Lawak parodi Jihan bahan Neelofa..layan Parodi Fesyen Mak Yakob

 

Dikecam Kerana Fesyen ‘Pouch Bag’, Ini Respon Neelofa

Selebriti popular Neelofa seakan tidak boleh lari dengan kritikan netizen terutama sekali bila beliau bergaya dengan fesyen yang agak unik.

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila menggayakan jaket bersama seluar berwarna oren, ‘pouch bag’ besar di pinggang dan dipadankan pula dengan turban.

Ramai juga yang mengecam Neelofa sehingga menyamakan beliau dengan watak anime Jepun, Naruto dan menganggap beliau mangsa fesyen. Mereka turut mempersoalkan mengapa wanita secantik Neelofa mahu bergaya sebegitu rupa?

Neelofa bagaimanapun tidak hirau dengan komen netizen. Buat beliau, mereka yang mengecam sebenarnya tidak memahami serta kurang arif dalam bab fesyen.

Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali. Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang bercakap, saya menjadi mangsa fesyen.

Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif.

Kata Neelofa, fesyen seperti itu sudah mula menjadi ikutan di benua Eropah. Nampaknya ramai yang perlu mengambil tahu tentang perkembangan fesyen dunia terkini sebelum mengkritik. Kan tak pasal-pasal dan kena “sekolah” dengan Neelofa. Heh..

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *