Alhamdulillah rezeki dari Allah, Adam Corrie Bakal Jadi Ayah. Tahniah! – ‘Allah Dah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua’

 

Alhamdulillah rezeki dari Allah, Adam Corrie Bakal Jadi Ayah. Tahniah! – ‘Allah Dah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua’

Anak adalah rezeki yang ditunggu-tunggu pasangan suami isteri. Kehadiran mereka sudah tentunya menjadi penyeri alam rumah tangga selain menjadi simbol kekuatan cinta dua jiwa. Namun, tidak sedikit pasangan yang diuji dengan kesukaran untuk mendapatkan zuriat penyambung kasih sayang.

Pelakon Adam Corrie Lee semalam khabarnya mengumumkan berita gembira yang dinanti-nanti bagi pasangan berkahwin.
Syukur ke hadrat Ilahi


Dalam satu pos Instagramnya, Adam Corrie memuatnaik foto scan ultrasound bayinya yang ditutup dengan emoji. Jelas terpancar kegembiraan di wajah pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini apatah lagi setelah 10 tahun menunggu saat itu.

Katanya, 10 tahun menunggu adalah seperti tempoh berbulan madu yang diberikan Allah bagi mereka suami isteri sebelum bakal hidup dengan status ibu bapa pula.

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. ? Alhamdulillah .

Allah dah bagi honeymoon 10 tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.

Doakan sihat, bersuara lunak untuk baca Quran


Dia juga sempat menitipkan sekalung doa untuk bayi yang tidak dinyatakan usia di dalam kandungan isterinya itu dengan antara lainnya mengharapkan kesihatan fizikal, mental serta mempunyai suara yang bagus untuk membaca Quran.

Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat.

Turut doakan pasangan lain

Memahami apa yang perlu dilalui pasangan suami isteri yang sukar untuk hamil, Adam Corrie juga turut mendoakan supaya mereka yang sedang mencuba juga turut dikurniakan rezeki anak seperti dirinya dan isteri.

Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. .

Kami doakan juga pasangan yang masih berusaha dapatkan zuriat berikan zuriat yang soleh dan solehah.. .
Aamin allahumma aamin.

Sumber: Adam Corrie Lee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *