kakinya yang kena pukul itu. Bila buka pintu, Aiman tengah tidur tersedu-sedu di depan pintu. Kasihan dia.

Jam tiga petang, semua naik atas bergilir-gilir ambil wudhuk dan sembahyang zohor dan tunggu azan asar. Masa ini memang best tengok budak-budak kecil solat. Tetapi yang paling membuatkan aku sakit hati bila budak gerak sikit, Cikgu C datang dan pukul budak-budak itu. Alahai, gerak sikit saja pun.

Jadi itulah pengalaman di hari pertama di taska itu. Kemudian bersambung pada hari seterusnya.

Semasa Cikgu A memasak, aku terlalu di bahagian dapur dan ternampak dia tuang sesuatu dalam botol putih yang aku sangka perencah atau sewaktu dengannya. Jadi aku buat tak tahu saja. Aku pergi tandas dan keluar. Cuba teka apa yang aku nampak?

UBAT BATUK

Ya, Cikgu A letak ubat batuk dalam masakan budak-budak. Aku macam, Oh my gosh, patutlah budak-budak itu tidur on time. Patutlah cikgu dilarang makan makanan budak. Sekarang aku dah tahu. Betapa kurang ajarnya mereka.

Sedang aku membebel-bebel di dalam hati, tiba-tiba Cikgu B turun tangga sambil memegang tangan seorang budak lelaki enam tahun. Dia tunjuk depan budak lima tahun,

“Ini Aryan. Aryan ini bodoh, sebut R pun tak reti,” katanya.

Ya Allah, nak menangis saya tengok anak kecil itu dimalukan di depan budak-budak lain. Aryan menangis sebab Cikgu B marah pada budak-budak dengan begitu lantang sekali.

Tingkap di taska ini jenis yang tarik tutup itu. Jadi, tak dengar pun kau nak jerit sekuat mana. Kemudian dia tarik Aryan masuk ke bilik bawah itu. Bilik bawah itu sebenarnya pejabat pemilik taska tetapi pemiliknya tiada, jadi mereka gunakanlah. Aku tak tahu dia buat apa pada Aryan, aku hanya mampu duduk macam bodoh sahaja.

Taska ini tak ada CCTV, jadi aku tak boleh nak buat apa-apa sebab tiada bukti. Masa ini aku guna smartphone Samsung Corby sahaja. Nak rakam, asyik full memory. Lagipun Cikgu A tak bagi aku pegang telefon, etika kerja katanya.

Banyak lagi yang aku nampak di mana cikgu-cikgu ini suka pukul kepala, cakap budak-budak ini bodoh, pulaukan, sampai aku rasa aku kejam sangat sebab biarkan kejadian itu berlaku. Aku pernah pujuk budak-budak tetapi aku kena marah dengan semua cikgu yang lain. Aku nak sangat pemilik taska datang tengok apa yang kakitangannya buat pada budak-budak ini. Malangnya, pemiliknya pun sama, 2 x 5. Sudahlah kawan mak aku, haish! Tak berani aku nak komen apa-apa.

Tetapi aku harap, make sure kalau anak kita cerita apa yang terjadi, tolonglah percaya pada mereka. Kemudian bila mereka dah balik rumah, tolong berikan perhatian pada mereka. Jangan leka dengan Facebook etc. Tahu tak apa yang mereka telah lalui separuh hari di taska? Penderaan mental. Percayalah.

Seperkara lagi, kalau pagi-pagi anak datang sambil menangis, cikgu-cikgu ini akan aim budak itu dan akan perli budak-budak ini.

“Oh, nangis ye dapan mak kau? Alahai manja sangat. Kau mengadu ye kat mak kau? So kau ingat mak kau boleh buat apa? Ha bodoh!” kata cikgu taska sambil tunjal kepala budak itu.

Budak yang menangis ini memang cikgu-cikgu ini akan beri layanan yang sangat dahsyat seperti tak bagi makan, minum dan banyak lagi. Malas nak cerita sebab sedih bila teringat kembali.

Umur aku pun dah 25 tahun, ada dua anak masing-masing berumur 3 tahun dan 1 tahun. Dah empat kali tukar pengasuh sebab aku boleh agak dari ekspresi muka anak pertama. Masa itu dia tak reti cakap lagi tetapi aku dapat tangkap perubahan dia menjadi pendiam dan suka pandang sambil buat muka takut. – Wawa, IIUM Confessions | The Reporter

 

Si Comel Siti Aafiyah Tembamnya..Anak Kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza & Suami

 

Siti Aafiyah Tidak Akan Dididik Jadi Selebriti

Comelnya wajahmu Siti Aafiyah Khalid.

AMPANG: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mahu anak sulungnya Siti Aafiyah yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

Sebaliknya, Siti, 39, berharap dia dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

 “Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow.

“Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat.

“Apa yang kami minta hanya tujuh hari itu sahaja untuk kami umumkan sendiri namanya, selepas ini tiada yang eksklusif,” ujarnya kepada mStar Online.

 Siti Aafiyah pelengkap keluarga Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Siti ditemui selepas mengumumkan nama anak perempuannya Siti Aafiyah Khalid dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam.

Majlis akikah dan tahnik itu diketuai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.

Sementara itu, Siti berkata, dia belum memikirkan untuk mewujudkan sebuah laman sosial Instagram untuk Siti Aafiyah seperti anak artis lain.

“Berkaitan Instagram saya tidak fikir lagi, tapi saya kena fikir dan dalam masa yang sama saya mahu dia jalani kehidupan secara normal.

“Sebelum ini memang sudah banyak Instagram palsu yang menggunakan namanya, namun saya yakin peminat-peminat tidak percaya selagi saya tidak umumkan sendiri.

“Buat masa ini gambar-gambar Siti Aafiyah hanya akan dimuat naik di Instgram saya,” ujarnya.

 Siti Nurhaliza akhirnya merasai pengalaman menjadi sorang ibu.

Dalam pada itu, ditanya tentang populariti yang diraih anaknya, Siti berkata, ia adalah tempias daripada penantiannya selama 11 tahun.

Katanya, kanak-kanak itu tidak dapat lari daripda tempias populariti ibunya sebagai seorang penyanyi.

“Dia popular sebab terkena tempias ibunya (Siti) seorang penyanyi. Mungkin sebab terlalu lama peminat menantikan detik ini.

“Penantian itu sendiri membuatkan dia menjadi perkara yang paling istimewa,” ujarnya.

Penantian 18 Tahun Datuk K Dimakbulkan Allah

Sementara itu, suami penyanyi itu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K memberitahu kelahiran Siti Aafiyah juga merupakan menamatkan penantiannya selama 18 tahun untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.

 Khalid menyuap sesuatu ke mulut bayinya sambil dipandang isteri tersayang.

Katanya, bilik yang disediakan dalam rumah berkenaan sudah disediakan khas untuk seorang cahaya mata perempuan sejak 18 tahun lalu.

“Doa saya selama 18 tahun untuk mempunyai seorang anak perempuan telah dimakbulkan Allah.

“Ketika rumah ini siap semua anak lelaki saya dapat satu bilik, ada satu bilik kosong memang khas saya sediakan untuk anak perempuan. Sekarang baru ada penghuninya,” ujarnya yang mempunyai empat orang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

Kata Khalid, perasaannya bercampur baur apabila melihat Siti akhirnya bergelar seorang ibu.

 Siti Nurhaliza dan Khalid ketika membuat pengumuman nama anak mereka selepas tujuh hari dilahirkan.

Selain itu, Datuk K turut menghadiahkan sebentuk cincin yang dibeli bagi pihak Siti Aafiah untuk diberikan kepada Siti sebagai tanda penghargaan.

“Cincin itu daripada Siti Aafiyah, saya mahu dia ingat dan akan memberi hadiah kepada ibunya setiap kali hari jadinya, bukan ibu dia yang bagi hadiah,” ujarnya.

Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Inilah 5 Gol Tercantik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Pemain Malaysia

 

1.) Faiz Subri

 

 

2.) Hardi Jaafar

 

3.) Safee Sali

 

 

4.) Amri Yahyah

 

 

5.) Baddrol Bakhtiar

 

 

 

 

Faiz Subri menang anugerah Puskas Fifa 2016
Faiz yang memperoleh 59.4% undi, mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah.

KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri dari Malaysia merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

Kejayaan meraih anugerah tersebut menggembirakan jutaan rakyat Malaysia, yang jauh beribu kilometer daripada suasana musim sejuk di bandar tasik Swiss itu.

faiz-subri-4

Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

“Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akan mencapai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini,” katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.

Pemain Liga Super itu mengetepikan 2 lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Faiz, yang meraih 59.46% undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.

 

“Saya juga terhutang budi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership), yang mencalonkan jaringan saya kepada Fifa untuk dinilai,” katanya.

Pemain dari Malaysia itu mengetepikan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang meraih 22.86% undi dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez dengan 10.01% undi.

Pada majlis itu, Ronaldo memenangi Anugerah Pemain Terbaik Lelaki Fifa 2016.

Faiz merupakan “arkitek” dan jaringannya disifatkan “melanggar hukum fizik” ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.

Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sepakan percuma itu agak mengelirukan dengan bola pada mulanya melencong ke arah penjuru kanan gawang Pahang sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah menyebabkan penjaga gol, Nasril Nourdin tergamam.

Dalam pada itu, Faiz menganggap kemenangannya itu seperti mimpi menjadi kenyataan selain berasa sangat bertuah dapat bersama dengan pemain terkemuka dunia di Zurich.

Biarpun belum berpeluang menyarung jersi kebangsaan, beliau tetap berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Syukur saya menang, terima kasih kepada pengundi di Malaysia dan seluruh dunia yang memilih saya. Tidak lupa juga keluarga, jurulatih dan pasukan Pulau Pinang.

“Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini mungkin mustahil kerana saingan calon lain yang ternyata hebat,” kata Faiz kepada Bernama.

Beliau turut melihat hakikat menjadi pemain Asia pertama menggondol Anugerah Puskas sebagai pencapaian terbaik dalam karier bola sepaknya.

Beliau menegaskan jaringan gol yang dilakukannya itu bukan sekadar nasib tetapi hasil latihan yang dilakukan hampir setiap hari.

Faiz seterusnya berkata kejayaan itu merupakan pembakar semangat sempena tahun baharu untuk terus memperbaiki prestasi dan mencapai kecemerlangan pada masa depan.

Sementara itu, isteri Faiz, Norzanis Hashim yang berada di Zurich memberitahu Bernama: “Walaupun saya tidak berada di dewan malam ini, namun sokongan dan doa sentiasa bersama Faiz.

“Sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang, saya sangat bersyukur doa seluruh warga Malaysia buat suami saya termakbul,” katanya.

Selepas pemain tersohor Portugal, Ronaldo menerima pengiktirafan tersebut, Anugerah Puskas dimenangi pemain Turki, Hamit Altintop (2010), pemain Brazil, Neymar (2011), Miroslav Stoch dari Slovakia (2012), Zlatan Ibrahimovic dari Sweden (2013) dan pemain Colombia, James Rodriguez pada 2014.

Pemain kurang ternama dari Brazil, Wendell Lira, menggondol anugerah berkenaan pada 2015.

Tiga finalis – Faiz, Marlone dan Rodriguez – disenarai pendek daripada keseluruhan 10 jaringan tercantik bagi musim 2016.

Highlight Penuh JDT Benam Negeri Sembilan Dengan Jaringan 4-0

Tonton video highlight dibawah

KUALA LUMPUR 5 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Super apabila membelasah Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Gonzalo Cabrera menyempurnakan penalti pada minit kelima sebelum La’Vere Corbin-Ong mengukuhkan kedudukan pada minit ke-37. Safawi Rasid menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-62 dan minit ke-73.

Pencabar terdekat JDT, Pahang terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila terikat 2-2 menentang Kedah di Stadium Darul Makmur manakala Kelantan yang bergelut dengan masalah prestasi mencipta kejutan apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan Muhamad ke-IV.

PKNS FC pula menewaskan Melaka United 2-0 di Stadium Shah Alam. Hanya satu aksi Liga Perdana yang berlangsung pada hari ini di mana Pulau Pinang tewas 0-2 kepada MISC-MIFA di Stadium Negeri, Batu Kawan. – UTUSAN ONLINE

 

KUANTAN 5 Mei – Skuad Tok Gajah gagal beraksi cemerlang apabila sekadar meraih satu mata selepas terikat 2-2 dalam perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Pada perlawanan itu, tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi jaringan Chan Vathanaka seawal minit ke-10.

Lapan minit kemudian, penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias pula tewas selepas pemain import Helang Merah, Sandro Da Silva menyamakan kedudukan 1-1.

Pada minit ke-39, skuad kendalian Dollah Salleh itu kembali di depan apabila rembatan dari luar kotak penalti oleh pemain tengah, Muhammad Safuwan Baharudin menerjah masuk ke dalam gawang lawan.

Selepas empat minit bersambung perlawanan babak kedua, skuad Tok Gajah dihukum menerusi jaringan penyamaan Kedah sekali lagi oleh Da Silva sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil.

Keputusan itu memadam rekod dua kemenangan berturut-turut yang diraih Pahang ketika menewaskan Melaka United 2-0 dan Terengganu FC 3-1. – UTUSAN ONLINE

Sumber : Utusan Online

 

 

 

MASIH INGAT DENGAN ADIK YANG TERPOTONG KEMALUAN KETIKA SUNAT? INI BERITA TERBARU BELIAU YANG BEGITU MENYEDIHKAN!

 

 

MASIH INGAT DENGAN ADIK YANG TERPOTONG KEMALUAN KETIKA SUNAT? INI BERITA TERBARU BELIAU YANG BEGITU MENYEDIHKAN!

 

Pada 15 Disember lalu seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

 

Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya

Budak lelaki berusia 10 tahun kini menanggung derita apabila terpaksa membuang air kecil menggunakan tiub dan tiga kali dibedah selepas terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan pada November lalu.

Mohd Hadzmie berkata, pembedahan yang dilakukan gagal menyebabkan doktor terpaksa memasukkan tiub untuk memudahkan anaknya membuang air kecil.

“Anak saya terpaksa menjalani pembedahan tiga kali, antaranya untuj masukkan tiub terus ke pundi kencing supaya bahagian kemaluan tidak dijangkiti.

“Bukan saja dia terpaksa bawa beg air kencing ke mana-mana dan tidak ke sekolah kerana terpaksa cuti selama sebulan malah dia juga dinasihatkan supaya tidak bersukan selama setahun untuk sembuh,” katanya.

 

Menurutnya, dia kesal dengan tindakan pembantu pegawai perubatan berkenaan kerana tidak jujur memberitahu hal sebenar.

“Jika malam kejadian mereka memberitahu perkara sebenar, mungkin saya boleh ke hospital terus,” katanya.

Mohd Hadzmie berkata, dia akan merujuk perkara ini ke mahkamah untuk memfailkan saman.
Kejadian berkenaan adalah kali ketiga sepanjang cuti sekolah kerana pada Disember lalu dua kejadian sama berlaku pada bulan itu.

Pada 20 Disember lalu pula, budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.
Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

“Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

“Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut

Sumber : Harian Metro

KAJANG: Seorang doktor yang dikaitkan dengan kes terpotong bahagian kepala zakar seorang kanak-kanak lelaki ketika melakukan proses berkhatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas 3 pertuduhan, termasuk mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa, tahun lepas.

Dr Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Azahari didakwa secara cuai mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa 4 anak itu juga dituduh menjalankan klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga 6 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa tidak mempunyai Sijil Amalan Perubatan yang sah mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 35 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah klinik di No.6, Jalan CU 15/B, Taman Cheras Utama, Hulu Langat, pada 8.15 malam, 20 Disember 2016.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Al Sabri Ahmad Kabri memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah.

“Semenjak klinik seliaannya ditutup selepas kes tersebut berlaku, beliau tidak mempunyai pendapatan yang tetap,” katanya.

Mahkamah membenar tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 26 Januari untuk sebutan kes. Adik lelaki tertuduh membayar wang jaminan itu.

Media sebelum ini melaporkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terpotong bahagian kepala kemaluannya semasa proses berkhatan menggunakan kaedah laser.