ISTERI PERTAMA MENINGGAL. APA JD SELEPAS SUAMI KAHWIN BARU BUAT RAMAI TERKEJUT !!!

 

 

 

ISTERI PERTAMA MENINGGAL. APA JD SELEPAS SUAMI KAHWIN BARU BUAT RAMAI TERKEJUT !!!

 

Terima kasih admin sudi publish kisah aku ni.. Tiba2 diri ini rasa nak bercerita tentang isteri aku. Atau lebih tepat lagi, isteri kedua aku.

 

 

Nama aku Man. Lebih 4tahun yang lalu aku dah pernah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hati aku. Kami bercinta sejak dari sekolah menengah lagi. Aku gelarkan dia Wani la ye. Wani ni seorang gadis pemalu, cantik dan menarik. Tapi umur dia tak panjang. Aku masih ingat lagi kejadian yang dah meragut nyawa Wani. Waktu tu perkahwinan kami tak sampai 4bulan pun lagi..

 

 

 

Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Petang bila balik aku ambil dia dari kolej. Tak tahu kenapa aku terlalu mengantuk time drive petang tu. Wani ajak tukar seat biar dia yang drive tapi aku tak bagi sebab dia baru disahkan hamil dan selalu pening kepala. Entah macam mana kereta kami terbabas. Aku tak ingat apa yang berlaku, sedar2 aku dah kat hospital. Aku dapat tahu aku koma hampir sebulan. Wani? Dia meninggal di tempat kejadian. Dia bukan setakat pergi seorang, tapi dia pergi bersama bakal anak aku juga.

 

 

 

Bayangkanlah perasaan aku macam mana bila orang pertama yang aku cari saat sedar dari koma tu rupa2nya dah tinggalkan aku hampir sebulan yang lalu. Waktu tu aku tak ingat berapa lama aku menangis. Aku tak dapat maafkan diri aku sebab aku punca kemalangan tu berlaku. Aku asyik tertanya2 kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku sekali??

Kenapa aku perlu hadapi semua ni??

Bertahun2 aku meratapi apa yang berlaku..

Sehinggalah dua tahun lepas makabah aku buat keputusan untuk carikan calon isteri untuk aku. Kata diorang selagi aku tak kahwin, selagi tu hidup aku serabut dan tak dapat lupa apa yang dah jadi dulu.

 

Mula2 aku tak setuju, bagi aku isteri aku hanya satu tiada yang lain. Tapi bila melihatkan kepada makabah aku yang sangat risaukan aku, aku akur. Dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa aku rasa serba salah pada wanita yang akan aku kahwini nanti sebab aku tahu aku takkan dapat mencintai dia. Hati aku dah terkunci mati untuk arwah Wani.

 

 

 

Selang beberapa bulan, aku pun selamat menikah dengan seorang gadis, anak kenalan makabah aku. Senang cerita aku gelarkan dia Ana je lah. Ana ni kalau nak dibandingkan dari segi fizikal dengan Wani memang jauh beza. Dia tak secantik Wani. Yang paling ketara adalah badannya yang berisi atau tak keterlaluan kalau aku katakan gemuk. Tapi kadang2 tengok comel jugak. Haha. Sepanjang awal perkahwinan aku memang tak layan dia baik. Kadang2 aku lagi suka tidur office daripada aku balik menghadap dia dalam keadaan aku serba salah.

 

 

 

Ana ni walaupun tak cantik, tapi hati dia baik. Dia tak pernah mengeluh pun dengan cara aku melayan dia. Segala2nya tentang aku dia jaga, makan minum pakaian aku semua dia jaga. Cuma satu je aku tak tahan mula2 tu, dia banyak cakap. Ada je benda nak cerita. Aku? Dengar macam tak dengar je. Sejujurnya mula2 aku memang malas nak layan dia. Tapi kadang2 aku tertarik jugak dengan cara dia bercerita. Kelakar pun ada. Cikgu tadika la katakan, memang suka bercerita agaknya. Kalau sehari tak bercerita memang tak sah.

 

 

 

Lagi satu Ana ni jenis kepoh dan peramah. Bayangkanlah saudara mara aku lagi rapat dengan dia berbanding aku. Semua orang dia nak tegur. Jiran2 aku pun semua dia kenal dah. Aku sendiri pun tak kenal jiran aku sangat. Ana ni jugak tak berapa pandai masak. Beza dengan Wani dulu. Tapi Ana suka mencuba. Setiap kali dia masak, dia akan paksa aku makan dan bagi komen. Kalau sedap, dia akan buat lagi dan bagi kat jiran2. Aku pulak naik tersipu2 bila jiran2 aku puji isteri aku macam2.

Lama2 aku rasa hati aku terbuka untuk terima Ana. Sikap dia yang bersahaja dan suka ketawa tu sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan aku yang dulu. Hari2 aku jadi semakin ceria. Dia pun memang jenis

 

 

yang sangat memahami. Pendek kata Ana ni memang ada ciri2 isteri yang perfect cuma ada masalah dengan obesiti saja. Itu bagi aku.

Kemudian ada satu hari tu dia menyatakan hasrat nak kurus dan paksa aku jadi coach dia..Ya, paksa. Dan aku pun terpaksa melayan karenah dia sebab aku dah mula sayangkan dia. Tiap2 petang aku rushing balik rumah semata2 nak temankan dia jogging kat taman. Disebabkan selalu melayan karenah dia, hubungan aku dengan dia makin rapat.

 

 

 

Satu hari tu aku perasan gambar arwah Wani dalam gallery phone Ana. Aku pelik so aku pun tanya dia apa tujuan dia simpan gambar Wani ni? Rupa2nya gambar tu penyebab dia berusaha nak kuruskan badan. Dia nak aku tertarik dengan dia sama macam aku tertarik dengan arwah Wani dulu. Dia tahu aku mungkin takkan boleh cintakan dia sama macam aku cintakan Wani, tapi sekurang2nya dia tak nak nampak hodoh dan selekeh depan aku. Dia tak nak kalah dengan arwah Wani.

 

 

 

Waktu tu aku rasa kesian dan serba salah pun ada.. Jujur aku katakan, memang aku tertarik dan jatuh cinta dengan arwah Wani dulu sebab kecantikan dia. Tapi dengan Ana, sikap dia yang sabar dan baik hati tu yang buat aku tertarik dan jatuh cinta pada dia. Rupa, lama2 akan luput jua. Tapi peribadi yang baik, sampai bila2 takkan luput dari ingatan. Aku tahu perkahwinan kedua ni memang satu hikmah buat aku. Selama ni aku tak berlaku adil pada Ana. Hampir setahun kot tapi Ana langsung tak pernah mengungkit walaupun sekali. Kejamnya aku!

 

 

 

Aku suruh Ana buang gambar arwah Wani dan aku pun buat perkara yang sama. Segala kenangan dengan arwah aku simpan jauh2. Tapi azam nak kurus tetap diteruskan jugak. Bukan sebab aku nak Ana jadi cantik macam model, tapi aku nak Ana sihat. Sejak haritu aku memang nekad nak jaga Ana baik2. Bila aku sedar yang obesiti tu boleh mengancam nyawa, aku sedaya upaya bantu apa yang patut. Aku jaga pemakanan Ana, support dia untuk jadi sihat. Aku tak nak Ana sakit. Cukuplah aku pernah kehilangan Wani dulu disebabkan kecuaian aku. Aku tak nak rasa lagi perasaan kehilangan untuk kali keduanya..

 

 

Sekarang lepas dah beberapa bulan jalani regim diet cara aku, Ana dah dapat berat badan yang ideal. Dia pun dah semakin sihat. Kalau dulu dia ada darah tinggi, kolestrol tinggi segala2nya tinggi, sekarang tak ada lagi dah semua tu. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni bila dah hamil pun aku tak perlu risau sangat sebab dia pun dah terbiasa dengan healthy lifestyle yang aku terapkan selama ni. Aku harap semuanya berjalan lancar dan anak kami nanti dapat lahir dengan sihat. Amiin.

>> Kadang2 kita terlalu hidup dalam kenangan sehingga kita lupa pada anugerah yang Allah berikan dihadapan kita. Hargai dan syukurilah mereka selagi mereka masih bernyawa..<< Sumber Man via IIUM.

KISAH BENAR! Umur 24 tahun tapi aku dah jadi janda.. Putih cantik. Ex suami meninggal barah otak. Kami tiada anak. Tak sampai setahun janda, ada seorang lelaki nak peristerikan aku. Dia bersungguh nak buat kenduri kecik2 je. Pelik. Sehingga lah satu hari aku dapat tau yang dia sebenarnya….

 

 

Gambar Hiasan

Saya pernah berkahwin dan suami saya meninggal akbiat barah otak pada dua tahun lepas. Saya tidak dikurniakan cahaya mata. Saya berumur 24 tahun dan sekarang sedang menjalin hubungan cinta dengan si A yang merupakan suami orang.

 

 

 

Saya tak tahu pun A ni suami orang sampai la satu hari, baru dia terus terang dengan saya, dia dan isteri berjauhan sebab isteri dia staff nurse di Kuala Lumpur manakala kami di tinggal Perlis.

 

 

 

Kami berkenalan selama 3 bulan sampailah satu malam dia telah melamar saya. Sampai 2 minggu lagi kami nak kahwin, baru dia buat pengakuan kepada saya yang dia sebenarnya sudah berkahwin.

 

 

 

Katanya sebab tidak mahu menipu saya sebelum kami kahwi. Patutlah dia beria nak buat majlis kecil-kecilan sahaja. Patutla dia beriya nak buat majlis kawin kecil kecilan je, saya pun setuju je sebab dengan status saya sekarang ini pun, saya tidak kisah sangat, asalkan dia jaga dan sayang saya sebaiknya.

 

 

 

Hancur hati saya. mengenangkan saya ditipu hidup-hidup selama ni. Kalau awal-awal saya tahu dia suami orang. milik insan lain dah sebenarnya, maka tidaklah saya izinkan hati saya rapat dan mencintai dia.

 

 

 

Sekarang ini saya sedang menjauhkan diri dari dia. Segala panggilan dan mesej dia saya tidak balas. Tapi macam orang gila dia cari saya dan merayu saya memaafkan dia dan dia masih mahu berkahwin dengan saya. Tapi saya tak mampu. saya rela hidup sendiri dari saya ambil suami orang, Biarlah hancur hati saya, asakan saya tak merosakkan kebahagiaan kaum sejenis saya.

 

 

 

Saya pun bersyukur saya dpt tahu sebelum kami berkahwin dan dari situ saya dapat menilai siapa si A, dia bukan lelaki yang jujur dan untuk apa saya nak mempersuamikan lelaki macam tu lagi.

 

 

 

Buat wanita di luar sana, walaupun awak rasa cuma nak menumpang kasih, bukan suami orang tempatnya. Kalau awak isteri pertama suami awak, baru awak rasa betapa peritnya dimadukan.

 

 

 

Arwah suami saya dulu selalu pesan kat saya semasa 1 bulan terakhir dia terlantar sakit kritikal sebab kanser otak, kalau apa-apa jadi kepada dia, cari seorang lelaki yang sayang awak seperti mana abang sayang awak. Cari yang jujur dan setia dan yang menjaga hubungan dengan tuhan. Masih terngiang-ngiang pesanan arwah suami sampai ke hari ini.

 

 

 

Dari situ, terbukti si A bukan lelaki yang setia, bukan yang jujur dan saya takkan terima dia. Kini sudah hampir 3 bulan saya tak respon panggilan dia. Setiap minggu tu jugalah dia akan datang cari saya kat tempat kerja dan setiap kali tu saya beritahu dia saya dah tak sayang dia. Biarlah dalam hati saya masih sayanggkan dia.

 

 

 

Tapi saya bukan perampas. In shaa Allah, saya dlm proses minta pertukaran ke negeri lain. Semoga Allah SWT permudahkan jalan saya dan hadirkan seorang lelaki yang lebih baik sebaik arwah suami saya dulu dan mungkin ini dugaanNya kepada saya untuk saya dapatkan kebahagian yang lebih besar pada suatu hari nanti.

SELEPAS BELI NASI PERIUK KERA DI GERAI USANG, ISTERI TIBA² BERUBAH DAN MENINGGAL SELEPAS SEMINGGU. RUPA²NYA…

 

Gambar Hiasan

 

 

 

Kejadian ini menimpa kakak kepada teman wanita abang pengguna Facebook bernama Dayang Jannefer ini yang telah dikongsi di ruangan komen laman sosial itu.

 

 

 

Menurutnya, suatu hari, kakak kepada teman wanita abangnya itu bersama-sama suaminya baru selesai membeli-belah di Pekan Serikin, sebuah pekan kecil di Kuching.

 

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ternampak sebuah gerai kecil di tepi jalan yang menjual nasi dalam periuk kera. Dia kemudian meminta suaminya memberhentikan kereta untuk membeli nasi tersebut.

 

“Abang, kita singgah sini kejap,” katanya.

 

Suaminya pun bersetuju dan tanpa berlengah isterinya turun untuk membeli nasi tersebut. Ketika mereka berhenti, tiada pelanggan lain yang kelihatan sedang membeli di gerai tersebut.

 

Selesai membeli isterinya masuk ke dalam kereta dan terus makan. Tiba-tiba si isteri menyuruh suaminya patah balik. Dia berkata, ‘Abang, patah balik. Saya nak beli untuk mak sekali. Sedap nasi periuk kera ni’.

 

Namun setelah sampai di lokasi itu, gerai tersebut sudah tidak kelihatan. Padahal baru sekejap mereka beransur dan terus patah balik. Bayangan peniaga itu pun tidak kelihatan.

 

Dalam perjalanan pulang dari Serikin, keadaan sekeliling amat sunyi kerana tiada penempatan di kiri dan kanan jalan. Mereka berdua pula hanya mendiamkan diri di dalam kereta.

 

Selepas pulang dari Serikin keadaan si isteri berubah menjadi pendiam, tidak terurus, apa yang lebih pelik dia sudah tidak mengenali siapa ahli keluarganya.

 

 

 

Keadaan bertambah pelik apabila anak lelaki mereka yang sebelum ini agak rapat dengan isterinya enggan mendekati ibunya itu.

 

Setiap kali melihat ibunya dia akan menangis dan apa yang mengejutkan semua adalah apabila dia berkata “Saya tak nak dekat dengan ibu. Saya takut sebab ada nenek di sebelah ibu dan mukanya buruk!”

 

Mereka akhirnya memutuskan untuk membawa si isteri berubat. Malangnya perubatan tradisional itu tidak berkesan dan wanita meninggal dunia seminggu selepas kejadian.

 

“Saya seperti tidak percaya kerana arwah adalah seorang yang baik. Allah Maha Mengetahui atas setiap kejadian,” kata Dayang melalui ruangan komen itu.

 

 

Ini kali pertama dengar kisah orang mati membeli makanan di tepi jalan akibat benda mistik! Biasanya yang meninggal mesti sebab santau. Apa-apa pun semoga roh arwah dicucuri rahmat.

 

Sumber:- alamviral.com

 

BAHAYANYA ! Ramai Yang Tak Tahu! Inilah Padahnya Jika Anda Disengat Lipan. Cepat Lakukan 3 Perkara Ini Kalau Disengat !

 

Kes pagi tadi di klinik doktor. Lipan ini sebenarnya ada di mana-mana sahaja terutamanya di tempat-tempat yang lembab seperti:

 

Dalam bilik air. Kalau mandi itu, tengok-tengoklah, kot-kot terkejut jumpa lipan. Lari keluar tunggang langgang terlupa tutup aurat.

 

Bawah almari baju atau katil. Sebelum menutup lampu nak tidur, periksa sama ada anda tidur bersama lipan dalam selimut anda.

 

Menyorok di dalam kasut. Jadi berhati-hati semasa hendak memakai kasut. Balingkan kaut keluar bila ada benda bergerak-gerak dalam kasut.

 

Terdapat 1,500 jenis lipan yang berbeza saiz dan warna di seluruh dunia. Mari doktor berikan info sedikkit mengenai sengatan lipan.

 

Gigitan lipan seperti gigitan ular dengan dua lubang di kawasan gigit. Gigitan lipan hanya sakit di bahagian yang digigit. Malah, serangga itu tidak beracun dan tidak perlulah anda berasa panik. Tenang dan cari lipan itu serta balas dendam dengan bertarung dengannya sehingga terkulai supaya tidak menyengat orang lain.

 

Bagaimana merawat gigitan lipan? Perlu tahu bahawa sengatan lipan bukanlah toksik dan ia tidak akan membawa kepada maut serta boleh dirawat. Gunakan sabun antiseptik dan air untuk mencuci bahagian yang disengat. Bagi mengurangkan kesakitan, gunakan kompres panas. Dalam kes bengkak, pek ais atau kompres sejuk untuk kurangkan kesakitan itu. Sekiranya kesakitan teramat sangat, makanlah ubat tahan sakit.

 

Gigitan lipan juga boleh menyebabkan gatal, jadi gunakan krim Hydrocortisone. Antibiotik hanya akan digunakan bila ada infeksi di kawasan gigitan lipan..

 

Nekrosis atau kematian tisu jika disengat lipan terlalu kuat. Berwaspadalah semua terutamanya pada yang menghidap diabetis. Anda juga dinasihatkan mengambil suntikan tetanus. Jika anda mengalami alahan pada bisa lipan sampai penat lelah dan gatal seluruh badan, suntikan atau makan ubat Antihistamine digalakkan.

 

Gejala sengatan lipan

 

Sakit dan bengkak kecil adalah tanda-tanda biasa apabila disengat oleh anak lipan atau lipan pondan. Ia akan terhapus sendiri dalam beberapa jam sahaja. Jika anda disengat oleh lipan bara, gejala teruknya seperti di bawah yang mana anda perlu mendapatkan rawatan segera di hospital:

 

Jantung berdebar-debar kencang. Rentak jantung boleh menjadi pelahan atau terlalu cepat dan kadar denyutan tidak normal.

 

Sakit kepala, ketakutan, kebimbangan dan muntah-muntah.

 

Bengkak nodus limfa.

 

Kemerahan dan gatal-gatal melarat di seluruh badan.

 

Nekrosis atau kematian tisu dalam kes teruk.

 

Cara untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk akibat gigitan lipan ialah dengan menggunakan tembakau. Ambil sedikit tembakau dan kunyah. Perah airnya di tempat yang terkena gigit. Jika tidak dapat mencari tembakau, boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ambil air perahan biji asam jawa dan sapukan ke tempat yang sakit. Lakukannya secara berulang kali.

 

Cara yang lain juga ialah mencari lipan yang menggigit anda itu. Bunuh dan bakar sehingga menjadi abu. Abunya diambil dan disapukan pada tempat yang terkena gigitan itu.

 

Doktor Abdul Rahim

Tips – Maream Boleh Hafal Surah & Cakap Korea Di Usia 3 Tahun, Farah Lee Kongsi Tujuh Tips Mudah Didik Anak!

 

 

 

Tips – Maream Boleh Hafal Surah & Cakap Korea Di Usia 3 Tahun, Farah Lee Kongsi Tujuh Tips Mudah Didik Anak!

 

 

 

8 Ogos yang lalu anak kepada Farah Lee dan Ally Iskandar, Maream Esabel telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga. Beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Farah dalam laman Instagramnya menunjukkan kemesraan hubungan antara ibu dan anak yang terjalin antara mereka.

 

menunjukkan kemesraan hubungan antara ibu dan anak yang terjalin antara mereka.

 

 

Awal bulan Ogos yang lalu, Farah ada memuat naik sebuah video perbualannya bersama Maream dalam bahasa Korea. Walaupun baru berusia dua tahun 11 bulan, Maream dilihat petah berbicara bahasa asing itu bersama ibunya.

 

Walau bagaimanapun apa yang menarik adalah cara wanita ini mengajar anaknya yang baru berusia tiga tahun membaca dan menghafal al-Quran.

 

Menurut Farah, ia telah mengajar Maream untuk menghafaz al-Fatihah, suruh 3 Qul dan doa-doa ringkas walaupun ketika itu Maream masih berusia setahun lebih. Beberapa bulan yang lalu, Farah memberitahu bahawa Maream sudah mampu menghafaz surah Taha ayat 1 hingga 6.

 

Walaupun baru mempunyai seorang anak, tindakan Farah mengajar anaknya dengan ilmu agama mendapat perhatian umum sehingga ramai yang meminta tips daripadanya.

 

Berikut merupakan tips yang dikongsi Farah Lee dalam laman Facebooknya 8 Julai yang lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Esok exam hafazan be like 😂

Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1-6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts 😭

Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha 😂

But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well ☺️ Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa 😅 So basically :

 

 

  1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran

 

 

  1. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : al-Fatihah, ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , al-Hasyr 21-24 (ruqyah), ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), an-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah)+ mana2 ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang2 dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak2 selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah ‘Semut berkawad satu satu horaa horeyy’ tak.? 😅 Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa 😭 Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu 😒

 

 

 

  1. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak2 omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat2 boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM 😂 Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya 😅 Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi 😂

 

 

 

  1. In between Maghrib dan Isya’ kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma 😅 ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time

 

 

 

  1. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat2 tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je

 

 

 

  1. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, “You are what you eat”. Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat 😂

 

 

 

  1. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)

So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lelebih 😂 Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih 👻

Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal ❤️ #ommabebel

[TB2years7months] #mareamesabel

 

 

 

 

 

Entri berkenaan mendapat 7.5K likes dan hampir 1.7K perkongsian daripada pengguna Facebook yang lain.

 

Sumber Facebook Farah Lee

7 TIPS ISTERI BOLEH AMALKAN SUPAYA DISAYANGI DAN DIRINDUI SUAMI, SEHINGGA TIDAK SABAR MAHU PULANG KE RUMAH! SILAKAN KONGSI ARTIKEL INI UNTUK ISTERI-ISTERI LAIN..!

 

7 TIPS ISTERI BOLEH AMALKAN SUPAYA DISAYANGI DAN DIRINDUI SUAMI, SEHINGGA TIDAK SABAR MAHU PULANG KE RUMAH! SILAKAN KONGSI ARTIKEL INI UNTUK ISTERI-ISTERI LAIN..!

 

 

 

 

 

Ramai isteri di luar sana yang buat salah tanpa mereka sedari. Bila suami sampai di muka pintu, terus mengadu masalah anak atau meluah tentang ketidakpuasan hati. Suami yang kepenatan menempuh jam, terus rasa down. Mood pun jadi tak best.

 

Apa tidaknya, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Sebab itulah ada suami yang tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Suami akan lepak dulu di kedai mamak, alasan mereka release tension. Ada juga yang kata inilah masa ‘bertenang’ sebelum mengadap isteri.

 

 

Jadi jangan salahkan suami kalau dia tak betah duduk di rumah. Sebenarnya ada salah kita juga. Jangan suami tempat lepas geram, dia juga manusia biasa. Walaupun suami lelaki tapi jika hari-hari hadap situasi ini, dia pun tak tertanggung.

Sebelum suami bosan pulang ke rumah, lebih baik kita cepat berubah dan bertindak.

 

Biar suami rindu-rindukan isteri dan mahu cepat pulang ke rumah.

 

7 Tips Supaya Suami Rindukan Isteri & Cepat Pulang Ke Rumah

 

  1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Sejuk hati suami apabila melihat isterinya memberi layanan yang baik.

 

  1. Pastikan kita rapi dan wangi. Jangan pula selekeh macam hantu Kak Limah, bau yang harum dan paras isteri yang rapi menjadi terapi buat suami. Biar dia sentiasa nampak kita hot.

 

  1. Ambil barang pada tangan suami. Jika suami beli barang, sambut barang tu. Itu sebagai tanda kita menghargai suami.

 

 

  1. Buatkan air kegemaran suami. Suami baru pulang biasanya penat dan haus, jadi tanya suami mahu minum apa. Ada suami yang suka air sejuk dan ada juga minuman panas.

 

  1. Berbual perkara yang santai dengan suami. Biar dia tahu kita peka dan mengambil berat tentangnya. Misalnya tanya bagaimana hari yang dilalui suami hari itu.

 

  1. Biar suami makan dan rehat dulu. Sementara suami bersihkan badan, anda hidangkan menu yang digemari suami. Masakan simple sudah memadai, suami pasti sangat gembira.

 

  1. Bila suami dah tenang baru ‘masuk jarum’ sama ada nak minta beli barang atau nak mengadu masalah anak-anak atau masalah lain.Selepas perut suami dah kenyang, saat dia berehat barulah utarakan isu yang mahu dibincangkan. Saat ini suami lebih rasional dan bersedia.

 

 

 

Sekian Terima kasih.. Share jika bermafaat untuk anda semua.

 

.

 

.

.

 

 

 

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…

 

Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..

 

Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..

Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya.. Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.

 

Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.

 

Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.

Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.

Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.

 

 

 

Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.

Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.

 

Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.

 

Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.

 

Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah

 

Sumber ustaz -ebit lew

Tak Sangka! Inilah Import Kelima Yang Menyertai Pasukan JDT

RAFAEL COELHO SAH MILIK JDT

.

.

Menurut laporan media Thailand, penyerang kelab Chiangrai United FC di Liga Thailand iaitu Rafael Coelho hampir pasti sertai pasukan JDT.

.

.

Penyerang dari Brazil berusia 29 tahun ini meledak 12 gol dalam 28 penampilan buat Chiangrai United bagi musim 2017. Dipinjamkan dari kelab India FC Goa dimana akan tamat kontrak hujung tahun ini.

.

.

Memiliki passport Syria, membolehkan pemain ini didaftarkan sebagai pemain slot Asia. Welcome to JDT!

 

 

 

Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan bertandang ke Stadium SCG bertemu dengan naib juara Liga Perdana Thailand 2017, Muangthong United pada 23 Januari 2018 untuk saingan kelayakan AFC Champions League 2018.

 

Wakil dari Malaysia itu pernah bertemu lawan yang sama pada tahun 2016 dimana mereka tewas melalui penentuan sepakan penalti, 0-3.

 

 

Penentuan penalti yang cukup mendebarkan ketika JDT menentang Muangthong United pada tahun 2016.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan pusingan kelayakan dan play-off AFC Champions League akan diadakan pada 16 Januari 2018 (kelayakan 1 ), 23 Januari 2018 (kelayakan 2) dan play-off pada 30 Januari 2018.

 

Pasukan yang berada dikedudukan lebih tinggi dalam kedudukan AFC MA Ranking akan beraksi digelanggang sendiri sebagai tuan rumah.

 

Ada 3 peringkat kelayakan iaitu kelayakan pertama, kelayakan kedua dan play-off untuk menentukan tempat di peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2018.

 

 

Dalam peringkat kelayakan pertama ini, 8 pasukan dari asia barat dan asia timur akan berentap merebut tempat di peringkat kelayakan kedua.

 

4 pasukan asia barat itu ialah Al-Faisaly (Jordan), Al-Ahed (Lubnan), Aizawi (India) dan Malkiya (Bahrain). 4 pasukan dari asia timur pula ialah Bali United (Indonesia), Tampines Rovers (Singapura), Shan United (Myanmar) dan Juara Liga PFL (Filipina).

 

 

Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan daripada kelayakan pertama.

Menanti pada peringkat kelayakan kedua ialah 12 pasukan dari asia barat dan asia timur. Pasukan dari asia barat ialah 2 wakil dari liga Uzbekistan, Al- Zawraa (Iraq), Al-Jaish (Syria), Al-Gharafa dan Al-Rayyan dari Qatar.

 

Manakala pasukan dari asia timur pula ialah Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Quang Nam (Vietnam), Eastern (Hong Kong), Muangthong United (Thailand), Chiangrai United (Thailand) dan Brisbane Roar (Australia).

 

 

Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan daripada kelayakan kedua.

8 pasukan yang memenangi perlawanan di peringkat kelayakan kedua pula akan mara ke peringkat play-off dimana pemenangnya akan mengesahkan slot di peringkat kumpulan AFC Champions League 2018.

 

 

Pada peringkat play-off, 8 pasukan gergasi Asia bersedia menentang pasukan yang layak daripada peringkat kelayakan kedua. 4 pasukan dari asia barat ialah Al-Ain (UAE), Al-Ittihad (Arab Saudi), Esteghlal dan Tractor Sazi dari Iran.

 

Manakala 4 pasukan dari asia timur tersebut adalah Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan), Shanghai SIPG (China), Tianjin Quanjian (China) dan pasukan tempat 3/4 Liga Jepun.

 

 

Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan daripada peringkat play-off.

Mana-mana pasukan yang berjaya menang dalam pusingan play-off, akan menyertai 24 pasukan lain yang sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan menjadikan 32 pasukan keseluruhan  yang bertanding dalam saingan AFC Champions League 2018.

 

Jika gagal mara ke peringkat kumpulan, JDT akan bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup.

 

 

Lelaki Ini DIHALAU Pekerja Sebuah Kedai Roti. Tiba² Pemilik Kedai Lakukan ‘SESUATU’ Yg Buat Pekerjanya TERGAMAM !!!

 

 

Lelaki Ini DIHALAU Pekerja Sebuah Kedai Roti. Tiba² Pemilik Kedai Lakukan ‘SESUATU’ Yg Buat Pekerjanya TERGAMAM !!!

 Lelaki Ini DIHALAU Pekerja Sebuah Kedai Roti. Tiba² Pemilik Kedai Lakukan ‘SESUATU’ Yg Buat Pekerjanya TERGAMAM !!! | MALAYSIA TULAR – Di hadapan pintu sebuah kedai roti yang berkembang maju, berdiri seorang pengemis yang kotor dan berbau. Para pelanggan yang sedang berbaris berasa jijik dan memandang dengan hina kepada pengemis ini.

 

 

 

Seorang pekerja telah menjerit kepadanya dan berkata, “Pergi dari sini, mengemis di tempat lain!”

 

 

Pengemis itu mengeluarkan beberapa duit kertas lusuh dan menunjukkan kepada pekerja tersebut sambil berkata, “Tolong, saya mahu membeli beberapa ketul roti dan yang termurah.”

 

Tiba-tiba, datang pemilik kedai roti itu berjalan di hadapan pengemis tersebut dengan satu kotak roti yang baru dimasak lalu memberikan kepadanya sambil menunduk hormat dan berkata, “Terima kasih kerana berurusan dengan kami. Sila datang lagi!”

 

 

Pengemis itu berasa sangat terharu dan pergi dengan perasaan gembira kerana itu adalah kali pertama dia dilayan seperti pelanggan.

 

Cucu kepada pemilik kedai roti ini berasa hairan dan tidak memahami tindakan datuknya lalu bertanya, “Datuk, mengapa datuk melayani pengemis itu dengan begitu istimewa dan hormat sekali?”

 

Pemilik kedai roti tersebut menjelaskan, “Lelaki itu mungkin seorang pengemis tetapi pada hari ini dia adalah pelanggan datuk! Dia mahu merasai roti yang baru dimasak dan mengambil masa yang lama meminta sedekah.

 

Kehidupannya amat sukar, jadi datuk secara peribadi melayannya, jika tidak datuk akan mengecewakan percubaan dan usahanya untuk merasai roti dengan menjadi pelanggan di kedai roti ini! “

 

 

 

 

 

 

 

Kemudian cucu pemilik kedai roti ini bertanya lagi, “Jadi, kenapa datuk mengambil duit pengemis itu?”

 

Pemilik kedai roti ini menjawab, “Hari ini, pengemis itu datang sebagai pelanggan dan bukan sebagai pengemis yang datang meminta makanan, jadi kita mesti hormat kepadanya.

 

Jika kita tidak mengambil wangnya, bukankah itu bermakna kita tidak menghormatinya? Kita mesti sentiasa ingat untuk menghormati setiap pelanggan yang datang dan membayar. Mereka menyumbang kepada perniagaan kita dengan menjadi pelanggan yang setia.” Cucu pemilik kedai roti ini akhirnya mengangguk faham akan segala penjelasan datuknya.

 

 

 

 

 

 

 

Pemilik kedai roti yang dimaksudkan dalam kisah ini ialah datuk kepada Yoshiaki Tsutomi. Yoshiaki Tsutomi ialah seorang ahli perniagaan legenda yang berjaya di Jepun.

 

Beliau pernah menjadi antara individu terkaya di dunia dan muncul menjadi muka depan majalah ‘Forbes’ sebanyak dua kali.

 

Datuk Yoshiaki Tsutomi merupakan idola yang telah mencorakkan dirinya menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Yoshiaki Tsutomi berkata, kisah pengemis itu sentiasa menjadi kisah memori dan pengajaran dari datuknya yang beliau tidak pernah lupakan di sepanjang kehidupannya.

 

Sehingga kini, Yoshiaki sentiasa mengingati kisah ini dengan gerak-geri dan perkataan yang diucapkan oleh datuknya kepada pengemis tersebut.

 

Yoshiaki sentiasa menceritakan kisah ini semasa beliau mengadakan mesyuarat dengan para pekerjanya, supaya mereka juga akan bersikap seperti datuknya yang melayan setiap pelanggan dengan penuh rasa hormat.

 

 

 

 

 

 

 

Kita perlu membayangkan yang cara ‘hormat’ ini bukan sesuatu yang dibuat-buat tetapi mesti datang dari hati yang akan membuat setiap pelanggan merasai kejujuran dari rasa hormat yang ditunjukkan.

 

Para pelanggan akan merasai layanan yang diberikan oleh kita dan menghargai ketulusan serta rasa hormat yang diberikan kepada mereka. Rasa hormat mestilah diberikan secara adil dan saksama kepada setiap pelanggan tanpa mengira apa pun status mereka.

 

Tiada diskriminasi kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kita. Dengan itu, kita akan diberi ganjaran dan balasan kesetiaan yang sangat mudah dan asli dari para pelanggan.

 

Menghormati satu sama lain adalah satu keperluan yang paling asas di dalam kehidupan. Setiap orang perlu menghormati satu sama lain.

 

Sesiapa yang menyayangi orang lain, maka orang lain juga akan menyayanginya, dan sesiapa yang menghormati orang lain, maka orang lain juga akan menghormatinya.

 

Anda perlu membuka minda dan perasaan serta melayan orang lain dengan adil dan saksama. Sama ada anda suka atau tidak, sama ada dia kawan atau lawan, kita perlu melayani setiap orang secara adil dan menghormati mereka.

 

Jika anda dapat berbuat begitu, ia akan memberi manfaat buat semua.

 

Kredit : Era Baru

BUDAK MISKIN INI DIBERI DUA IKAN & CINCIN BERLIAN DARI ORANG ASING, PELIKNYA DIA MENOLAKKNYA, RUPA-RUPANYA PUNCANYA BUAT NETIZEN RESPEK HABIS

 

 

Gambar Hiasan

 

 

 

Namaku Caca, aku berusia 9 tahun ini, aku memiliki seorang adik laki-laki yang baru berusia 4 tahun. Ibuku mengidap penyakit serius sehingga ayahku harus merawatnya dirumah.

 

 

 

Selain mengurus ibu, ayahku bersusah payah bekerja untuk menyara kami berdua ditambah lagi kos rumah sakit yang tinggi.

 

Setiap pagi, aku harus bangun dan menyiapkan makan pagi, lalu membangunkan adik laki-lakiku. Setelah itu kami makan pagi dan mengendong adikku untuk berangkat ke sekolah kerana tidak mungkin lah meninggalkan si adik sendirian dirumah.

 

Guru disekolah tahu akan keadaan keluargaku dan mengizinkan aku membawa adikku ke kelas. Kadang-kala, mereka suka menyumbang peralatan sekolah untukku.

 

Budak Miskin Ini Diberi Dua Ikan & Cincin Berlian Dari Orang Asing, Peliknya Dia Menolakknya, Rupa-rupanya Puncanya Buat Netizen Respek Habis

 

Walau adikku masih kecil, ia mengerti bahwa ia tidak boleh menganggu saat pelajaran dimulai. Ia akan menunggu dengan diam sampai aku selesai sekolah.

 

Kehidupan kami memang tidak mudah, kami pun mengembangkan kebiasaan hemat. Aku sudah mengerti cara menjahit pakaian. Aku akan menggunting bajuku dan menjahitnya agar adikku dapat memakainya. Aku terbiasa memegang semuanya dirumah.

 

Mungkin kerana itu juga, ayahku tidak khawatir dengan keadaan di rumah. Ayahku sangat fokus untuk merawat ibuku.

 

Namun biayanya rumah sakit semakin hari semakin banyak. Aku sering bersikap optimis untuk menghibur kedua orangtuaku, berharap mereka tetap percaya diri.

 

 

 

Budak Miskin Ini Diberi Dua Ikan & Cincin Berlian Dari Orang Asing, Peliknya Dia Menolakknya, Rupa-rupanya Puncanya Buat Netizen Respek Habis

 

Suatu hari, ayahku ulang tahun. Aku memutuskan untuk memasak makanan enak untuknya. Aku kasihan melihatnya harus setiap hari bolak balik dari tempat kerjanya ke rumah sakit.

 

Aku pun membawa adikku ke pasar dan menggunakan duit yang sedikit untuk membeli bahan masakku nanti.

 

Banyak sekali orang yang berjualan dipasar. Disini, kamu boleh menemukan semua jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan tentu saja daging. Tapi ketika tanya harganya, aku hanya boleh menundukkan kepala. Duit ku yang sedikit ini tidak boleh membeli apa-apa.

 

Budak Miskin Ini Diberi Dua Ikan & Cincin Berlian Dari Orang Asing, Peliknya Dia Menolakknya, Rupa-rupanya Puncanya Buat Netizen Respek Habis

 

Pandanganku teralih ke sebuah gerai yang banyak daun terkelupas dan jatuh dilantai. Aku pun berjalan ke gerai tersebut dan mulai memungut daun-daun tersebut. Adikku juga membantu mengumpulnya dengan tangan mungilnya.

 

Tapi, sang penjual melihat kami dan datang marah-marah, “Hei pengemis kecil, sayur ini emang boleh buat kalian ambil? Ini buat arnabku bukan buat kalian. Kalau ambil lagi akan ku potong tangan kalian.”

 

Adikku langsung menangis karena takut, aku juga takut dan segera membawa adikku pergi.

 

“Nak, sini.” kata pemilik gerai sebelah. Aku menoleh dan melihat seorang pakcik tua menjual ikan. “Orang tua kalian dimana? kenapa anak kecil datang ke pasar sendirian?” tanyanya lagi.

 

“Ibuku sakit, sedangkan ayahku sedang merawat ibuku. Hari ini ulangtahun ayahku, aku ingin memasaknya sesuatu, tapi aku tidak dapat beli apa-apa” kataku masih menangis.

 

Pakcik itu menghembuskan nafas dan berkata, “Kalian anak yang baik. Ini, pakcik bagi dua ekor ikan, bawa pulang ke rumah untuk dimakan yah.”

 

Pakcik yang baik itu memilih dua ikan dan memasukkannya ke dalam plastik. Awalnya aku ingin menolak, namun adikku merengek ingin makan ikan.

 

Aku pun menerimanya. Aku membungkuk dan mengucapkan terima kasih lalu bersiap-siap pulang ke rumah.

 

Budak Miskin Ini Diberi Dua Ikan & Cincin Berlian Dari Orang Asing, Peliknya Dia Menolakknya, Rupa-rupanya Puncanya Buat Netizen Respek Habis

 

Ketika aku sampai ke rumah, ayah juga sudah ada di rumah. Ia sangat senang melihat aku membawa pulang dua ikan.

 

Ayah pun mulai membersihkan ikan tersebut, tiba-tiba, sebuah beda jatuh ke lantai. Ayah pun memungutnya. Ekspresi wajahnya berubah senang ketika ia menemukan sebuah cincin berlian.

 

“Ya ampun, kalian beli ikan ini dimana? Lihat cincin berlian ini, boleh dijual berjuta-juta. Ibumu boleh selamat!” soraknya gembira.

 

Aku segera menggeleng-gelengkan kepala, aku pun menceritakan pengalamanku di pasar tadi, “Ayah, cincin berlian ini pasti punya pakcik tadi. Kita harus mengembalikannya kepadanya.”

 

Ayah menggeleng-gelengkan kepalanya dan tersenyum, “Kamu benar nak, bukan barang milik kita tidak boleh kita ambil. Yaudah, kamu pulangkan, ayah masak ikan ya.”

 

Aku pun berlari ke gerai paman tersebut dan mengembalikannya. “Patutlah dari tadi dicari tak jumpa. Rupanya dimakan ikan ya! Kamu anak yang baik, terima kasih ya!” kata pakcik.

 

Aku pun menceritakan kepada pakcik tentang percakapanku dengan ayah ketika menemukan berlian tadi.

 

Pakcik pun mendengarkannya dengan serius, pada akhirnya ia berkata, “Aku ingin mengunjungi rumahmu. Boleh tak?” Aku pun mengangguk dan membawanya pulang ke rumah.

 

Ketika sampai di rumahku dan melihat keadaan di dalamnya, ia tampak terharu dan berkata, “Cincin ini adalah cincin pernikahanku.

 

Lupakan harganya, cincin ini sangat berarti untukku. Tapi, kalian sama sekali tidak berniat apa-apa ketika melihat cincin ini. Aku sangat salut. Untuk menunjukkan rasa terima kasihku, aku beri kalian 50 juta ya.”

 

Budak Miskin Ini Diberi Dua Ikan & Cincin Berlian Dari Orang Asing, Peliknya Dia Menolakknya, Rupa-rupanya Puncanya Buat Netizen Respek Habis

 

Ketika ayahku mulai menolak, pakcik itu lanjut berkata, “Aku ingin memperluas gerai dipasar. Tunggu Caca sudah agak besar sedikit, ia boleh datang bantu-bantu di pasar.

 

Anggap aja 50 juta ini uang penghasilan Caca nanti. Bagaimana? Lagi pun kalian benar-benar perlukan duit ini untuk menyelamatkan ibu Caca.”

 

Kami pun menunduk dan mengucapkan terima kasih kepada paman. Sangat terharunya, ayah juga berlinang air mata.

 

Tiba-tiba, adikku berteriak, “Aduh, lapar. Mau makan!”

 

Satu kalimat ini bikin kami semua tertawa.

 

“Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain…”

 

Jangan lupa untuk SHARE artikel untuk mengingatkan teman dan keluargamu untuk selalu berbuat baik!

 

Sumber: www.cerpen.co.id

 

Via: kisahkita.site

SEDIH!! BAPA JALAN KAKI DUKUNG ANAK KEMBARNYA BALIK KAMPUNG SETELAH DITINGGALKAN ISTERI

SEDIH!! BAPA JALAN KAKI DUKUNG ANAK KEMBARNYA BALIK KAMPUNG SETELAH DITINGGALKAN ISTERI

 

 

 

 

 

 

 

SULAWESI – Seorang lelaki sanggup berjalan kaki sambil mendukung kedua anak kembarnya itu dari Jakarta Barat ke Bone Sulawesi selatan gara-gara tidak cukup duit untuk membeli tiket tambang bas balik ke kampung halaman.

 

 

 

Namun hal yang memilukan apabila lelaki tersebut yang dikenali sebagai Andi Sudirman itu telah berjalan kaki tanpa memakai sebarang alas kaki.

 

Dia berasal dari Palembang dan di tinggal isteri sejak setahun selalu, berdasarkan dari keterangan Andi.

 

Katanya isterinya lari entah kemana dan dia tidak mempunyai tempat tinggal dan saudara di sini.

 

Dia telah pun meminta pertolongan daripada tali kasih untuk membayar kos biaya kepulangannya dengan jumlah Rp 425 bersamaan RM190 seorang sejak beberapa bulan lalu.

 

Namun tali kasih berkenaan tidak memberikan sebarang respons hingga Andi terpaksa mengambil keputusan sendiri dengan berjalan kaki sambil mendukung kedua anaknya.

 

Sepanjang perjalanan Andi menjadi perhatian orang ramai dan membuat orang awam tersentuh dengan keadaannya terutama terhadap kedua anak kembarnya, menurut sumber.

 

Andi telah menolak beberapa sumbangan yang diberikan pengguna jalan raya kerana tidak mahu di anggap sebagai pengemis.

 

Dilaman media sosial pun turut tular juga dimana gambar dan video Andi yang gigih menggendong dua anak kembarnya.

 

 

 

Sebelum ini Andi juga pernah meminta bantuan pejabat pemerintahan negeri itu namun dia dihalau kerana di anggap pengemis.