Lara Alana Terkejut Dapat Hadiah Misteri

(Tonton video penuh dibawah)

 

Awal Ashaari Mengamuk Peminat Sindir Lara Alana Lembap

Isu perkembangan Lara Alana, anak kepada selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha al-Yahya bukanlah perkara baru. Tetapi baru-baru ini pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila bertindak membalas komen peminat yang mendakwa anak mereka ‘lembap’. Pasangan ini saling membalas komen menghentam tindakan peminatnya itu.

 

 

 Menerusi laman Instagram, seorang individu dikenali Coreyrasd mendakwa Lara harus diberikan perhatian oleh kedua orang tuanya kerana perkembangan otak kanak-kanak itu yang perlahan. Selain itu, individu itu juga turut sama menasihati pasangan itu supaya buang ego masing-masing dengan membawa Lara berjumpa pakar.

 

Tidak tahan anaknya teruk dipersoalkan, Awal tampil menjawab komen individu terbabit dengan nada yang agak beremosi. Dalam komen itu, Awal mempersoalkan wanita itu yang tidak mengenali mereka dengan rapat tetapi sesuka hati menghukum didikan mereka terhadap anak-anak.

 

 

Selain itu, Scha juga turut sama meninggalkan komen terhadap wanita itu kerana berang didakwa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan masa berkualiti bersama Lara. Jelasnya lagi, mereka sudah pun membawa Lara berjumpa dengan pakar tapi ianya tidak perlu dikongsi di laman sosial.

 

 

Komen pedas wanita itu bukan saja menimbulkan kemarahan pasangan ini, malah ianya turut mencetuskan perbalahan antara peminat di ruangan komen. Sebagai peminat, tidak perlulah masuk campur urusan peribadi selebriti. Pastinya mereka tahu apa yang terbaik buat anak mereka. (rtky/w)

 

 

Pasti Ramai Lelaki Patah Hati! Wajah Kekasih Hati Heroin Mr Grey Eyra Hazali Didedahkan

 

KUALA LUMPUR 20 April – Heroin drama Mr. Grey, Eyra Hazali, 19, mengelak untuk mengulas secara terbuka mengenai hubungannya dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nazli, 20, sebaliknya mahu kerjaya seninya sebagai pelakon diberi perhatian umum.

Memulakan kerjaya lakonan sejak di bangku sekolah sebagai pelakon kanak-kanak, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali menegaskan, dia masih terlalu muda untuk berbicara perihal cinta dan diharap prinsipnya itu dihormati.

“Buat masa ini, biarlah status hubungan kami menjadi tanda tanya biarpun terdapat beberapa keping foto kami berdua dikongsi di laman sosial.

“Saya sedar ada peminat yang bertanya di Instagram. Tidak kurang juga ada antara pengikut media social yang membuat spekulasi ataupun andaian masing-masing.

“Namun saya dan Haziq tiada hak untuk menutup mulut mereka. Tiba masanya, kami akan beritahu hal sebenar,” jelasnya kepada Utusan Online.

Mengulas lanjut watak Nisa Ardina yang digalas menerusi drama Mr. Grey yang disiarkan di slot Megadrama Astro Ria, Eyra bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pengarah dan penerbit.

Bergandingan dengan hero Fendy Bakry, gadis itu akui, mereka mudah untuk serasi sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut yang diterbitkan Global Station Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Riza Baharudin.

“Pengalaman saya dan Fendy selama beberapa tahun membantu kami untuk menjayakan watak masing-masing. Harapnya gandingan pertama kali kami berdua dapat diterima baik oleh penonton setia slot Megadrama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

“Akak Jangan Nangis Lagi” – Sebak! Netizen Doa Zarina Zainuddin Supaya Kuat Jaga Anak Autisme

 

“Akak Jangan Nangis Lagi” – Sebak! Netizen Doa Zarina Zainuddin Supaya Kuat Jaga Anak Autisme

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon ini yang sudah dikenali ramai malah selain berlakon beliau juga perlu menjaga dua orang anak lelakinya.

Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali ramai apatah lagi beliau mempunyai dua orang anak autisme dan ia tidak mudah malah memerlukan banyak sokongan. Rata-rata netizen pula sudah lama mengetahui situasi pelakon ini apatah lagi Zarina juga sering berkongsi perkembangan anaknya itu di laman sosial.

 

Salah seorang anaknya bernama Muhammad Raizal

Namun yang terbaru pula, Zarina memuat naik video yang menunjukkan beliau dalam keadaan menangis dan ia mungkin kerana anaknya itu yang bernama Muhammad Razil. Malah rata-rata netizen mendoakan keadaan pelakon ini dan anaknya.

Video ini mendapat perhatian netizen apatah lagi turut merasakan kesedihan yang dialami oleh Zarina.

Bola sepak adalah sukan untuk menghiburkan penonton. Rasanya terhibur tak tengok aksi mereka ni?

 

Tonton video penuh dibawah :

 

Doa Giggs buat Ferguson

BEKAS pemain Manchester United, Ryan Giggs turut tidak ketinggalan bersama komuniti bola sepak dunia mendoakan pemulihan bekas pengurus, Alex Ferguson yang menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Dianggap pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak Britain, Ferguson,76, merangkul 38 trofi sepanjang 26 tahun mengendalikan United termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana dan dua kali mengungguli Liga Juara-Juara sebelum bersara pada 2013.

Giggs yang juga pengurus Wales adalah sebahagian daripada skuad yang menjulang 13 kejuaraan itu sepanjang 24 tahun kariernya di Old Trafford.

“Sekarang adalah masa untuk berdoa dan harap dia akan segera pulih,” kata Giggs kepada BBC Wales.

“Ferguson memainkan peranan besar dalam karier saya, dalam dan di luar padang. Saya tahu pembedahan itu berjaya. Dia seorang pejuang dan itu yang menyebabkan saya yakin dia akan pulih,” katanya.

Pemain pertahanan United, Phil Jones juga positif dan yakin Ferguson akan pulih sepenuhnya. Dia mengakui sangat terkejut dengan berita mengenai Ferguson.

“Saya benar-benar terkejut dan sedih,” kata Jones yang beraksi bersama United pada 2011.

“Dia seorang legenda. Dialah yang membawa saya ke kelab ini sekali gus memberi saya peluang beraksi dengan salah sebuah kelab terbesar dunia. Dia bagaikan bapa saya. Sangat sedih tapi saya kenal karakternya. Dia sudah pasti berjuang untuk pulih,” kata Jones.

Sementara itu, pemain tengah United, Juan Mata berkata, berita Ferguson memberikan impak besar kepada skuad yang ada sekarang.

“Kami semua bersatu sekarang dan mendoakan yang terbaik buat Sir Alex. Dia seorang yang unik dan salah seorang ikon penting bola sejak beberapa dekad lalu,” katanya.

United pula menghargai dan berterimakasih terhadap ucapan diberikan termasuklah daripada bekas ‘musuh’, Arsene Wenger, Pep Guardiola dan Jurgen Klopp yang sering menyanjungi Ferguson.

 

Kelakar Habis! Aisyah Dhia Rana Malu-Malu Jumpa Zul Ariffin

 

 

Aaisyah, Zul Ariffin berganding

KUALA LUMPUR: Impian anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, untuk berlakon dengan hero pujaannya, Zul Ariffin, mungkin terlaksana andai perancangan Zeel Production menggabungkan mereka dalam sebuah telefilem mendapat lampu hijau daripada stesen televisyen.

Menurut orang kuat syarikat penerbitan itu, Fadzil Teh, beliau sudah pun mencadangkan sebuah telefilem yang ditunjangi oleh pelakon sasa berkenaan kepada pihak terbabit.

“Ketika ini, semuanya masih pada peringkat perancangan. Kami bagaimanapun sudah mencadangkan cerita berkenaan untuk stesen TV.

“Kalau boleh memang kami hendak mendapatkan khidmat Zul sebagai teraju utama. Cuma, perkara ini belum lagi disuarakan kepada pihak beliau.

“Jika projek ini menjadi kenyataan, Che Ta (Rozita) juga akan berlakon sekali dalam naskhah terbabit.

“Ikut perancangan, kami ingin mengembangkan watak Aaisyah sebelum ini dalam drama Kak Marr. Aaisyah kononnya mahu mencarikan suami untuk Che Ta dalam cerita itu. Aaisyah pun sudah pandai bercakap, jadi bolehlah diberikan sedikit dialog kepadanya,” katanya.

Baru-baru ini, Aaisyah, 3, menerusi rakaman video yang dikongsi di laman sosial menyatakan keinginannya untuk berlakon dengan aktor kacak yang meletup dengan drama Titian Cinta itu.

Video yang dimuat naik di Instagram selebriti cilik ini pada 15 Oktober itu sehingga kini sudah ditonton lebih 650,000 kali.

Si comel itu pernah berlakon ketika berusia setahun dalam drama Kak Marr, yang ditunjangi ibunya sendiri. Ketika itu, Aaisyah belum lagi dapat bertutur dengan sempurna.

Menurut Fadzil, ketika Aaisyah bercuti dengan keluarganya di London beberapa bulan lalu, beliau pernah juga mahu memintanya berlakon.

“Ketika itu, produksi saya sedang melunaskan penggambaran drama Kelip Kelip Kota London. Dalam pada itu, ada juga idea untuk menerbitkan cerita lain, termasuk mewujudkan watak untuk Aaisyah.

“Namun, semua itu tidak menjadi kenyataan. Nampak saja kamera di depannya, Aaisyah terus lari.

“Memang bukan mudah untuk merealisasikan cerita membabitkan Aaisyah. Maklumlah, dia masih kecil. Jadi, kita kena tengok juga ‘moodnya’ ketika itu. Kita memang kena pandai ‘umpan’ dan pujuk, untuk ambil hati,” katanya.

Sementara itu, Zul yang dihubungi berkata, semuanya bermula di Instagram apabila video usik-mengusik antara dirinya dengan Aaisyah dimuat naik ke laman sosial terbabit.

“Untuk menterjemahkan episod usik-mengusik itu ke kerja lakonan, saya tak boleh komen lebih. Saya tak tahu lagi bagaimana jadinya,” kata pelakon filem Tombiruo itu.

Beberapa hari sebelum sambutan hari lahir Aaisyah yang ketiga, 1 November lalu, Zul turut diundang sebagai kejutan buat si comel terbabit.

 

Inilah 10 Selebriti Popular Yang Pernah Diserang Penyakit Misteri

 

10 Selebriti Popular Pernah Diserang Penyakit Misteri

Walaupun teknologi sudah semakin canggih dan negara sudah semakin maju, tetapi masih terdapat lagi sesetengah individu yang masih mengamalkan ilmu hitam dan alam ghaib.

Selebriti popular juga tidak terlepas daripada diserang penyakit misteri. Terbaru, pelakon Fendy Bakry dikhabarkan diserang penyakit misteri dan kini hampir pulih. Kami senaraikan 10 selebriti yang pernah diserang penyakit misteri.

1. Syura

 

Tahun lalu, penyanyi Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri ketika berada di Indonesia untuk merakam lagu terbaru. Syura berkata dia muntah berterusan, sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara sehingga berat badannya menurun kira-kira 12 kilogram tanpa sebab.

2. Awie

Pada tahun 2016, penyanyi rock Awie memberitahu bakal isterinya (kini sudah menjadi isteri) dan anak-anaknya diserang penyakit misteri sehingga mereka mengalami muntah-muntah dan gatal-gatal badan. Awie percaya penyakit itu adalah perbuatan sihir daripada manusia yang tidak senang melihatnya bahagia.

3. Aaron Aziz

 

Baru-baru ini, pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu namun berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama. Akibat gangguan tersebut dia mengalami sakit belakang dan ketidakstabilan emosi.

4. Wawa Zainal

Pada tahun 2013, media pernah melaporkan pelakon Wawa Zainal mengakui pernah diserang sakit misteri yang menghantui dirinya. Menurut Wawa, ada ‘benda’ singgah sekejap di dalam badannya dan menyebabkan dirinya bercakap atau berinteraksi menggunakan suara orang lain.

5. Nonny Nadirah

Awal tahun ini, pelakon Nonny Nadirah berdepan dugaan apabila mengalami penyakit misteri menyebabkan dia tidak boleh bangun kurang dua minggu tarikh pernikahannya. Menurut ustaz yang merawatnya, berkemungkinan ada pihak yang dengki dan cemburu.

6. Keena Mentor

Awal April lalu, penyanyi Keena Mentor mendakwa ada beberapa rakan penyanyi yang menghantar santau angin kepada dirinya. Penyanyi itu turut menunjukkan kesan merah yang timbul di sekitar badan selepas santau angin itu berjaya dibuang.

7. Cico Harahap

Setelah lama menghilang, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap dikatakan menghidap penyakit misteri sekitar Disember tahun 2016 yang lalu sehingga menyebabkan dirinya Tidak boleh membaca dan bercakap. Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja seperti biasa.

8. Aiman Tino

Awal April lalu, penyanyi popular Aiman Tino memberitahu dirinya diserang penyakit misteri sehingga menyebabkan kesukaran untuk menyanyi dan mengawal suaranya. Disebabkan penyakit itu juga badannya sering berasa sakit dan lemah.

9. Rafly Rahamat

Baru-baru ini, media melaporkan bekas penyampai HotFM Terengganu Rafly Rahamat ditempatkan di sebuah hospital kerana jatuh sakit. Jika dahulunya berbadan tegap, kini Rafly kelihatan kurus dan sukar dikenali. Sehingga kini masih belum diketahui punca penyakit yang dihadapinya.

10. Fendy Bakry


Pelakon utama drama popular Mr Grey iaitu Fendy Bakry didakwa mengalami penyakit misteri. Keadaan Fendy semakin lemah termasuk pergerakannya terbatas manakala pertuturannya semakin tidak jelas. Beberapa hari lalu, Fendy Bakry dikhabarkan mula menunjukkan perubahan positif selepas hampir sebulan menerima rawatan.

 

Sumber : Rotikaya

Azad Jasmin ni sangkut dalam kesesakan jalan raya pun meriah

Tonton video penuh dibawah

 

Seringkali membawakan karakter komedi di kaca televisyen dan filem, pelakon Azad Jazmin enggan dilabel sebagai pelawak dan mengelak daripada menyertai pertandingan lawak.

“Saya akui saya sering bawa watak komedi. Saya bersyukur kerana penonton suka dan menerima perkara tersebut dengan baik.

“Namun begitu, saya tak mahu orang labelkan saya sebagai pelawak. Sebolehnya, saya mahu mengelakkan diri saya daripada menyertai program atau pertandingan yang berkaitan dengan lawak. Saya mahu menjadi pelakon yang mampu membawakan pelbagai karakter,” kata Azad.

 

Dalam perkembangan terbaru, Azad juga mendedahkan yang dia bakal memasuki set penggambaran filem Polis Evo 2.

“Saya bakal membawakan satu watak dalam filem Polis Evo 2. Penggambaran akan bermula pada Mei ini.

“Berbeza dengan watak lawak yang sering saya jayakan, filem ini akan menyaksikan saya membawakan karakter seorang anggota polis yang berpenampilan serius dan tegas,” katanya lagi.

Filem lakonan Azad, J Revolusi akan ditayangkan di pawagam bermula 2 Mac 2017. Selain Azad, J Revolusi turut menbariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Fazura, Farid Kamil dan Izara Aishah.

Sumber: Kosmo
Olahan oleh: Kamaruddin Razal

 

Subhanallah! Comel Habis Aaisyah Dhia Rana Baca Doa Sebelum Tido

 

YEAYYY SERONOKNYA AAISYAH MUDAH SANGAT HAFAL DOA-DOA HARIAN.

Che Ta memang happy sugguh bila dengar Aaisyah boleh hafal dan baca doa dengan lancar. Semua mak mak mesti melompat sampai ke bintang kan kalau anak dia boleh cepat membaca dan menghafal. Che Ta pun sama uolss.

Yang paling seronok Aaisyah memang fokus bila belajar. Tak ada langsung tunjuk mengantuk, main-main, lari sana lari sini dan menjerit atau menangis. Rasa rileks je bila Aaisyah dapat tumpukan perhatian.

Jom la jadi bijak macam Aaisyah. Aunty semua mesti senyum je bila tengok anak-anak aunty mudah hafal dan suka membaca. Takde lagi masalah susah nak hafal doa. Hehe.

PELAKON Rozita Che Wan akui tidak pernah menggunakan wang pendapatan yang diperolehi oleh anaknya, Aaisyah Dhia Rana sebaliknya menyimpan duit tersebut dalam akaun yang disediakan.

“Saya tidak pernah sentuh langsung duit yang Aaisyah dapat kerana itu adalah rezeki dia.

“Kami dah sediakan satu akaun peribadi untuk Aaisyah dan wang yang dia dapat kami akan masukkan ke dalam akaun tersebut sebagai simpanan untuk masa depan.

“Memang banyak tawaran yang dia dapat tapi satu pun saya tak pernah anggap itu sebagai kerja Aaisyah.

“Sebaliknya tawaran yang dia dapat itu semua adalah rezeki dia. Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di majlis perlantikan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me yang diadakan di Flora Tarrace, pada Khamis.

Mengulas mengenai anaknya, Che Ta memberitahu Aaisyah telah menerima hampir 20 tawaran untuk menjadi duta produk namun dia perlu berhati-hati memilih tawaran yang diberikan supaya tidak membebankan Aaisyah.

“Setakat ini Aaisyah telah menerima hampir 20 tawaran untuk jadi duta produk dan saya bersyukur kerana rezeki dia murah walaupun masih kecil.

“Sebagai ibu, saya tidak mahu anak saya terlalu penat dan sebab itu saya perlu pantau setiap tawaran yang diberikan.

“Selain itu, saya juga akan lihat apa jenis produk yang ditawarkan supaya ia tidak membahayakan anak saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai perlantikan Aaisyah sebagai duta produk Mini Me, pelakon berusia 43 tahun itu menerima tawaran pihak berkenaan kerana produk tersebut menggunakan bahan organik.

“Saya setuju untuk Aaisyah jadi duta produk ini selepas mendapati produk yang ditawarkan menggunakan bahan organik dan tidak membahayakan.

 

Subhanallah! Comel Habis Aaisyah Dhia Rana Baca Doa Sebelum Tido

 

YEAYYY SERONOKNYA AAISYAH MUDAH SANGAT HAFAL DOA-DOA HARIAN.
.
Che Ta memang happy sugguh bila dengar Aaisyah boleh hafal dan baca doa dengan lancar. Semua mak mak mesti melompat sampai ke bintang kan kalau anak dia boleh cepat membaca dan menghafal. Che Ta pun sama uolss.
.
.
Yang paling seronok Aaisyah memang fokus bila belajar. Tak ada langsung tunjuk mengantuk, main-main, lari sana lari sini dan menjerit atau menangis. Rasa rileks je bila Aaisyah dapat tumpukan perhatian.
.
.
Jom la jadi bijak macam Aaisyah. Aunty semua mesti senyum je bila tengok anak-anak aunty mudah hafal dan suka membaca. Takde lagi masalah susah nak hafal doa. Hehe.

 

PELAKON Rozita Che Wan akui tidak pernah menggunakan wang pendapatan yang diperolehi oleh anaknya, Aaisyah Dhia Rana sebaliknya menyimpan duit tersebut dalam akaun yang disediakan.

“Saya tidak pernah sentuh langsung duit yang Aaisyah dapat kerana itu adalah rezeki dia.

“Kami dah sediakan satu akaun peribadi untuk Aaisyah dan wang yang dia dapat kami akan masukkan ke dalam akaun tersebut sebagai simpanan untuk masa depan.

“Memang banyak tawaran yang dia dapat tapi satu pun saya tak pernah anggap itu sebagai kerja Aaisyah.

“Sebaliknya tawaran yang dia dapat itu semua adalah rezeki dia. Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di majlis perlantikan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me yang diadakan di Flora Tarrace, pada Khamis.

Mengulas mengenai anaknya, Che Ta memberitahu Aaisyah telah menerima hampir 20 tawaran untuk menjadi duta produk namun dia perlu berhati-hati memilih tawaran yang diberikan supaya tidak membebankan Aaisyah.

“Setakat ini Aaisyah telah menerima hampir 20 tawaran untuk jadi duta produk dan saya bersyukur kerana rezeki dia murah walaupun masih kecil.

“Sebagai ibu, saya tidak mahu anak saya terlalu penat dan sebab itu saya perlu pantau setiap tawaran yang diberikan.

“Selain itu, saya juga akan lihat apa jenis produk yang ditawarkan supaya ia tidak membahayakan anak saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai perlantikan Aaisyah sebagai duta produk Mini Me, pelakon berusia 43 tahun itu menerima tawaran pihak berkenaan kerana produk tersebut menggunakan bahan organik.

“Saya setuju untuk Aaisyah jadi duta produk ini selepas mendapati produk yang ditawarkan menggunakan bahan organik dan tidak membahayakan.

 

YEAYYY SERONOKNYA AAISYAH MUDAH SANGAT HAFAL DOA-DOA HARIAN. . Che Ta memang happy sugguh bila dengar Aaisyah boleh hafal dan baca doa dengan lancar. Semua mak mak mesti melompat sampai ke bintang kan kalau anak dia boleh cepat membaca dan menghafal. Che Ta pun sama uolss. . . Yang paling seronok Aaisyah memang fokus bila belajar. Tak ada langsung tunjuk mengantuk, main-main, lari sana lari sini dan menjerit atau menangis. Rasa rileks je bila Aaisyah dapat tumpukan perhatian. . . Jom la jadi bijak macam Aaisyah. Aunty semua mesti senyum je bila tengok anak-anak aunty mudah hafal dan suka membaca. Takde lagi masalah susah nak hafal doa. Hehe. Aaisyah tunggu aunty whatsapp untuk dapatkan Champ Champ Aaisyah tau. . . Whatsapp – 013 866 3618 Whatsapp – 013 866 3618 Whatsapp – 013 866 3618

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Inilah Biodata Penuh Uqasha Senrose, Fakta No 8 & 10 Pasti Anda Tak Sangka

 

Inilah Biodata Penuh Uqasha Senrose, Fakta No 8 & 10 Pasti Anda Tak Sangka

Biodata Ringkas Uqasha Senrose

1.) Nama Penuh: Nik Zaris Uqasha Bt Nik Sen

2.) Nama Popular: Uqasha Senrose

3.) Tarikh Lahir: 1 Ogos 1991

4.) Asal: Kota Bahru, Kelantan tetapi menetap di Kuala Lumpur

5.) Umur: 26 Tahun (2018)

6.) Agama: Islam

7.) Warganegara: Malaysia

8.) Keturunan: Berdarah kacukan Kelantan – Siam / Thailand

9.) Adik-Beradik: Anak kedua daripada 7 adik-beradik. Beliau adalah kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose

10.) Pertalian Darah Dengan Rakan Artis: Sepupu dengan Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong

11.) Kerjaya: Pelakon, Model, Pramugari Air Asia

12.) Pendidikan: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya

PELAKON jelita Uqasha Senrose menafikan dakwaan dirinya berada dalam keadaan khayal semasa ditahan pihak polis pada tengahari semalam.

Pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ turut disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5.

“Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya.

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan Utusan Online, Uqasha kini kembali ke set penggambaran drama ‘Rahsia Hati Perempuan’ arahan Michael Ang.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi semalam.

Sumber: Harian Metro
Foto: @uqashasenrose2