Respon Mengejutkan Piya Setelah Digugurkan Kelantan FA Secara Tiba-Tiba

Kata dua Piya buat Kelantan

KUALA LUMPUR: “Kalau sudah tidak perlukan saya, tamatkan kontrak dan bayar baki gaji saya hingga November ini.”

Kata dua itu diberikan oleh Badhri Radzi atau Piya kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung kemelut yang sedang melanda antaranya dengan persatuan itu.

Menurut Badhri, dia sudah lama bersabar dan cuba menutup mulut daripada membuat sebarang kenyataan bagi mengelak konflik lebih serius namun tindak-tanduk KAFA kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu berdiam diri.

“Saya benar-benar kecewa dengan layanan KAFA terutama kenyataan Presiden (Bibi Ramjani Ilias Khan) melalui media yang menyatakan khidmat saya tidak diperlukan sedangkan saya tidak pernah diberitahu mengenai hal ini.

“Saya ada maruah, kalau benar mereka mahu menggugurkan saya daripada pasukan, apa salahnya mereka memanggil serta berbincang dengan saya elok-elok bukannya melayan saya sebegini.

“Kalau semasa meminta saya menyambung kontrak awal musim lalu mereka boleh berbincang, mengapa sekarang tidak?

“Saya minta kepada KAFA, kalau tidak mahu saya lagi, lepaskan secara profesional dengan syarat bayar gaji saya penuh hingga November ini kerana kontrak saya masih berbaki hingga bulan itu,” tegas Badhri.

Bekas ketua pasukan itu juga menegaskan dia akan menolak jika KAFA bercadang meminjamkannya kepada pasukan lain pada jendela perpindahan kedua bulan depan.

“Kalau mereka mahu buang saya, buang terus supaya senang saya mengatur karier saya selepas itu,” ujarnya.

Badhri berkata, walaupun namanya sudah dicanangkan tidak ada dalam perancangan jurulatih, Fajer Ebrahim namun sebagai pemain yang masih mempunyai kontrak, dia tetap turun menjalani latihan seperti biasa.

“Saya masih pemain Kelantan dan akan memberi komitmen 100 peratus dalam latihan walaupun mungkin tidak akan diturunkan lagi dalam perlawanan,” katanya.

 

Hormati Khairul Fahmi dan Badhri Radzi.

Itulah permintaan bekas jurulatih Kelantan, Velizar Popov menerusi laman Twitter peribadinya selepas hangat khabar mengenai kedua-dua pemain itu akan dilepakan oleh Kelantan.

“Piya dan Apek adalah lagenda dan perlu dihormati.”

 

Popov yang mengendalikan Kelantan pada tahun 2016 menggantikan K.Devan juga menyatakan bahawa Kelantan wajar memberi penghormatan kepada pemain tempatan yang sudah sekian lama menjulang nama Kelantan dan membawa pulang trofi ke Kota Bharu.

“Bukan dengan cara itu, jika kelab tidak menghormati saya, itu perkara biasa kerana saya orang luar, tetapi mereka perlu lebih menghormati pemain lagenda mereka seperti Indra, Piya, Apek dan Nor Farhan.”

Kesemua pemain yang disebut oleh Popov itu merupakan tunjang utama kejayaan treble Kelantan suatu ketika dahulu.

Namun, faktor usia dan juga masalah kewangan Kelantan yang dibelenggu hutang menyebabkan mereka terpaksa melepaskan ramai pemain senior.

Indra Putra meninggalkan Kelantan di awal musim dan kini merupakan ketua pasukan Kuala Lumpur. Nor Farhan pula baru sahaja meninggalkan Kelantan dan menyertai D’AR Wanderers FC.

Khairul Fahmi yang merupakan antara wira Piala AFF Suzuki 2010 dan Sukan SEA 2011 dikhabarkan akan menyertai Indra Putra di Kuala Lumpur.

Selain beberapa pemain tempatan, Kelantan juga terpaksa melepaskan dua pemain import mereka, Bruno Lopes dan Ferdinand Sinaga.

Respon Mengejutkan Piya Setelah Kelantan Tiba-Tiba Menggurkannya

 

Kata dua Piya buat Kelantan

KUALA LUMPUR: “Kalau sudah tidak perlukan saya, tamatkan kontrak dan bayar baki gaji saya hingga November ini.”

Kata dua itu diberikan oleh Badhri Radzi atau Piya kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung kemelut yang sedang melanda antaranya dengan persatuan itu.

Menurut Badhri, dia sudah lama bersabar dan cuba menutup mulut daripada membuat sebarang kenyataan bagi mengelak konflik lebih serius namun tindak-tanduk KAFA kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu berdiam diri.

“Saya benar-benar kecewa dengan layanan KAFA terutama kenyataan Presiden (Bibi Ramjani Ilias Khan) melalui media yang menyatakan khidmat saya tidak diperlukan sedangkan saya tidak pernah diberitahu mengenai hal ini.

“Saya ada maruah, kalau benar mereka mahu menggugurkan saya daripada pasukan, apa salahnya mereka memanggil serta berbincang dengan saya elok-elok bukannya melayan saya sebegini.

“Kalau semasa meminta saya menyambung kontrak awal musim lalu mereka boleh berbincang, mengapa sekarang tidak?

“Saya minta kepada KAFA, kalau tidak mahu saya lagi, lepaskan secara profesional dengan syarat bayar gaji saya penuh hingga November ini kerana kontrak saya masih berbaki hingga bulan itu,” tegas Badhri.

Bekas ketua pasukan itu juga menegaskan dia akan menolak jika KAFA bercadang meminjamkannya kepada pasukan lain pada jendela perpindahan kedua bulan depan.

“Kalau mereka mahu buang saya, buang terus supaya senang saya mengatur karier saya selepas itu,” ujarnya.

Badhri berkata, walaupun namanya sudah dicanangkan tidak ada dalam perancangan jurulatih, Fajer Ebrahim namun sebagai pemain yang masih mempunyai kontrak, dia tetap turun menjalani latihan seperti biasa.

“Saya masih pemain Kelantan dan akan memberi komitmen 100 peratus dalam latihan walaupun mungkin tidak akan diturunkan lagi dalam perlawanan,” katanya.

“Saya hampir gila lepas bercerai…” – Ramai terkejut pendedahan terkini Hafiz Hamidun!

 

 

“Saya hampir gila lepas bercerai…” – Ramai terkejut pendedahan terkini Hafiz Hamidun!

Kemelut melanda perkahwinan Hafiz Hamidun antara perkara terburuk yang pernah berlaku dalam hidup penyanyi itu.

Hafiz, 34, berkata masalah yang berlarutan hingga memaksa dia turun naik mahkamah selain mendapat liputan meluas media itu membuatkan dia mengalami depresi, malah hampir membuat Hafiz menjadi gila!

“Apa yang berlaku bukan sesuatu yang dirancang. Saya tidak mahu perkara sebegini terjadi dalam hidup. Perit, sakit dan macam-macam lagi perasaan dilalui. Bukan mudah untuk saya keluar dari masalah ini.

“Saya selalu pesan pada orang lain, jangan jadi macam saya. Pada mulanya saya beranggapan diri kuat dan boleh lalui perkara ini seorang diri, tapi tidak. Akhirnya saya perlukan juga sokongan daripada orang sekeliling.

“Kalau nak tahu, saya terpaksa jumpa pakar psikiatri untuk meminta pandangan. Saya alami depresi kronik yang jika tidak dikawal boleh menjadi gila. Lebih teruk juga saya hilang selera makan,” katanya.

Disebabkan itu, Hafiz yang disahkan bercerai dengan isterinya, Joy Revfa pada Oktober lalu mengakui sudah lama ‘move on’ dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan wanita berkenaan.

Hafiz juga menganggap apa yang berlaku adalah masalah peribadi mereka dan orang luar tidak perlu berlebih-lebih.

“Apa saya perasan, orang luar pula yang masih belum ‘move on’. Cukup-cukuplah dan sebaiknya cari perkara lain yang lebih berfaedah dibuat daripada urus hal orang. Tidak perlu nak kaitkan hal peribadi dengan kerja saya.

“Saya tidak mahu cari masalah dengan Joy. Masalah kami sudah selesai dan saya pasti dia pun sudah ada kehidupan sendiri,” katanya.

Ditanya adakah dia sudah merancang untuk berkahwin lagi, Hafiz mengakui perancangan ke arah itu ada namun bukan dalam masa terdekat.

“Buat masa sekarang, saya nak beri masa untuk diri sendiri dulu. Sepanjang tahun ini banyak perancangan dari segi kerjaya dan perniagaan.

“Lagipun, apa yang terjadi buatkan saya jadi lebih berhati-hati dalam setiap perkara dilakukan. Macam kes saya dengan Joy, lama juga orang memperkatakannya hingga jadi soroton sepanjang tahun,” katanya.

Tulis lirik motivasi

Mengambil iktibar daripada apa yang dilalui, Hafiz muncul dengan single baru Jangan Behenti.

Lirik lagu yang bermesej motivasi itu ditulis Hafiz sendiri apabila dia mengambil masa dua minggu untuk mencari ayat sesuai.

“Lirik lagu ini sangat positif bagi meningkatkan motivasi dalam diri. Sejujurnya ia ada kaitan dengan pengalaman sendiri, namun bukan fokus kepada masalah perkahwinan. Terpulang kepada persepsi masing-masing.

“Bagi mereka yang alami perasaan putus asa dan kurang bersemangat, lagu ini adalah ubatnya. Malah, saya praktikkan perkara ini,” katanya.

Menurut Hafiz, lagu ciptaan Azlan Abu Hassan itu bukan bertujuan bersaing dengan mana-mana penyanyi tetapi ia demi kepuasan diri sendiri.

“Saya tidak kisah jika lagu ini tidak dimainkan di stesen radio. Niat saya adalah untuk memberi motivasi kepada masyarakat. Bagi saya ia sudah memadai.

“Lagu ini sudah dilancarkan di laman YouTube sejak 31 Mac lalu. Promosi di stesen radio belum lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dalam saluran sendiri Hafiz Hamidun TV di laman YouTube.

Saluran itu memaparkan segala aktiviti harian Hafiz merangkumi pelbagai aktiviti antaranya percutian, beli-belah, makan dan perniagaan.

“Kalau jumlah langganan cecah 100,000 baru saya lancarkan. Tinggal sikit saja lagi nak capai sasaran berkenaan,” katanya.

Patutlah Lama Menyepi Dari Dunia Hiburan, Rupanya DS Vida Dedah Kehilangan..

 

Patutlah Lama Menyepi Dari Dunia Hiburan, Rupanya DS Vida Dedah Kehilangan..

Pemilik suara lagu ‘I Am Me‘, Datuk Seri Vida mendedahkan sebab mengapa beliau berdiam diri dari dunia hiburan dan mengakui kehilangan belasan juta ringgit selepas ditipu kontraktor yang menguruskan projek pengubahsuaian studionya.

Menurut jutawan kosmetik itu, studio berkeluasan dua ekar itu sepatutnya dijadualkan siap sejak tahun lalu, namun tertangguh.

“Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan. Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.”

Patutlah Lama Menyepi Dari Dunia Hiburan, Rupanya DS Vida Dedah Kehilangan..

“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya.

Vida juga mengakui dia banyak berdiam kebelakangan ini dari radar hiburan disebabkan mahu muhasabah diri.

“Saya cuma mahu berehat seketika selepas dua tahun aktif dalam dunia ‘glamor’. Saya lebih banyak fokus dengan perniagaan menerusi media sosial.

“Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai,” katanya.

Sebelum ini, Vida berjaya mencipta fenomena selepas tampil dengan single berjudul ‘I Am Me‘ selain aktif menaja pelbagai program hiburan tempatan.

Vida bercakap ketika ditemui di ‘Malam Anugerah Mood Republik 2018‘ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Terdahulu, DS Vida mendakwa pernah hampir ditipu scammer melalui panggilan telefon yang meminta wang RM30,000 di kediamannya di Ipoh.

Patutlah Lama Menyepi Dari Dunia Hiburan, Rupanya DS Vida Dedah Kehilangan..

Vida berkata, panggilan yang diterima sekitar pukul 12.45 tengah hari mengatakan akaun bank disekat kerana mengaitkan dirinya dengan kegiatan mengedar dadah.

Susulan itu DS Vida mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mendedahkan data peribadi sewenang-wenangnya.

Beliau juga berharap pihak polis menjalankan siasatan dan melupuskan jenayah scammer agar tidak mahu lebih ramai ditipu dan terpedaya dengan helah orang yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Sumber dari HMetro via blogterkini

Top 10 Selebriti Terkaya di Malaysia 2017. Artis No. 4 tu Memang tak disangka Tergolong dalam yg Terkaya. Lihat Pendapatan Beliau dr Mana?

 

Top 10 Selebriti Terkaya di Malaysia 2017. Artis No. 4 tu Memang tak disangka Tergolong dalam yg Terkaya. Lihat Pendapatan Beliau dr Mana?

Gambar Sekadar Hiasan ..

Selebriti Terkaya di Malaysia – Para selebriti di Malaysia tidak kalah dengan selebriti di Asia. Ini terbukti dengan jumlah kekayaan yang tinggi. Ada beberapa selebriti Malaysia terkenal dan bermain di film Hollywood. Siapa sajakah selebriti terkaya di Malaysia pada tahun 2017 ini.

#1 Michelle Yeoh.

Michelle Yeoh adalah aktris terkaya Malaysia dan masuk dalam daftar pertama dalam 10 selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih senilai US $ 245 juta.

Dia terkenal dengan berbagai pertunjukan aktingnya di banyak film laga di Hong Kong. Dia telah diakui untuk peran akting dan dinamisnya dalam “Tomorrow Never Dies” yang merupakan film seri James Bond dan juga di film-film seperti “Hidden Dragon and Crouching Tiger”. Dia juga telah dinyatakan sebagai “35 All times Screen Beauties” oleh People Magazine.

#2.Ling Tan

Ling Tan adalah supermodel paling terkenal di Malaysia dan dia telah menjadi pemain besar dari pemodelan internasional dan dia adalah model Asia Tenggara pertama yang berpartisipasi dalam ratusan peragaan busana dan telah terkenal oleh fotografer fashion terbaik di dunia.

Dia memulai karir pemodelannya di kompetisi sekolah lokal di mana dia menjadi yang pertama dan kemudian dia beralih ke kontes Asian Model di mana dia menjadi runner-up dalam kontes. Ling Tan diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 60 juta dan dia berada di peringkat ke-2 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia.

#3.Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza adalah penyanyi terkenal Malaysia, presenter televisi dan juga pebisnis wanita dan berada di peringkat ke 3 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih senilai US $ 17 juta.

Dia telah memenangkan berbagai kompetisi menyanyi internasional sejak debutnya dan pada tahun 2002 dia dinobatkan sebagai Voice of Asia setelah memenangkan kejuaraan Grand dengan judul Suara Asia di Kazakhstan.

Dia juga memenangkan penghargaan Emas dalam kompetisi penyanyi Asia baru di festival musik yang diadakan di Shanghai.

#4.Maya Karin

Maya Karin adalah aktris paling mapan dan terkemuka di industri perfilman Malaysia dan juga penyanyi dan selebritis wanita pembawa acara televisi. Dia memulai dengan TV3 Malaysia sebagai pembawa acara hiburan yang menjadi pekerjaan utama dan eksposur karir aktingnya dan menerima tawaran dari banyak sutradara dan produsen.

Maya Karin diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 14 juta dan dia berada di peringkat ke-4 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia. Dia juga seorang musisi dan merilis album pertamanya “Love” pada tahun 2002.

#5.Bront Palarae

Bront Palarae adalah aktor terkenal Malaysia, penulis layar dan juga produser. Ia melakukan debut aktingnya di tahun 2000 dengan televisi dan pertama kali menjadi terkenal dengan dua karakter yang menggambarkan dalam Cinta Tsunami yang merupakan serial televisi terkenal. Peran akting pertamanya di film “Samseng Jalanan” yang mencapai puncak dan meraup MYR 4.1 juta di box office.

Dia juga pernah membintangi film-film seperti “Man Laska”, “Anak Hala: dan di” Bilut “. Kekayaan Palarae yang diperkirakan bernilai bersih adalah US $ 8 juta dan dia berada di peringkat ke 5 besar dalam daftar 10 selebriti terkaya di Malaysia.

#5.Adi Putra

Adi Putra adalah penyanyi dan aktor Malaysia dan juga selebriti Malaysia terkaya dan berada di peringkat ke 6 teratas dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih diperkirakan adalah US $ 5,6 juta.

Dia memulai karirnya sebagai model dan aktor di Singapura dan melanjutkan karir TV dan filmnya di Malaysia dan dikenal sebagai “Pangeran Hadi” di Malaysia. Ia menerima penghargaan aktor paling populer di Screen Awards 2011.

#7.Amber Chia

Amber Chia adalah aktris, model, pembawa acara TV dan duta merek Malaysia dan juga selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih senilai US $ 5 juta dan menduduki peringkat ke 7 besar dalam daftar 10 selebriti terkaya di Malaysia.

Dia memulai karir pemodelannya pada usia tujuh belas tahun dan mendapatkan pengakuan dunia saat dia memenangkan Lomba Kecantikan Guess Watch pada tahun 2004. Dia juga dinobatkan sebagai model tahun ini oleh penghargaan mode internasional Malaysia. Dia juga merupakan duta merek Sony dan L’Oreal

#8.Jimmy Choo

Jimmy Choo adalah perancang busana terkenal Malaysia dan juga selebriti terkaya di Malaysia dan berada di peringkat ke 8 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih diperkirakan US $ 4,5 juta.

Dia terkenal dengan Jimmy Choo Limited yang paling dikenal dengan sepatu buatan wanita. Dia memegang gelar sarjana dalam mode dari perguruan tinggi London Fashion dan juga menerima banyak penghargaan atas kontribusinya dan perkembangan di industri fesyen.

#9.Carmen Soo

Carmen Soo adalah aktris dan model China asal Malaysia dan dia mulai berprestasi pada usia 17 tahun dan sebagian besar muncul di iklan TV. Dia juga membintangi perpindahan “Gorgeous” dengan Jackie Chan pada tahun 1999 yang sukses di box office dan juga tampil di musik spesial Aaron Kwok’s.

Dia juga menerima penghargaan aktris paling menjanjikan di Festival Film Malaysia 2006. Carmen Soo diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 4 juta dan dia berada di peringkat nomer 9 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia.

#10.Nicholas Teo

Nicholas Teo adalah penyanyi Cina Malaysia dan dia menghasilkan uang besarnya di Taiwan dan masuk di bawah band Play Music yang berbasis di Taiwan. Dia merilis album debutnya pada tahun 2004 dan menerima penghargaan Hito Newcomer terbaik di Taiwan.

Nicholas Teo diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 3 juta dan dia berada di peringkat terakhir dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia. Dia ditunjuk sebagai “Duta Hijau” oleh pemerintah Malaysia untuk menyebarkan kesadaran akan pencemaran lingkungan.

sumber :rosesmediadaily

Aku Telah Menikah Dgn Wanita Di Ofisku Yg Mana Pangkatnya Lebih Tinggi Dariku Dan Dia 10 Tahun Lebih Tua Dariku. Ketika Malam Itu, Aku Terkejut Sehinggakan Aku Yakin Bahawa Aku Tidak Salah Memilih Isteri!

 

Aku Telah Menikah Dgn Wanita Di Ofisku Yg Mana Pangkatnya Lebih Tinggi Dariku Dan Dia 10 Tahun Lebih Tua Dariku. Ketika Malam Itu, Aku Terkejut Sehinggakan Aku Yakin Bahawa Aku Tidak Salah Memilih Isteri!

 

Mungkin aku adalah lelaki yang beruntung. Kerana ada biasiswa dan program ulasan kerja, aku akhirnya mampu bertahan dan menyelesaikan kuliahku selama 4 tahun.

Selama 4 tahun itu, aku melihat perjalanan cinta yang romantis teman sebilikku, dan untuk pertama kalinya aku merasa wang adalah hal yang sangat penting.

Orang yang paling banyak wang, setiap semester dia mampu berganti kekasih. Hanya aku, orang yang miskin dan setiap hari setelah kuliah, harus bekerja dan tidak ada waktu untuk merajut cinta.

Berkekasihan pasti memerlukan wang, dan aku adalah orang yang kekurangan.

Hingga aku lulus, setiap malam aku membayangkan di masa depan, aku mampu bersama dengan gadis yang aku kenal di kelas. Dia sudah berganti kekasih hingga 2 kali, aku hanya mampu melihatnya dari jauh.

Ketika lulus, aku menemukan pekerjaan yang sesuai dengan jurusanku, dengan gaji yang cukup memuaskan. Aku percaya, dengan kemampuan dan usahaku, suatu hari aku mampu keluar dari kemiskinan.

Setelah aku bekerja, aku baru sedar, dampak ekonomi keluarga untuk masa depan sangatlah besar.

Meski teman sekelasku yang juga lulus di tahun yang sama denganku, mendapatkan gaji yang tidak begitu tinggi, namun setelah 2 tahun bekerja, dia sudah membeli sebuah rumah, bahkan beberapa temanku yang lain sudah menikah.

Aku mulai merasa bahawa hidup itu tidak adil, selain usaha dan ketekunan, apa lagi yang mampu kulakukan untuk mengubah taraf hidupku?

Aku hanya mampu bekerja lebih giat dan keras lagi, berhemat hingga aku mampu membeli sebuah rumah kecil di kota. Setelah itu, aku baru mampu memikirkan yang namanya cinta.

Aku benar-benar menjalani seluruh hidupku dengan bekerja, kerana hal itulah aku menjadi lebih dekat dengan atasanku. Dia adalah seorang wanita yang lebih tua 10 tahun dariku. Dia tidak hanya baik dan menjagaku, dia juga sering menyapaku dan membuatku tersentuh.

Semakin hari, kami pun semakin dekat dan aku baru tahu, ternyata dia sudah bercerai 8 tahun yang lalu dan setelah itu dia tidak memiliki pasangan. Mungkin hal itulah yang menjadi dorongan untukku agar semakin dekat dengannya.

Suatu malam, ketika dia tidak sengaja menarik tanganku, aku merasa aku tidak mampu menolaknya. Itu adalah yang pertama kali untukku memegang tangan seorang wanita. Ketika itu, aku merasakan kehangatan.

Sejak hari itu, kami menjadi semakin dekat dan mulai berkekasihan. Namun, kerana aku takut kisah cinta ini akan mengganggu karirnya, akhirnya aku memilih untuk keluar dari pekerjaan ke perusahaan lain dan dia yang merekomendasikannya.

Di luar jam kerja, dia sangat berbeza. Yang biasanya di ofis, dia adalah wanita tegas dan mendominasi. Sedangkan ketika sedang kekasihan, dia menjadi seorang wanita yang lembut dan menawan.

Kami pun menjalin asmara dalam beberapa bulan, tiba-tiba suatu malam dia meneleponku dan menyuruhku turun dari rumahku. Dia bahkan memegang sebuket bunga dan dia melamarku!

Dia mengatakan bahawa dia serius. Dia mengatakan bahawa aku masih muda dan perjalanan karirku masih panjang, dia sudah punya rumah dan mobil, dan aku tidak perlu memberinya apapun, hanya perlu aku untuk bersedia bersamanya.

Ya, meski hal ini terlihat aneh, dia yang seorang wanita malah yang melamarku. Namun, akhirnya tak lama setelah itu, kami pun menikah, hanya teman-teman dekat kami yang diundang untuk makan bersama.

Setelah malam jamuan pernikahan berakhir, kami pun pulang ke rumah. Kami menonton TV bersama dan bersiap-siap untuk tidur. Tiba-tiba dia bertanya kepadaku, “Apakah kamu benar-benar mencintaiku dan menerimaku apa adanya?” Aku melihat ke arahnya dan mengangguk dengan pasti.

Ia kemudian melanjutkan, “Tapi aku lebih tua banyak darimu”.

Aku pun tertawa dan membalasnya, “Jika aku sangat peduli dengan hal itu, aku tidak akan menikahimu”.

Ia kemudian mengatakan bahawa mau menambahkan namaku di surat kepemilikan rumah, memberikan buku tabungannya, dan berharap aku tidak mengkhianatinya.

Aku tidak mau menerima semua itu, aku menyuruhnya untuk menyimpannya saja dan membicarakan di lain hari. Ya, aku mau bersamanya bukan kerana wang dan harta yang dia miliki.

Sebelum tidur, dia bahkan merendam dan memijat kakiku, kerana dia tahu aku lelah hari itu. Aku pun terharu dengan yang dia lakukan, selama ini, hanya ibuku yang baik dan melakukan hal ini kepadaku.

Aku semakin yakin, meski dia lebih tua jauh dariku, namun pilihanku untuk menikah dengannya, tidaklah salah dan aku bersyukur mampu menjadi bagian hidupnya.

Harapan akan membuat hidup kita indah dan syukur akan membuat hidup lebih bahagia.

Setelah Bakal Disingkirkan Oleh Kelantan Inilah Pasukan Baru Yang Akan Disertai Khairul Fahmi Che Mat

 

 

Khairul Fahmi mungkin ke Kuala Lumpur

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, kini di bawah radar Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam usaha persatuan itu menguatkan skuad Warga Kota pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bulan depan.

Posisi penjaga gol kini menjadi perhatian jurulatih, Fabio Joaquim Maciel, bagi memperkuatkan pasukannya.

Aksi tidak menentu Kamarul Effendi Abdul Rahim serta kekurangan pengalaman Khatul Anuar Abdul Jalil selaku benteng akhir, menyaksikan Khairul Fahmi sebagai calon terbaik menguatkan pasukan.

Bagi Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, usaha membawa Khairul Fahmi kini masih di peringkat awal dan pemain itu juga perlu mendapat kebenaran Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk berhijrah.

“Jurulatih ada berbincang dengan kami, dia berminat apabila mendengar Khairul Fahmi teringin (datang ke sini).

“Kalau Khairul Fahmi berminat, kami tiada masalah. Tetapi, kami perlu bincang dengan KAFA sebab ia penting,” katanya.

Dalam pada itu, Nokman mengesahkan Kuala Lumpur akan hanya menukar seorang pemain import pada jendela perpindahan kedua bulan depan.

Katanya, pemain tengah menyerang, Junior Aparecido Guimaro de Souza, adalah pemain yang bakal diganti.

“Junior itu sudah pasti, dari awal lagi saya sudah cakap. Kami memang terpaksa tukar beliau. Kalau kami simpan, kami ada masalah. Buat masa ini, kami keluarkan seorang dahulu.

“Kalau keluarkan dua pemain, ia melibatkan perbelanjaan (besar). Junior akan ditukar dengan pemain baru yang gajinya lebih rendah,” katanya lagi.

 

Keputusan di tangan Fajer

Apek kini dalam radar KLFA.

PETALING JAYA: Keputusan sama ada untuk mengekalkan atau melepaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terletak di tangan ketua jurulatih, Fajer Ebrahim.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Fajer untuk menentukan kedudukan penjaga gol berusia 29 tahun itu.

“Dia masih ada kontrak bersama Kelantan. Saya tak boleh komen (keputusan) sebab bergantung kepada jurulatih,” katanya kepada mStar Online.

Meskipun timbul khabar angin Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek kini diintai Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Bibi berkata, setakat ini, penjaga gol itu masih belum menghubungi Kafa mengenai hasrat untuk meninggalkan Kelantan.

“Kita hanya dengar mereka (KLFA) berminat untuk mendapatkan khidmat Apek tapi kita tak dengar sendiri dari mulut dia (Apek) mengenai khabar angin itu,” kata Bibi.

Usahawan batik itu turut bersikap terbuka seandainya Apek membuat keputusan untuk menyertai kelab lain.

“Kita sedia beri peluang kepada dia untuk berhijrah andai itu permintaannya dan jika tindakan tersebut boleh membantu mengurangkan beban ditanggung Kafa,” katanya.

Bibi mengakui, Kafa terpaksa melakukan beberapa rombakan pemain selepas mengambil kira status kewangan pasukan bagi memastikan Kelantan terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

“Kita masih ada banyak tunggakkan yang perlu dibayar terutama kes Fifa. Duit tajaan memang tak cukup oleh itu kita lakukan rombakan pemain dengan nasihat ketua jurulatih.

“Jadi harapan kita sekarang adalah untuk tidak membebankan pemain dan berterus-terang dengan mereka mengenai kedudukan kewangan pasukan,” kata pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu itu.

Terdahulu, Setiausaha Agung KLFA mendedahkan pasukan tersebut berminat untuk mendapatkan khidmat Apek pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bulan depan.

Menurut Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, usaha membawa Apek kini masih di peringkat awal dan pemain itu juga perlu mendapat kebenaran Kafa untuk berhijrah.

“Jurulatih ada berbincang dengan kami, dia berminat apabila mendengar Khairul Fahmi teringin (datang ke sini).

“Kalau Khairul Fahmi berminat, kami tiada masalah. Tetapi, kami perlu bincang dengan Kafa sebab ia penting,” kata Nokman.

 

Diceraikan Ketika Sarat Mengandung 8 Bulan. Apa Yg Jadi Selepas Itu MENGHARUKAN 

 

Diceraikan Ketika Sarat Mengandung 8 Bulan. Apa Yg Jadi Selepas Itu MENGHARUKAN

Ini kisah kakak saya. Dia berkahwin seawal usianya 24 tahun dengan seorang lelaki yang dia kenali di laman sosial. Dalam tempoh perkenalan, bekas suaminya sangat baik, bak kata orang pijak semut tak mati. Ketika pergi berbulan madu segalanya…..

Memiliki seorang suami yang penyayang, romantis dan bertanggungjawab merupakan impian setiap isteri. Apatah lagi sekiranya suami itu memberi keperluan dan memenuhi keinginan isterinya tanpa pernah berkira.

Tetapi sebaliknya yang terjadi pada seorang wanita ini yang diceraikan saat sarat membawa zuriat 8 bulan di dalam perutnya. Hati isteri mana yang tidak luluh dan berkecai?

Tetapi apa yang terjadi pada wanita ini selepas bercerai dengan suaminya benar-benar memberikan semangat baru kepada wanita di luar sana.

Jom baca perkongsian beliau..

Baca tajuk je dah rasa sayu kan? Apatah lagi saya yang bersama kakak saya waktu tu.

Ini kisah kakak saya. Dia berkahwin seawal usianya 24 tahun dengan seorang lelaki yang dia kenali di laman sosial. Dalam tempoh perkenalan, bekas suaminya sangat baik, bak kata orang pijak semut tak mati.

Bak kata gadis muslimah ‘bercinta selepas nikah’. Ya inilah yang kakak saya lalui. Dengan sikap tunangnya pada masa itu seperti acah ustaz-ustaz yang menjaga batas pergaulan. Bagus sangat saya fikir masa tu.

Mereka tunang tak lama dan berkahwin.

Selepas berkahwin, kebiasaanya orang pergi honeymoon kan? Begitu juga kakak saya. Berbulan madu seperti orang lain, tapi hati tak bahagia.

Kakak saya cerita, sampai je di Langkawi, segala perbelanjaan makan minum, nak beli barang-barang semua guna duit dia, sampailah duit kakak saya habis. Kosong dompet. Baru dia guna duit dia. Bila waktu makan, dia siap buat gaya minta duit nak bayar macam ahlong minta duit.

Kakak saya cerita lagi, masa honeymoon tak macam orang baru kahwin.

Dia jalan jauh tinggalkan kakak saya dibelakang.

Biasa lelaki kalau jalan jauh tinggalkan isteri ni saya tengok pakcik-pakcik yang dah tua je buat macam tu. Hati isteri mana tak sedih. Kalau dah lama kahwin, dah beranak pinak lain lah. Ni tak sampai seminggu pun lagi.

Masa ni saya masih belajar di Perak. Sebulan selepas mereka berkahwin, kakak saya hamil anak sulung tapi takde rezeki, gugur. Sumpah sedih. Masa kakak saya keluar darah seketul, mak mertua dia kata ni darah gugur.

Masa ni memang tak tahu mengandung.

Dan kakak saya terus di bawa ke hospital swasta. Tahulah kalau hospital swasta bayarannya mahal. Tak nak ke hospital kerajaan takut doktor lelaki pula, tapi inilah kata-kata suami dia pada mak ayah saya “tak apa, duit boleh cari..”.

Saya macam kagumlah bila kakak saya cerita.

Rupanya lepas je dia bayar di kaunter, muka dia masam, jalan jauh tinggalkan kakak saya dibelakang. Dalam kereta dia cakap pada kakak saya ‘dah gaji bayar duit tadi’. Duit boleh cari konon tapi bila kakak saya gaji, dia minta semua bayaran yang dia dah bayar guna duit dia.

Tiba masa saya cuti semester barulah saya tahu yang sepanjang tempoh perkahwinan dia dan suami hidupnya tak bahagia macam saya bayangkan, yang ada hanya derita dan menangis hampir setiap malam.

Kakak saya menangis cerita pada saya. Adik mana yang tak terkesan. Masa kakak saya cerita, saya masuk tandas menangis sebab tak sanggup nangis depan dia.

Pada mulanya, kakak saya tak izinkan saya cerita ini semua pada umi abah, tapi jenis adik yang tak reti simpan rahsia kan dan nak selamatkan kakak saya, maka saya cerita semua pada umi abah.

Umi menangis, abah mengamuk.

Kes 1
Masa honeymoon, segala perbelanjaan ditanggung oleh kakak saya. Makan, beli barang, semuanya! Kalau dah takda duit papa kedana sangat, tak payah pergi honeymoon.

Kes 2
Panas baran. Suka marah-marah. Setiap kali balik kerja muka masam, tapi bila malam muka ceria pula. Dasar buaya.

Kes 3
Sewa rumah dibayar oleh kakak saya. Kakak saya duduk rumah mertua. Tapi segala bil elektrik, air dan sewa rumah ditanggung oleh kakak saya yang gajinya hanya rm800 sebulan pada masa itu.

Kes 4
Pinggirkan kakak saya dan buat macam orang gaji.

Kes 5
Saya tak boleh bayang perasaan apa yang ada pada dia bila dia minta duit dia semula lepas rawat kakak saya di hospital.

Dan banyak lagi kes yang saya taknak sebutkan disini.

Beberapa bulan selepas tu, kakak saya disahkan mengandung anak kedua. Sepanjang tempoh kehamilan, kakak memang tak duduk dengan suami atas sebab yang tak dapat saya ceritakan.

Pergi kaunseling masih tak okay dan kakak saya buat keputusan untuk berpisah sebab tak nak hidup dalam ketakutan, kebengisan, kedekutan si suami. Dan kakak saya berpisah saat tempoh kehamilannya 8 bulan. Betapa besar dugaan ni kami sekeluarga tanggung. Perit dan sakit.

Sepanjang tempoh 8 bulan itu, kakak saya ulang alik klinik untuk check up seorang diri.

Saya tak dapat temankan dia sebab masih belajar di Perak masa ni. Sedih sangat. Saya dapat bayangkan macam mana mata kakak saya melihat ibu mengandung lain ditemani suami mereka, moga Allah beri yang terbaik.

7.9.2015 hari kakak saya check up dan bukaan jalan dah terbuka 2cm. Malam jam 930 lahirlah seorang gadis jelitawan yang bernama Khaliluna Musyaffa, maka tamatlah iddah kakak saya.

Sepanjang tempoh pembesaran anak buah saya sampai sekarang umurnya 2 tahun 3 bulan, hanya 3 kali saja dia berjumpa ‘abinya’ iaitu umurnya sebulan, 2 bulan dan 3 bulan.

Hanya 3 bulan ini sahaja. Betapa sedih saya sebagai ‘ibu’ melihat anak buah sulung saya membesar tanpa ayah walaupun ayahnya masih hidup, sihat walafiat.

Nafkah?

Setiap bulan Rm100 tak pernah miss tapi sekarang 9 bulan dah tak bagi nafkah.

Dulu elok je bagi, sekarang mungkin dah miskin sangat tu yang tak bagi lagi. Pampers tak pernah beli, makanan tak pernah bagi langsung, anak sakit tak pernah jenguk, telefon tanya khabar pun tidak. Saya tertanya-tanya juga dia ni ada perasaan atau tak.

Tapi kuasa Allah.

Allah lah yang memberi rezeki tak pernah lokek. Bisnes kakak saya semakin ke hadapan dan ramai yang dah kenal. Order setiap hari kadang mencecah ratusan parcel.

Nak berbelanja tiada sekatan, boleh makan, pakai apa saja yang nak. Dia? Hidup semakin sempit kerana melupakan tanggungjawabnya pada anak darah daging dia sendiri. Allah maha adil.

Kadang-kadang meruntun hati bila melihat mata anak buah saya pandang orang lain yang bermanja dengan ayah mereka. Tapi saya tahu ada rezeki dan hikmah lebih besar Allah nak bagi pada anak buah saya.

Sekarang umur Musyaffa dah 2 tahun, sangat periang, cerdik dan menghiburkan setiap hati yang melihatnya. Sangat ringan tulang membantu dan setiap telatahnya membuat kami sekeluarga ketawa.

Tangisan demi tangisan, ujian demi ujian Musyaffa lalui sejak dalam kandungan umi, ibu yakin Allah pasti nak beri hikmah terbesar dalam kehidupan Musyaffa.

Kejadian ni buat saya sedar.

Tak semua orang berkahwin itu bahagia.
Tak semua orang berkahwin itu kekal bercinta macam sebelum kahwin.

Paling teruk bila berkahwin hanya untuk memuaskan nafsu lepas itu buat isteri macam tunggul. Alah, nak heran apa, kalau mak pun dibuat macam hamba, apatah lagi si isteri.

Bukan nak cakap semuanya salah lelaki, tetapi majoriti lelaki yang buat hal.

Satu je nak pesan dengan lelaki luar sana yang dah ada isteri, anak-anak (walaupun dah berpisah).

Kedekut dengan pasangan buat rezeki sempit, panas baran dengan pasangan buat hati tak kan tenang, resah gelisah walaupun solat 5 waktu.

Lupa tanggungjawab pada anak-anak buat hidup menderita dan tak ada jalan keluar melainkan anda jaga amanah Allah. Rezeki pasti mengalir macam air sungai walaupun duit anda bukan berjuta, tapi Allah akan cukupkan.

Jagalah amanah Allah.

Nafkah.
Nafkah.
Nafkah.

Jangan pernah dilupakan.
Atau dibuat-buat lupa.

Bila ia dilupakan, tengoklah satu persatu musibah hadir dalam kehidupan. Belajarlah menghargai pasangan dan anak-anak kerana Allah.

8 Artis Yang Dulunya Mempunyai Berat Badan Mendadak Dan Kini Sudah Kurus

1.)  Aizat Amdan

 

 

 

Penyanyi Aizat Amdan akui sehingga dia masih berusaha untuk mengekalkan bentuk badannya supaya sentiasa dalam keadaan fit.

Aizat Amdan berkata bukan mudah untuk mengekalkan berat badannya kerana tubuhnya sering mengalami perubahan metabolisme.

“Saya akui dalam satu tempoh masa saya agak susah untuk kekalkan berat badan saya kerana ia senang sahaja naik.

“Sebelum ini rutin saya setiap hari adalah jogging selama setengah jam tetapi kini ia tidak memberi apa-apa kesan kepada tubuh saya.

“Jadi saya perlu tukar cara senaman yang lebih berat supaya tubuh saya boleh bertindak balas dan metabolisme saya kembali tinggi,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, Aizat pernah berbadan besar dan beratnya mencecah sehingga 112kilogram (kg) tetapi kini dia sudah berjaya menurunkan berat badannya ke 65kg.

Aizat memberitahu untuk mengekalkan berat badannya sekarang dia bertukar kepada senaman Muay Thai tanpa perlu mengawal pemakanannya.

“Sejak lima bulan lalu saya cuba aktif dengan melakukan Muay Thai. Bila lakukan Muay Thai selama dua jam badan saya mula rasa menggeletar dan itu menandakan ia bertindak balas.

“Meskipun masih berjogging tetapi dalam seminggu saya perlu melakukan tiga kali Muay Thai selama dua jam.

“Itu sahaja yang saya lakukan untuk mengekalkan tubuh badan saya.

“Saya boleh makan apa sahaja jika saya teruskan dengan Muay Thai tanpa perlu diet,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan seninya, Aizat baru sahaja muncul dengan single Jangan Menangis yang dicipta bersama Faizal Tahir dan Mike Chan.

 

2.) Raja Afiq

 

 

 

KUALA LUMPUR: Puas menjadi mangsa ejekan sejak kecil akibat berbadan gempal, bakat baharu, Raja Afiq nekad menurunkan berat sebanyak 54 kilogram (kg).

Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg.

Menerusi amalan gaya hidup sihat, diet dan kegigihan ke gimnasium, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali berbangga dengan berat badan ideal 74kg sekarang.

Katanya, selain enggan lagi menjadi bahan ejekan, keinginan untuk menyertai dunia seni turut mendorongnya berusaha keras menurunkan berat badan, apatah lagi dirinya percaya pakej menarik antara tiket utama untuk berada dalam bidang berkenaan.

“Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang. Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein.

“Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada di antara mereka yang pernah mengejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal,” katanya yang turut dilantik sebagai duta Syukur Selalu di samping Fasha Sandha, Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Uqasha Senrose.

 

3.) Syamel AF

 

 

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Penyanyi Syamel memberitahu berat badannya turun mendadak bukanlah disebabkan menderita sakit tetapi ia atas inisiatif dirinya sendiri,

SYAMEL berusaha menurunkan berat badannya.
Naib Juara Akademi Fantasia 2015 itu merasakan sudah tiba masa untuk dia berusaha menurunkan berat badan selain dapat memantapkan staminanya.

Syamel,23, atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd. Fodzly hilang 12 kilogram (kg) dalam masa beberapa bulan.

“Dulu berat saya 95kg tapi lepas saya jalani rutin diet yang betul dan sering berkunjung ke pusat gimnasium, kini berat saya telah turun ke 83 kg.

“Ini inisiatif saya sendiri bukan atas desakan sesiapa sebab saya pun teringin nak pakai baju selesa dan cantik macam orang lain,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Tambah penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu, dia tidak mengalami sebarang masalah untuk tidak mengambil nasi sebagai makanan ruji seperti orang lain.

“Saya dah biasa tak makan nasi dan gantikannya dengan oat dan protein.

“Alhamdulillah, saya bersyukur masa badan masih berisi, peminat tetap beri sokongan pada karier dan dapat menerima saya.

“Sasaran saya nak capai berat badan ideal iaitu 75 kg. Buat masa ini rutin harian saya memang akan ke gimnasium dan akan ada jurulatih yang memantau sesi latihan itu,” kongsinya.- UTUSAN ONLINE

 

4.) Dato Siti Nurhaliza

 

KUALA LUMPUR, 5 April — Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turun berat badan sebanyak 14 kilogram selepas melahirkan bayi perempuan.

Siti, 39, berkata penurunan itu kerana sering berjaga malam dan menyusu badan untuk Siti Aafiyah.

“Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram (sebab berjaya dan Aafiyah kuat minum susu Ibu). Terima kasih anak ibu tolong Ibu. Alhamdulillah,” katanya di Instagram.

Siti Aafiyah dilahirkan 19 Mac lalu dengan berat 3.55 kilogram selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

 

5.) Siti Nordiana

 

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana memberitahu kesibukan dengan kerjaya seninya sejak kebelakangan ini menjadi antara faktor susuk tubuhnya semakin kurus.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 32, berkata, dia tidak menyedari mengenai perkara itu sehingga ditegur oleh peminat dan rakan-rakannya.

“Saya sendiri sudah lama tidak menimbang berat badan dan peminat dan rakan-rakan yang menegur kata saya semakin kurus tetapi bagus juga tidak perlu saya bersusah payah untuk diet.

6.) Syafiq Kyle

 

 

Pelakon Syafiq Kyle mengakui tertekan dengan masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan berat badannya susut.

Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, dia mengalami tekanan untuk menghidupkan watak sebagai seorang jurugambar dalam drama, Mencintaimu Mr. Fotografer.

“Saya sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama dan watak kali ini agak berat dari segi penghayatan malah memerlukan saya untuk bermain dengan emosi.

 

 

“Saya akui mengalami tekanan kerana karakter kali ini amat berbeza daripada lakonan saya sebelum ini dan mungkin disebabkan itu saya nampak kurus.

“Apabila ditayangkan nanti, penonton mungkin hanya tengok saya dalam tempoh sebulan tetapi sebenarnya saya perlu menjiwai karakter itu selama tiga bulan ketika menjalani penggambaran.

“Sebagai pelakon saya harus untuk menghayati karakter ini juga dan sememangnya saya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

 

7.) Talha Harith

 

 

PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendalami ilmu agama Islam selepas dua kali terkena penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam.

Talha,25, berkata, penyakit yang dialami itu menyebabkan berat badannya menjadi susut selain ia memberi banyak tekanan lain kepada dirinya.

“Saya kena ilmu hitam tahun lalu sehingga menyebabkan badan saya susut teruk dan mengalami lemah badan serta muntah-muntah.

“Selepas kejadian itu saya banyak mendalami ilmu agama bagi mengubati sendiri penyakit tersebut. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kesihatan saya sudah beransur pulih,” ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media drama Plan B, di Sri Pentas, di sini, Rabu.
8.) Abam Bocey

 

 

 

Abam susut 11 kilogram

 

KUALA LUMPUR: Selepas dua minggu mengikuti pelan diet dan senaman dalam talian sambil dipantau jurulatih kecergasan, Abam Bocey berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan memberitahu, tiada siapa yang mendesaknya mengurangkan berat badan, sebaliknya keinginan itu datang sendiri.

Sebelum ini, berat badan Abam 188 kilogram dan susut kepada 177 kilogram.

“Tuntutan kerja lakonan mendorong saya untuk menurunkan berat badan. Saya tak boleh cepat mengah kerana kerjaya ini memerlukan pergerakan yang aktif.

“Saya mahu jadi pelakon serba boleh dan tidak terbatas dengan watak tertentu saja… Kalau boleh saya nak jadi pelakon aksi. Mungkin keinginan itu dilihat mustahil, tapi saya sentiasa percaya kepada keajaiban,” katanya kepada BH Online.

Abam berkata, dia bersemangat dengan pelan diet dan senaman yang diperkenalkan kerana dikendalikan secara berkumpulan seramai 40 orang.

“Memang pernah berputus asa hendak kurangkan berat badan. Tapi apabila berada dalam pasukan yang selalu berhubung di aplikasi WhatsApp dan media sosial, kita jadi bersemangat. Mood datang setiap hari dan mahu bersaing sesama kami.

“Jadi kita berentap siapa yang boleh turunkan kilogram paling banyak. Apabila ada jurulatih pantau, ia tak susah. Cuma hati kena cekal dan berdisiplin. Nafsu makan pun kena jaga,” katanya yang terkenal dengan slogan ‘Gemuk Is Awesome’.

Ditanya mengenai kemungkinan isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dinikahi pada 8 Disember tahun lalu berbadan dua, Abam reda mereka belum ada rezeki menimang cahaya mata.

Baru-baru ini, Abam terbabit dengan penggambaran telefilem 3 Bahadol yang turut dibintangi Nasha Aziz untuk siaran sebuah stesen televisyen (TV) kabel, pada Aidilfitri kelak.

Lepas Isu Zul Ariffin, Syafiq Kyle Dedah Perangai Sebenar Bapa Zahirah Macwilson Terhadap Dirinya

 

Lepas Isu Zul Ariffin, Syafiq Kyle Dedah Perangai Sebenar Bapa Zahirah Macwilson Terhadap Dirinya

KUALA LUMPUR: Syafiq Kyle mengakui, teruja apabila hubungannya dengan pelakon jelita, Zahirah MacWilson mendapat ‘lampu hijau’ daripada bapa gadis itu yang juga bintang veteran, Zainol MacWilson.

Bagaimanapun, tegas Syafiq, 26, jangan lekas membuat andaian kerana restu yang diberikan Zainol hanya untuk lakonan, ketika dia dan Zahirah bergandingan dalam drama bersiri adaptasi novel, Tak Ada Cinta Sepertimu.

“Uncle Zainol seorang yang ‘sporting’ dan Alhamdulillah, dia menyukai saya. Maksud saya, dia suka dengan cara saya bekerja. Maklum saja, setiap pelakon ada cara kerja mereka masing-masing.

 

“Sebaik mendapat tahu dia juga berlakon sama dalam drama itu selain Zahirah, saya jadi gementar. Selepas dua hari di lokasi penggambaran, baru kami dapat merasai keserasian yang dicari.

“Lebih mengujakan apabila mendapat tahu Uncle Zainol gembira apabila anaknya dapat bekerja dengan saya,” kata Syafiq yang ditemui pada majlis An Evening With Syafiq Kyle, di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer itu melancarkan tiga produk di bawah jenamanya iaitu laman sesawang rasmi, www.syafiqkyle.com; barangan penjagaan kulit, Kylez Lab dan koleksi pakaian, Kylez by Syafiq Kyle.

Melihat kepada keserasiannya dengan pelakon berdarah kacukan Inggeris itu, ramai yang menyukai, malah berharap hubungan yang terjalin berlanjutan di luar lokasi penggambaran.

Mengulas perkara itu, Syafiq berkata, hubungannya dengan bekas kekasih pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin itu hanya terbatas sebagai rakan sekerja.

“Cinta kami hanya di lokasi dan tidak terbawa-bawa hingga ke luar. Saya kenal Zahirah sudah lama dan kami profesional apabila bekerja.

“Kami memang serasi di set, malah kalau berlatih, tidak perlu ambil masa yang lama. Kalau ada peluang, saya teringin bekerjasama dengannya lagi,” kata Syafiq yang bakal muncul dengan filem Langsuir arahan Osman Ali.

SUMBER BH