Erma Fatima benci berlakon dengan Umie Aida dan inilah sebabnya

tonton video penuh dibawa

 

HAJATNYA agak mengejutkan, namun pengarah dan penerbit Erma Fatima mempunyai alasan tersendiri.

Bintang drama bersiri Mak Cun ini hanya meminta senaskah al-Quran yang harus dikhatamkan oleh suami Betty Rahmad, Ardy Damis sebagai mahar buat adik bongsunya itu.

‘Suara hati’ itu diluahkan Erma melalui ucapan istimewa pada majlis resepsi Betty dan Ardy, baru-baru ini.

Bahkan, selebriti berusia 50 tahun ini turut berkongsi siri video berkenaan di laman Instagramnya (IG).

“Kerana adik aku bukanlah wanita yang sempurna maka mahar ini akan menyempurnakan mereka berdua untuk melayari mahligai cinta ini.

“Tidaklah selayaknya buat kami meminta yang berlebihan kerana wang bukan pengukur kepada sesebuah keharmonian rumah tangga. Wang mereka boleh cari di mana mana tetapi iman dan taqwa tidak boleh dijual beli oleh sesiapa,” tulisnya.

Tambahnya, suami berperanan sebagai ketua keluarga dan pemimpin agar rumah tangga yang dibina bahagia dan diredai ALLAH.

“Aku percaya keteguhan sesebuah rumah tangga itu bermula dari khalifahnya. Dan… syukur Alhamdulillah..adik ipar aku memulai dirinya sebagai khalifah dengan mahar ini.

“Aku percaya Damis mampu mendidik adik aku menjadi isteri solehah…dan mahar ini bukan kerana cinta kau pada adik aku tetapi kerana ALLAH. Maka kau akan laksanakan tanggungjawab kau menjaga adikku sebagai amanah dari ALLAH juga,” luahnya lagi.

Pada masa sama, Erma berharap agar Ardy dapat menjaga adiknya itu sebaik-baiknya.

“Andai satu hari nanti adik aku tidak lagi cantik di pandangan mata kau..tidak ada lagi kasih dan cinta kau kepadanya..maka pulangkanlah dia kepada kami dengan penuh adab seperti mana dengan penuh peradaban dia kuserahkan kepada kau.

“Tidak ada manusia yang mahu berkahwin untuk kehancuran. Andai ada kekurangan maka jangan pernah putus asa untuk memperbaikinya..

“Kerana putus asa itulah virus yang boleh menghancurkan segalanya dalam kerukunan sesebuah rumah tangga. Jangan jadi seperti aku @bettyrahmad @ardydamis,” tulisnya.

Malah, kakak kepada Umie Aida ini turut berkongsi tips selain mendoakan kesejahteraan mereka dalam menempuhi kehidupan baru sebagai suami isteri.

“Ini bukan dongeng atau cerita kelakar…ini realiti…Bagaimana kita hendak hidup sebagai suami isteri kalau kita sendiri tidak pernah dengar ucapan cinta itu dari mulutnya..benar..cinta itu bukan hanya dari lafaz tetapi dari peri laku.

“Kalau dua-dua pun tak ada..kan ke naya…jangan lokek untuk memberitahu pasangan kita yang kita sayangkan dia. Kita perlukan dia dalam hidup kita…barulah pasangan kita akan merasa dia dicintai..dia diperlukan..

“36 tahun kami hidup bersama..suka duka…susah senang..dan hari ini selesai sudah tanggungjawab aku kepadanya…aku percaya sillaturahim ini akan kekal hingga ke Jannah,” katanya.

Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Terdahulu, pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017.

 

Tension anak Azad Jasmin bila ayah tukar lirik Inggeris jadi lagu Tamil 🤣

 

Tonton video penuh dibawah

 

Fasih Bahasa Tamil, Anak Azad Jazmin Curi Perhatian

ANAK kepada pelakon Azad Jasmin iaitu Ammara Sofea Rose mencuri perhatian ramai selepas gelagatnya bertutur dalam bahasa Tamil menjadi tular di media sosial.
Difahamkan video berkenaan telah dirakam ketika anak beranak itu sedang mempromosi sebuah program bual bicara hiburan popular siaran Astro Ria iaitu MeleTOP.

Ammara yang dilihat begitu bersahaja dan sekepala dengan bapanya ternyata mencuit sekali gus menghiburkan hati orang ramai yang menyaksikan video berkenaan.

#Repost @meletop with @get_repost ・・・ Jangan lupa tengok MeleTOP, 9 malam ini di Astro Ria atau Ria HD sebab kita ada @azadsyazirarose @eirasyaziraofficial & @anakdarapakazad #MeleTOP

A post shared by Pak Azad ( KingSmaN C911 ) (@azadsyazirarose) on Apr 17, 2018 at 5:38am PDT

Rata-rata netizen memuji dan tidak menyangka anak sulung Azad pandai dan fasih berbahasa Tamil tanpa kelihatan kekok langsung ketika menuturkan bahasa tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, video yang tular itubukan sahaja menarik perhatian netizen tempatan malah golongan selebriti turut terhibur dengan aksi selamba dipamerkan Azad dan anaknya itu. Antaranya pelakon, Izara Aishah.

Izzara memetik satu entri menerusi akaun instagram miliknya pada Rabu dilihat berkongsi video berkenaan dengan kapsyen;

“Terkejut Abang Azad anak dia pun sambut lagutu 😂Ammaraaaa Cek ni laaaa, you remind me of myself masa kecil, kakak love you baby girl 💋. (Azad speaks fluent Tamil btw, bukan dibuat buat) @azadsyazirarose @eirasyaziraofficial ♥.”

Azad dan isteri, Iera Syazira telah berkahwin pada September 2011. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amarra Sofea Rose, 6, Ameisya Leanne Rose, 1, dan Areisya Suri Rose, 3 bulan. – MYNEWSHUB.CC/AM

 

 

Biodata Penuh Eyra Hazali Heroin Drama Mr Grey, Fakta No 7 & 11 Pasti Anda Tak Sangka

Biodata Penuh Eyra Hazali Heroin Drama Mr Grey, Fakta No 7 & 11 Pasti Anda Tak Sangka

Biodata penuh Eyra Hazali :

1.) Nama Penuh : Eyra Hazali

2.) Nama Popular : Eyra Hazali

3.) Asal : W.P Kuala Lumpur, Malaysia

4.) Tarikh Lahir : 21 Feberuari 1999

5.) Umur : 19 Tahun (2018)

6.) Tempat Lahir : Hospital Damai Taman Melawati

7. )Keluarga : Anak keempat daripada tujuh beradik

8.) Kerjaya: Pelakon model pelajar

9.) Drama pernah berlakon : Samudera rindu,Tiang Seri, Hanya Untuk Bonda,Supersmash dan Zoo the Series,Mr Grey.

10.) Telefilem lakonan : Anak-anak lorong

11.) Pecapaian: Pelakon kanak-kanak terbaik , Anugerah Sri Angkasa 2010 ( menerusi telefilem anak-anak lorong)

 

 

“Nama Meletop Selepas Berlakon Mr. Grey” – Eyra Hazali
Bakat mula dipandang walaupun sudah berlakon sejak kecil.

Namanya mula mendapat perhatian.
Ketika ini nama pelakon Eyra Hazali pantas mencuri tumpuan selepas drama lakonannya, Mr. Grey mendapat perhatian selepas bersiaran di Astro Ria.
Memegang watak Nisa Ardina, kelebihannya bercakap loghat Utara juga membuatkan ramai yang terpana.

Pelakon berusia 19 tahun yang dihubungi Rojak Daily Kaw! itu sendiri tidak menduga drama berkenaan mendapat sambutan positif hingga trending di internet.

Sambutan luar biasa.

“Jujur memang masa menjalani penggambaran drama ini, saya tak jangka akan dapat sambutan luar biasa di kalangan penonton drama serta peminat.

“Loghat utara saya juga dipuji. Saya ini bukanlah asli berasal dari Utara. Cuma kelebihan itu ada kerana ayah dan datuk saya berasal dari Pulau Pinang. Jadi tidaklah kekok bercakap Utara.

Loghat Utara jadi tumpuan.

“Saya juga berterima kasih kepada penonton dan peminat yang memberikan komen serta pandangan positif terhadap drama ini. Malah kebanyakan sangat berpuas hati dengan lakonan saya. Sampaikan saya keluar di depan khalayak pun ramai yang sudah panggil nama watak Nisa Ardina. Lucunya sampai ada yang cuba bercakap loghat Utara seperti saya apabila bersua,” katanya.

 

Watak Nisa Ardina.
Impak drama 20 episod yang akan berakhir siarannya pada 10 Mei depan ini juga cukup besar buat Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali.

“Alhamdulillah selepas muncul dengan drama itu, ramai penerbit dan pengarah yang menghubungi saya kerana mahu menawarkan watak untuk penerbitan drama mereka.

“Sebenarnya ramai tak menyangka saya boleh membawa watak seperti Nisa Ardina. Iyalah selepas ini watak yang saya terima agak klise. Ramai yang mula memandang bakat saya selepas drama itu sekalipun saya sudah berlakon sejak kecil lagi. Saya bersyukur biarpun lambat mendapat perhatian.

Waris bakat keluarga.
Setiap orang ada laluan dan cara tersendiri dalam hidup serta kerjaya,” katanya.

Eyra memberitahu dia mewarisi bakat seni daripada keluarganya.

“Darah seni memang mengalir dalam keluarga saya. Ayah saya sendiri seorang pengarah drama. Malah adik beradik saya yang lain pun turut berlakon sejak kecil. Kami meneruskan kelangsungan legasi seni. Ayah dan ibu pun tak menghalang selagi soal pelajaran diutamakan. Drama Zoo The Series dan Supersmash yang disiarkan di Astro Ceria antara yang memperkenalkan nama saya di persada seni.

Ingin kembangkan bakat pengacaraan.

“Malah saya juga pernah diberikan peranan utama dan heroin. Antaranya seperti Tiang Seri, Hanya Untuk Bonda dan terbaharu, Samudera Rindu. Saya juga pernah mencuba bakat sebagai pengacara. Tapi rasanya forte saya lebih kepada lakonan. Tapi saya rasa tak salah untuk mengembangkan bakat pengacaraan. Menyanyi pula setakat di pusat karaoke sajalah,” katanya.

Pernah menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Eyra mula berlakon sejak usia enam tahun. Dia pernah diberi peluang menghiasi video muzik Anuar Zain, Andainya Takdir. Melakonkan watak sebagai anak kepada pasangan suami isteri lakonan Anuar sendiri dan Sharifah Sakinah, Eyra meneruskan fasa dewasa yang terlebih dahulu watak anak berkenaan ketika kecil dilakonkan Puteri Balqis.

Lakonannya di dalam telefilem Anak Anak Lorong yang disiarkan di Astro Prima pernah diiktiraf. Eyra ketika itu berusia 11 tahun dan dinobatkan sebagai Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik ketika berlangsungnya Anugerah Sri Angkasa 2010.

Dato Seri Vida bising harga PS4 mahal tapi kena beli dua set sebab anak taknak kongsi main

 

 

(Tonton video penuh dibawah)

 

PETALING JAYA – Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman mengakui ada insan yang dekat dengan dirinya telah meluahkan isi hati kepadanya.

“Ya, memang ada yang luah isi hati terhadap saya. Orang itu boleh dikatakan dekat dengan diri saya. Tapi bagi saya ia perkara biasa kerana ramai yang pernah curah perasaan cinta terhadap saya,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, jutawan kosmetik itu berkata, hatinya masih belum terbuka untuk menerima individu tersebut buat masa ini.

“Tidak dinafikan saya mahukan seseorang lelaki yang boleh menjaga dan memberikan kasih sayang kepada saya dan juga anak-anak. Namun buat masa ini belum jumpa lagi yang betul-betul istimewa,” katanya.

Malah, Hasmiza atau lebih mesra disapa sebagai Datuk Seri Vida berkata, keutamaan akan diberikan kepada jejaka yang mampu memenangi hati dua anaknya, Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Cik B) dan Muhammad Eric Zacquan (Kacak).

“Cik B dan Kacak perlu diberi perhatian. Mereka masih lagi trauma dengan kisah kahwin cerai saya. Ia amat memberi tekanan emosi kepada mereka.

“Mereka mengharapkan kasih sayang seorang bapa tapi apabila mereka dah mula suka dan sayang, perkahwinan ini berakhir dengan penceraian,” katanya.

Vida pada masa sama berkata beliau perlu mengambil kira perasaan ahli keluarganya apabila menyentuh soal jodoh.

“Saya kena jaga juga hati dan perasaan Mak Jah (kakak) kerana dia pun tahu keperitan yang saya lalui sebelum ini.

“Dia yang saya anggap seperti ibu sendiri turut bimbang andai ada individu yang cuba mendampingi saya sekadar mahukan kemewahan semata-mata,” katanya.

Ditanya mengenai spekulasi beliau sedang menjalin hubungan cinta dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, Vida menafikan perkara tersebut.

“Tak benar. Hubungan kami sekadar majikan dan pekerja, tidak lebih dari itu,” katanya.

Namun, usahawan berusia 46 tahun itu mengakui beliau selesa dan mudah bekerja dengan jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

“Dia sudah tahu kerja yang perlu dibuat. Saya tak perlu beri arahan. Dia tahu apa yang saya nak,” katanya.

Ketika ditanya andai dipertemukan semula jodoh dengan lelaki yang lebih muda, Vida berkata beliau akur dengan ketentuan Allah.

“Saya tak kisah andai jodoh itu yang terbaik untuk saya dan juga anak-anak. Paling penting anak-anak saya bersetuju dengan pilihan tersebut,” katanya.

Sumber: mStar

 

Lawak Johan, tengah basuh pinggan pun boleh sound anak

 

 

Pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan, mengesahkan sedang hamil anak kelima.

Ozlynn ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai pertandingan realiti Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia tahu mengenai berita kehamilannya yang di keluarkan di sebuah portal gossip sebelum ini, Ozlyn memberitahu, maklum mengenai perkara tersebut.

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.

“Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” ujarnya.

Ketika dihubungi Astro Gempak, Ozlyn sedang dalam persiapan untuk bercuti bersama keluarganya di Jepun.

“Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali.

“Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,” katanya teruja.

 

Lawak parodi Jihan bahan Neelofa..layan Parodi Fesyen Mak Yakob

 

Dikecam Kerana Fesyen ‘Pouch Bag’, Ini Respon Neelofa

Selebriti popular Neelofa seakan tidak boleh lari dengan kritikan netizen terutama sekali bila beliau bergaya dengan fesyen yang agak unik.

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila menggayakan jaket bersama seluar berwarna oren, ‘pouch bag’ besar di pinggang dan dipadankan pula dengan turban.

Ramai juga yang mengecam Neelofa sehingga menyamakan beliau dengan watak anime Jepun, Naruto dan menganggap beliau mangsa fesyen. Mereka turut mempersoalkan mengapa wanita secantik Neelofa mahu bergaya sebegitu rupa?

Neelofa bagaimanapun tidak hirau dengan komen netizen. Buat beliau, mereka yang mengecam sebenarnya tidak memahami serta kurang arif dalam bab fesyen.

Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali. Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang bercakap, saya menjadi mangsa fesyen.

Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif.

Kata Neelofa, fesyen seperti itu sudah mula menjadi ikutan di benua Eropah. Nampaknya ramai yang perlu mengambil tahu tentang perkembangan fesyen dunia terkini sebelum mengkritik. Kan tak pasal-pasal dan kena “sekolah” dengan Neelofa. Heh..

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Comel giler! Bila Yusuf Iskandar kantoi dengan daddy Hairul Azreen sebab makan guna tangan kiri

 

 

 

Hanis dan Hairul bersetuju untuk menolak sebarang tawaran berlakon untuk Yusuf buat masa ini. Foto: ZAMIR MAHADI.

PASANGAN selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tidak membenarkan anak sulungnya, Yusuf Iskandar ‘bekerja’ dalam usianya kini mencecah 19 bulan.

Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 28, berkata mereka pernah menerima tawaran lakonan untuk Yusuf namun ia terpaksa ditolak buat masa ini.

Menurutnya lagi, mereka tidak mahu melihat Yusuf kepenatan dan terpaksa mengikut jadual penggambaran yang sudah ditetapkan serta mengingati skrip yang diberikan.

“Sejak awal lagi, Hairul tidak pernah mengizinkan anaknya bekerja. Walaupun ada beberapa tawaran yang datang namun kami tolak dengan baik.

 Yusuf mempunyai pengikut yang ramai di laman Instagram. Foto Instagram: @theyusufiskandar.

“Ketika ini kami lebih selesa berkongsi perihalnya menerusi Instagram sahaja. Keputusan ini dibuat kerana kami tidak mahu melihat Yusuf penat.

“Jika berlakon, pastinya dia perlu mengikut jadual yang ditetapkan serta skrip yang diberikan. Jadi biarlah ia tidak menyusahkan orang lain serta kami semua,” kata Hanis kepada mStar Online.

Anak pasangan itu sudah meraih populariti sejak awal kelahirannya dan mempunyai pengikut akaun Instagram yang kini berjumlah 2.1 juta.

Dalam pada itu, Yusuf bakal muncul dalam program My Little Heroes yang memaparkan aktiviti harian bersama kucing perliharaan, Bujibu Chempel.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/26/yusuf-iskandar-bekerja/~/media/6a98f97f3dae472d943053e3dfe6d80d.ashx?la=en

Penonton bakal melihat kemesraan Yusuf dan kucingnya, Bujibu menerusi program realiti terbaru mereka.

Kata Hanis, dia dan suaminya menjelaskan kepada pihak produksi agar proses rakaman tidak mengganggu rutin harian dan keselesaan Yusuf serta tidak membebankan anak kesayangan mereka.

“Kami bersetuju untuk melakukan program tersebut kerana sepanjang penggambaran Yusuf tidak perlu berlakon atau bekerja.

“Dia hanya menjalani kehidupan seharian seperti biasa tanpa membebankan emosinya dan rakaman akan dilakukan mengikuti waktu yang bersesuai seperti yang dipersetujui dengan pihak produksi,” ujarnya.

Rancangan My Little Heroes akan mula bersiaran pada 31 Januari setiap Rabu pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

 

 

Fazura Mintak Ice Cream, Fattah Bagi RM10 Suruh Main Jauh-Jauh 🤣😂😅😄

 

EMPAT bulan disatukan sebagai pasangan suami-isteri, pelakon Fattah Amin memberitahu dia jatuh cinta terhadap isterinya, aktres Nur Fazura setiap hari.

Menerusi status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Fattah menyifatkan pertemuan dengan Fazura adalah satu keajaiban daripada Allah dan wanita itu adalah cinta sejatinya.

“Kunci kepada kebahagian sesebuah perkahwinan adalah mencari pasangan yang tepat.

“Anda akan tahu si dia adalah untuk anda apabila selepas berkahwin pun anda masih jatuh cinta dengan pasangan anda setiap hari.

Bersemut… Luahan cinta Fattah terhadap Fazura di Instagram cukup romantik.

“Alhamdulillah, saya tahu dia (Fazura) adalah keajaiban daripada Allah apabila pertama kali saya bertemu dengannya,” tulisnya.

Fattah, 28, dan Nur Fazura, 35, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

Dalam pada itu, Fattah berkata, Fazura adalah seorang isteri yang hebat dan telah berjaya menjadikannya seorang lelaki lebih baik berbanding sebelum ini.

Malah kata Fattah, dia berasa bertuah kerana dapat menjadi suami kepada Fazura selain berjanji akan menyayangi isterinya itu buat selama-lamanya.

 Pasangan ini berkahwin pada 27 November tahun lalu.

“Isteri saya seorang hebat, Fazura menjadikan saya seorang lelaki yang lebih baik seperti mana hari ini.

“Sehingga sekarang saya masih bertanya kepada diri sendiri, bagaimana saya boleh menjadi seorang yang cukup bertuah?

“Saya sayangkan awak, hari ini, selamanya.

“Terima kasih atas semua rasa cinta yang diberkan kepada saya dan saya sentiasa bersyukur kerana dapat menjadi suami anda, Insya-Allah,” tulisnya.

 

 

Inilah 2 Pemain Import Baru Yang Sah Menyertai Pahang FA

 

Nakajima, Amutu sertai Pahang

Pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengesahkan bekas awang import Terengganu, Issey Farran Nakajima, bersama bekas penyerang import Kelantan, Austin Amutu, sah menyertai skuad Tok Gajah untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

Bagi Dollah, pengalaman Nakajima dan Amutu dalam saingan bola sepak tempatan sebelum ini adalah faktor yang membuatkannya yakin mendapatkan khidmat mereka untuk jendela perpindahan kedua Liga M yang dibuka dari 7 Mei hingga 3 Jun depan.

Issey beraksi untuk Terengganu selama tiga musim sebelum ini tatkala Amutu bersama Kelantan pada musim 2015.

“Kami berharap kemasukan dua pemain ini akan meningkatkan mutu pasukan kami. Amutu mungkin mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pasukan tetapi pengalamannya akan membantu menangani isu ini,” kata Dollah.

Issey akan mengantikan kelibat pemain Kemboja, Chan Vathanaka, manakala Amutu mengambil tempat Francis Forkey Doe yang mengalami kecederaan lutut.

Sementara itu, Nakajima ketika dihubungi mengakui teruja utuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super dan pemain antarabangsa Kanada itu bertekad membalas kepercayaan pengurusan Pahang terhadapnya.

“Saya sangat gembira kerana akan kembali ke Liga Super. Saya amat teruja untuk membuktikan kebolehan bersama Pahang,” kata Nakajima.

Comel Arif Jiwa Excited Bila TokTi Wish Happy Birthday 😍🎂 Sambil Nyanyi Lagu Comel Pipi Merah 😊

 

JIKA ada segelintir selebriti enggan mendedahkan anak mereka kepada dunia glamour namun ia berlainan buat anak tiri kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Asyraf, 26, berkata, baginya dia terbuka sekiranya ada pihak ingin menawarkan tawaran buat anaknya, Arif Jiwa Asyraf terutamanya selepas kanak-kanak itu memenangi trofi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) pada malam Ahad.

Malah Asyraf memberitahu sekiranya ada pihak berminat menawarkan seperti lakonan atau pun iklan dia menyifatkan perkara itu sebagai rezeki dan peluang itu bukan boleh dirasai oleh semua orang.

“Pada saya okay sahaja kerana orang lain mungkin tak dapat peluang yang sama.

Asyraf terbuka sekiranya ada pihak ingin menawarkan tawaran buat Arif.

“Tetapi keterbukaan itu bergantung kepada apa yang sesuai untuk Arif mungkin seperti program realiti, iklan atau program yang singkat,” katanya.

Arif yang baharu berusia setahun menumpaskan calon kegemaran bagi kategori Si Cilik MeleTOP lain seperti Aaisyah Dhia Rania, Lara Alana, Syeriv Samheizy dan Yusof Iskandar.

Kemenangan itu membolehkan Arif membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

AME2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur memperlihatkan Neelofa dan Khai Bahar membawa pulang trofi utama, Top Top MeleTOP 2018.

Bagaimanapun kata Asyraf, setiap tawaran diberikan akan diteliti terlebih dahulu mengikut kesesuaian memandangkan Arif masih kecil.

Arif baru sahaja menyambut hari jadinya yang pertama baru-baru ini.

Kata Asyraf, sebelum ini pun dia pernah menolak beberapa tawaran untuk anak kesayangannya itu kerana ia tidak bersesuaian.

Bercakap mengenai kemenangan itu, Asyraf berkata, ia adalah usaha berterusan isterinya, Tya Arifin yang bersungguh-sungguh berkempen di Instagram yang akhirnya membawa rezeki kepada Arif.

“Memang Tya bersungguh-sungguh mahu Arif menang dan dia sentiasa membuat kempen di Instagram.

“Alhamdulillah ada peminat Arif yang sudi mengundi dan ini adalah trofi kemenangan pertama untuknya,” katanya.